Misi Rotterdam : Kinderdijk

Tak sempurna rasanya pergi ke negara Belanda kalau tak lawat kincir angin. Antara trademark negara deme yang paling femes kot ni kan? So hari terakhir kami jalan-jalan ni, aku pun request dengan Kak Ya nak kesana. Syukurlah Kak Ya dah pernah pergi dengan mak abah tahun 2015. So memang tak jauh pun drp Rotterdam. Maka, pergilah kami ke Kinderdijk. Merasalah kami rasa cuaca yang pelbagai pd hari Jumaat tu. Berangin, hujan renyai...perghh mmg sejuk sampai ke tulang. Lebih kurang cuaca masa pergi Stadion Feyenoord. Maseni kesian sangat kat Nadim la sbb dia pun sampai kuor air hidung dek kesejukkan. Rasa nak masukkn dia dalam baju aku je bg dia warm skek huhu.

Nak ke Kinderdijk ni kena naik feri ke bot tak pastilah. Tukar naik bot dengan 1 stop sblm sampai. Kak Ya kata Kinderdijk ni bagi orang local tempat deme beriadah kayuh beskal or berjalan/berlari. Kita pulak as a tourist ni nak tengok kincir angin dengan lebih dekat. Plus tengok view yang breath taking lah kan. Bab view tu memang fuhhh...terjamu mata. I like. Ade peluang nak aje pergi lagi. insyaAllah, takde yang mustahil kan kalau Dia perkenan =)

Biasalah ibu muka sebulat pinggan...haihh


Tu bukan atok depa yer akaka




Angin kuat sekali

Saya tak mengandung yer hahaha itu tiupan angin kuat masok dlm baju jadila gemok melampau kahkahh


























Takde angin pun memang gemok sebenarnya HAHAHA

Allahu....rindu sangat Netherlands 

Paling kesian Nadim la sebab sejuk sangat kat Kinderdijk ni. Angin bertiup kencang kdg rasa nak melayang walopon gemok akaka. Takde ape nak cerita sangat la kat sini. Let the pictures do the talk je.






Baiklah itu sajelah entry hari Jumaat. Esoknya dah nak balik Malaysia huhuhu. Sedih sangat terutamanya nak tinggalkan kakak yang disayangi sorang diri di negara asing. Sebak. Haih,,,umur makin meningkat ni hati dah tak kental mana. Dulu relax je tengok anak kena cucuk jarum amek darah. Skrg kalau boleh mmg taknak tengok. Kalau boleh nak lari jaoh2 taknak dengar anak teriak. Takot ngalir airmata buat malu je hahaha.

OK, nantikan entry penutup Misi Rotterdam 2016. Salam Jumaat! Salam al Kahfi.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat