Misi Rotterdam : Stadion Feyenoord

Okay. Hari Selasa dah skip pasal tak kemana-mana. Hari merehatkan kaki yer. Jap aku tengok ada gambar tak hari Selasa tu hahaha.











Ahhaaa...banyak la jugak gambarnya. Terus ingat dah seharian duduk rumah tu Iz masak Nasi Lemak pastu aku masak Sambal Udang & Telur Dadar. Then aku buat Puding Sagu khas untuk Kak Ya. Dia terlior aku up gambar kat wassap grup family masa buat bulan Ramadhan ritu. So dia pun belilah bahan2 tapi buatnye nan hado akaka. Sajelah tu sbnrnya tunggu aku datang sane khennn. Ala sapsoi jer buatnye. Ecehh kerek pulak padahal first time buat sagu lembik terlebih air. Tapi setelah bbrp kali buat aku rasa yang lembik tulah yg paling sedap bila masuk tekak. Itulah selera setiap orang tu berbeza kan.

Tengoklah tu Nazif once in a while sweet jugak kan? Haihhh..anak nombor 2 ni tersangatlah specialnya pada pemerhatian aku. Mood yang berubah ubah dalam sekelip mata. Very unpredictable. Dalam sesaat dia ketawa happy, dalam sesaat jugak dia boleh menangis memekik tak hirau sesape. Nak bagi dia calm down bukan senang. Ada cara caranya jugak. Aku ni terus terang cakap la bukan jenis penyabar sangat melayan peel anak especially si Nazif ni. Nak pecah dada rasa menahan sabor. Muka ni kalau boleh bertukar kaler ijo memang dah tukar dah. Kahkahh. Syukurlah dapat suami penyabar tahap petala langit. So usually Iz lah yang rajin melayan karenah dia walau banyak kali jugaklah failed & last last aku jugak yg berjaya pujuk huhu.

Dia ni jenis mendengki jugak lagi ke Nadim tu. So dia memang nak perhatian aku lebih la pasal jeles ke adik. Tu yang selalunya peel dia tu berkisar kepada nak dengan aku. Selfish. Tak mahu beralah. Halah...nama pun budak-budak kan? Biasalah tu adik beradik kalau tak bercekau memang tak sah. Kite semua pun pernah jadi kanak2 kan? So cubalah imbas kembali gane kite masa dengan kakak abg adik dulu. Lebih kurang aje. Paham tapi bile berada dalam situasi tu mmg tak boleh berfikir waras dah sangat hewheww. Doa jelah mintak Allah bg aku lebih kesabaran dlm mendidik anak2. Amin.

Panjang pulak tulis. Baru cerita pasal hari yang duduk rumah je ni. Haih.

Hari Rabu & Khamis memang dah ada aktiviti, Ingat lagi tak aku beli tourist card yg dpt korting pergi ke sekian2 attraction kat Rotterdam tu? So kami dah decided hari Rabu pergi ke Stadion Feyenoord. Hari Khamis pergi Rotterdam Zoo which is one of the best zoo in Europe. Sama adil lah, dapat pergi tempat yang apaknye minat iaitu bola sepak. After that giliran anak2 pulak happy tengok haiwan. Abes omak eh dapat pergi mana? Haa...yang tu cerita hari Jumaatnya ^__^

Kami pergi official tour kat Stadion Feyenoord. Kelab bola sepak kebanggaan penduduk Rotterdam. Orang yang bagi penerangan tu cakap bahasa Dutch mostly. Skali skala je ckp English utk kami. Tapi takde hal lah tak paham ape pon. Lagi best dapat melawat tempat2 larangan umum dalam stadium tu je like bilik persalinan pemain, tempat makan deme, padang etc. Ada cerita seram masa dalam bilik persalinan pemain. Tgh2 org tu bagi penerangans sekian2, shower bilik mandi pemain tu 2/3 kali terbukak dengan sendirinya padahal takde sape pon dalam tu wuhuhu. Dahlah aku & family duduk paling hujung dekat dengan shower room tu. Berderau darah even dalam 10 orang ada dalam bilik tu yang ikot tour berkenaan. Jurucakap tu kata its okay. Nothing to be afraid of. The shower is broken. Wakaka. Hangguk la broken. Shower tu dia jenis auto detect. Mesti la dia detect haba ke apa tu yg dia on sendirinya. So haba siapakah ituuuu????? Misteriiii eropah =P



















Dari rumah Kak Ya, kami jalan kaki menaiki tram ke Stesen Beurs menuju ke Stadion Feyenoord. Memang ada station khas berhenti kat stadium ni. Dalam 10 minit je dah sampai. So senang jelah kan. Tapi cuaca pada hari Rabu tu tak menyebelahi kami. Hujan renyai & angin bertiup agak kencang drp biasa. Memang sejuk dingin lah jadinya kan. Kesian budak2 ajelah lebih sebab dari stesen tu kena berjalan ke stadium agak jauh la jugak. Agak mencabar bila kena turun tangga yg agak tinggi. Terpaksa la bawak kuor budak2 & angkat stroller berdua dengan habi. Pergh...berpeluh jugaklah dibuatnya dalam cuaca dingin tu.

Cuaca hari tu sekejap mendung, kejap panas. Agak mencabar jugaklah. Sebbaek byk tour kat dalam stadium je.








Mencabar lagi bila anak2 dah boring ikut tour ni & memasing mulalah buat perangai cantik tu. Senget pinggang aku dukung Nazif bila dia dah cranky takmo duduk dalam stroller. Dahlah taknak habi dukung pulak tu. Dia menjerit, menangis kalau apaknya yg nak dukung. Tak kesiankan ibunya langsung yg kederat takat mane jelah ni kan. Sobsobs. Kadang rasa sedih bila dia buat peel selfish dia tu. Semuanya mesti pasal dia je. Orang lain tak penting. Lantak la nak terbalik tertonggeng ker. Yang penting kehendak dia mesti kena penuhi.

Kami tak join sampai habis pun the tour bila budak2 makin cranky. Tp masetu dah sejam lebih kami follow. Kalau ikotkan memang dah nak habis dah tu. 75 minit dia tulis dalam buku tourist tu. Dan yg sebenarnya kami dah kena tinggal dengan grup tour sbb ingatkan dah habis. So pergilah amek stroller yg tinggal kt bilik persalinan awal2 tu. Skali blm habis depa dah g tempat lain carik2 x jumpe wahaha. So molek sangatlah bdk2 pun dah boring, chow jelah awal. Sempat masuk kedai souvenirs for fans. Habi beli jersey Adidas Feyenoord. Nadim dapat rompers Feyenoord jugak 2 helai. Jadilah buat kenangan =)

Nak pergi semula stesen tram masih lagi mencabar. Ulang balik kepayahan masa arah pergi tadi huhuhu. Sekian, kisah hari Rabu.










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat