Skip to main content

Misi Rotterdam - Time Adapting

Masa kami sampai apartment Kak Ya tu hari dah nak gelap. Pelik kau pukul 8 malam masih cerah hewhew. Kat sana musim panas. Summer. Waktu siang adalah lebih panjang drp waktu malam. Maghrib pukul 9.50 malam, Isya' 11.30 malam, Subuh 3.30 pagi, Syuruk 5.30, Zohor 1.50 ptg, Asar 5.45 petang. Ohhh sangat susah nak adapt dengan waktu solatnya. Kalau kite ni memang duduk sana, lama-lama akan terbiasa. Tapi kami yang datang sekejap ni terasa berat & hebat dugaan untuk solat ni. Dengan waktu tidur sekali haywire. But amazingly budak-budak cepat pulak adapt. Power ah depa bab ni huhu.

Esok paginya lewat la memasing bangun kecuali aku huhu. Lepas Subuh terus pah ceroh mata so masak ler buat breakfast ape yg patot sementara tunggu semua orang bangun. Kat sane kedai bukak dalam pukul 11pagi. Ada yg 12 tengahari, Oh yer stroller lightweight Baby Throne yg beli khas utk misi Rotterdam ni boleh pulak tertinggal dalam flight yg dari Kul-Dubai. Lupa nak mintak bila transit kat Dubai. So Kak Ya pun ajaklah beli stroller baru. Aku macam errr...perlu ke? Dah la orang Emirates kata petang boleh dapat dah stroller tu. Then aku fikir2 kalau nak beli pun yg twin stroller okaylah sbb boleh cater 2 budak. Lain la sikit kan? Kak Ya pun agreed & ajak pergi kedai baby yang dia tahu sbb pernah pergi dengan adik aku Lisa yang datang dgn baby nya Umar a few months before us.

Kat area lif apartment ada tingkap. So dari tingkap blh jenguk nampak view atas mall dlm apartment ni

Kat souvenir shop

Sepanjang perjalanan ke Prenatal

Nadim & Nazif tengah nap. So aku, Kak Ya & Naurah je yang pergi kedai. Habi jaga the rest. Seronok je masetu sbb dapat kuor rumah dah. Excited. Siap ejek habi lagi pasal dapat jalan2 dulu hahaha. Happy. Mak happy okay. Keluar je kat bawah tu nyaman betul rasa menghirup udara yang segar padahal kat tengah bandar kot. Well, bandar dia tak sama macam kita kat sini. Rotterdam terkenal dengan penduduknya yang suka berbasikal. Kat sana mmg ada track khas utk basikal. Nak melintas kena hati2 sbb deme bawak laju hokay. Masa awal2 tu mmg asyik lupa dok kena tarik dengan Kak Ya & habi. Ingat senang ke nak ingat byk benda in a short time? Aku dah la pelupa ya amat sejak beranak 3 ni huhu.

Dah la nak aware dengan tram lagi. Nasiblah kereta tak heavy sangat flow dia mcm kat sini. But seriously sampai balik aku mmg seriau bab nak melintas & bawa masuk stroller dlm tram/metro or train. Matahari adalah terik tapi tak rasa panas berhaba macam kat sini. Bila angin tiup tu makk aihhhh...sejuk benar rasanya. Tapi belum tahap ke tulang somsom la. Sebab tu aku kat sana tak sekali pun pakai jaket. Aku pun mmg jenis tahan sejuk. Kenan kulit badak kot wakaka. Kulit polar bear la comel sikit ork =P So berjalan kakilah kami bertiga menuju ke Prenatal. Prenatal ni taraf dia macam Mothercare kat sinilah. Bila tanya twin stroller, ada 2 choice je. Paling murah 199 euro & paling mahal sampai ribuan euro. Yang mahal terus kami cantas & aku dok kira2 dalam kepala convert 199 euro to RM. Homaiii...tak payah la beli Kak Ya. Mahal kot. But well, paham2 jelah Kak Ya kan. Dia yg lg excited drp kite. Siap cakap takpe dia belanja. Haihh..bape banyak belanja dah dia tu ke aku. Tak terkira.

Bukti dia lagi excited haha


Kak Ya nampak kurus pic ni huhu. Dh mcm muka aku lak tengok kahkahh

Bila aku belek2 diaper bag, dia soh beli sekali pasal dia tengok Gabag aku dah koyak sikit talinya. Ala boleh je pakai lagi tapi dia insisted soh beli gak. Siap dia belek & kabo mana yg okay. Kalau convert to RM mmg dah beribu duit dia langsai begitu saja dlm masa bbrp minit. Aihh..sabor ajelah. Xpe, doa jelah dia lagi murah rezeki. Tu je mampu huhu.

Lepas beli stroller tu kami jalan la balik ke apartment. Riso je budak 2 tu dah bangun tido pastu habi tak menang tangan handle. Mulelah terbayang macam2. Mak mak sangat taw. Sempat singgah kat shopping complex tgh ade performer tgh buat show. Ralit pulak kejap haha. So begitulah dia. Petangnya kami keluar makan kat Sushi apetah nama. Nasib lah tekak anak2 mmg international. So balun ajelah apa yg depan mata. Masa tgh makan tu stroller yang tertinggal kat plane ritu pun selamat sampai semula kpd kami. Alhamdulillah ada lg rezeki dia dgn kami tak MIA. So ada 2 stroller & 1 carrier lah kami kat sana.

Nampak diaper beg aku seat depan stroller tu?

Ralit tengok org buat performance entertain budak2. Sebbaek in English so boleh la faham

Akhirnya Onya baby carrier yg aku beli kununnya utk Nazif dulu dah dipakai masa kat Rotterdam. Kadang Nadim okay masok dalam tu. Kadang dia rasa lemas so memekik jugaklah hahaha. Usually kalau dia dah tido baru masukkan la. Elok je dia lena dalam tu ha. Bila dia jaga rasanya tak suka sbb tak nampak pemandangan dalam tu. Dia jenis suka merati alam sekitar macam ayahnyer.

Gedik haha

Kelaparan

Serbuuuuu

Cik Ya lagi pelahap akakak
Lepas makan, hati manyak senang kami pun jalan2 lah kat area sesitu je. Kat Rotterdam atr 1 tempat menarik dia adalah Cubic House. Kami tak masuk pun cuma amek gambor situ. 5 minit je jalan kaki dengan apartment Kak Ya. Benda dekat memang tak teringin sangat hahaha. Ntah pape.


Tak kurus pon hahaha sapelah yg asyik tertipu tu...hmm..hmmm..

Boikot taknak family picture. Tula dia anak nombor 2 yer

Cubic House

Jalan2 belah belakang dekat dengan kapal port

Subhanallah

Suka betul snap gambar orang psl view semua cecantik. I loike....


Stop la kat sini utk hari kedua yer. Walau belum habis lg sbb lepasni lepak padang depan apartment Kak Ya tu snap bunga lawa2 huhu. Next entry eh. Baru hari kedua gambar dah berpuluh hahahaha. Aku mmg rajin snap gambar kat sane maklomlah camera henpon Huawei G8 ni memang awesome. Kalau kelabu asap macam Samsung lama mmg bolayan ah. Plus drp turutan pic ni semualah aku dapat refreshed balik ingatan aku masa kat sana. Kira jadi guide aku la utk entry kat Rotterdam ni. Terima kasih banyak pd gambar2 ni semua. Kalau ikot ingatan otak aku mmg kelaot dah celaru tak ingat turutan kejadian sekian2 hihi,

So, to be continued......





Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…