Agaknya

Kat facebook aku suka baca kata-kata hikmah dari page The Ideal Muslimah. Kalau tak salah aku yang run page ni wife kepada Dr. Bilal Philips. Words from Dr Bilal himself pun deep jugak bila baca tu. Always reminding me of anything regarding our life kat dunia ni. Sometimes kena pulak dengan apa yang sedang berlaku dalam hidup aku. Memang boleh relate selalu.

Most of the kata-kata tu aku akur & senang nak terima lah senang cakap. Contoh la aku amek petikan kata-kata ni yer.


Untuk aku kata-kata kat atas tu senang je diterima tanpa ada rasa nak pertikaikan apa pun. Sebelum ni sungguh aku memang rasa bila Allah bagi ujian tu sebab aku lupa or mengabaikan Dia. So aku rasa it some sort of punishment jugaklah pasal leka & lalai dalam beribadat kepada Dia, Memang salah aku sendiri kot. So terima jelah & at the same time aku akan cuba naikkan semula semangat aku dalam hal beribadat untuk kembali semula cuba menjadi hamba-Nya yang diredhai. Bila aku rasa senang, mudah, gembira dsb aku rasa seperti Dia sedang redha pd aku. Begitulah apa yg aku rasa.

Tapi dari kata-kata diatas, dia kata ujian bukanlah some sort of punishment from Allah to us. Ianya sebab Allah nak kita makin dekat dengan dia. Jadi ia baik untuk diri kita. Lebih kurang jugaklah macam apa yg aku rasa cuma kena buang rasa like its a punishment tu je. Apapun ujian getir yg Dia bagi at the end of the day akan membawa aku cuba juga utk meningkatkan lagi ibadah aku kepada Dia since I take it on positive way.

Nampak tak betapa pentingnya kita always try to be & think POSITIVE. Ujian adalah samada ia akan bawak kita untuk mencuba jadi hamba Tuhan yang lebih baik atau buat kita mengalah & menyalahkan Tuhan. 2 tu je kemungkinan yang ada pun. Dan ianya adalah pilihan kita 100%.

Kadang aku rajin baca komen from those yang ikut sama page tu. Akan ada orang yang sangat susah baginya utk terima kata-kata hikmah seperti kat atas tu. They keep questioning tak habis-habis menampakkan betapa susahnya hati diorang nak terima kata-kata yg pada aku sangat mudah utk di digest. And most of them aku tengok adalah non-muslim. Yup, ada je non muslim yg follow page tu. If tak non muslim pun, mereka mengaku tak practice Islam sangat. Benda yg pd kita sangat simple tp bagi mereka so hard to accept. Macam terlalu banyak prasangka yang negatif & was-was.

Agaknya itulah juga salah satu perkara yang kita boleh nampak dalam membezakan adanya IMAN dalam hati & tiada. Adanya HIDAYAH dari Allah & tiada.

Agaknya. Aku berkira-kira begitulah. Ia tak semestinya betul.






Popular Posts