Misi Rotterdam : Madera House, Tiendplein

Yeay dah sampai hari ke-6. Kejap aje kan. Benda best memang sekejap je rasa. Cer kalau diuji dengan benda tak best, rasa berjanggut nak tunggu masa berlalu huhu. So on the 6th day (Khamis) kami kat sane, Kak Ya kirija so jalan lagilah area Rotterdam City belah yang lain pulak. Singgah Fan Shop Kelab Bola Sepak kebanggaan Rotterdam, Feyenoord etc. Masuk kedai sana sini especially kedai sports la pasal habi suka la survey harga jersey & kasut bola bagai. Ikotkan ajelah sebab aku pun takde spesific interest nak beli apa2. Saje window shopping & kadang tengok baju budak-budak la if ada yang murah2 boleh gak rembat selai dua kan hehe. Baju sendiri mmg takde lansung beli kat sana. Takde yg berkenan pun.

Area Linjbaan ni macam JPO kalau kat Malaysia but its 5 times bigger. Tak habis2 kedai yang ada kat situ sampai tak larat dah nak jalan. Bila lapar usually kitorang berani beli fries, ice cream or churros je. Jadilah buat kudap-kudap. Budak2 ah selalu cepat lapar. Nampak jual pape semua nak payah jugak nak terangkan especially si Nazif tu. Bila nak, dia naaaakkk jugak. Haihh..mcm2 kena buat utk pujuk dia or bagi dia lupa keinginan tu.



Tetibe angin kuat...nak terbang rasa hahaha



Jalan dan jalan pastu Kak Ya wassap tanya ada kat mane. Cakaplah kat area Linjbaan pastu dia kata jumpe situlah dia dah habis kerja nak bawak pergi makan kat area apartment lama dia, Tiendplein. So berjanjilah jumpe kat depan Burger King situ. Dah jumpe kami naik tram & menuju ke kedai makan halal dari Argentina yg femes kat situ Madera. Sedap weyh ribs dia. Kalah TR or TGI. Takleh challenge langsung. So tender & juicy. Sos dia pon perghhhh. Bon apetite. Eh..dlm perjalanan ke kedai makan tu jumpa park yang Kak Ya kata Abah selalu lepak bila Kak Ya kerja last year masa mak abah & adik2 kesana. So singgahlah nak dapat bayangan Abah bagi burung2 makan tahun lepas. Err....perlu ke? Kahkahh
















Kak Ya kata Madera ni kalau malam full house. Kalau tak book meja, memang takyah berangan la nak makan sini sebab orang jenis makan lepak lama2 minum sembang2 bagai. Kami pergi ni petang lagi so memang 3-4 meja jelah yang ada customer.

Berakhirlah hari ke-6 kami. Balik rumah dengan perut yang kenyang senang hati. Alhamdulillah. Esoknya sudah Jumaat. Kak Ya cuti & kami akan ke Belgium weeehooooo. Stay tuned!







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat