Korban Kehendak

Sedih jugaklah terpaksa jugak datang kerja di kala ramai office mates sambung cuti sempena Raya Aidiladha semalam. Maklomlah kite dah takde cuti. In fact dah half day unpaid leave pun haritu kes jaga Nadim demam. Itulah kesan ambik cuti lama pergi ke Holland ritu. Redho jelah yer huhu. Hati teringin sangat nak pergi lagi kesana jenguk Kak Ya tapi bile mengenangkan bab cuti habis banyak ni jadi berat hati pun yer. Bila dah unpaid ni banyak la fikir kan nak cutinya. Bertabah jelah huhuhu

We gain some & lose some. Jarang la dapat sesuatu tanpa ada benda yang perlu kita korbankan. Sesuaila dengan tajuk utama entry pada harini sempena hari raya korban yerp. Otak & jiwa aku ni sekarang dalam fasa nak berubah tapi macam main tarik tali gitu. Serba salah especially bila tahu nak buat perubahan dalam kehidupan yang agak drastik. Dia  lebih kepada nak mendidik jiwa untuk jadi lebih baik daripada sebelum ni. Untuk cuba bersederhana dalam banyak hal. Untuk cuba tak ikut sangat nafsu yang mahukan itu ini sangat. And I am trying hard to do that at the moment.

Ya Allah, ianya sangat tidak mudah. Contoh aku bagi la. Ko ada duit & kau boleh buat macam2 dengan duit tu utk puaskan kehendak diri ko. Contoh boleh guna duit tu pergi travel sekeluarga duduk hotel 5 star. Tapi naluri halus kau kata apa kata downgrade life bercuti dalam Malaysia je dudk hotel biasa-biasa. Akan tiba 1 hari nanti kita memang akan hidup susah & takkan dapat lagi travel sana sini. Biasakanlah hidup susah drp skrg. Jangan ajar anak2 hidup bersenang sangat. Nanti bila dia terpaksa hidup susah dia stress gila end up jadi looser ke hape kan. Nauzubillah. But its like that lah.

Berperang dengan kehendak/nafsu adalah perang yang sangat dituntut juga dalam Islam. Apatah lagi bila kehidupan kau dikelilingi dengan manusia yang mampu seperti kau berjalan kesana sini, beli itu ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan jiwa.

Buat masa ni utk holiday next anniversary (InsyaAllah) masih mampu kekang utk beli apa2 pakej. Tak taulah sampai bila dapat bertahan ni. At the mean time survey2 jugak tempat nak pergi tu kahkah. Sabor jelah. Dalam otak kata ala, setahun sekali je kot holiday tempat best. Bukannya selalu. Seeeee??????

Susahnya hidup kat dunia ni....

Dalam hati niat nak didik anak2 jadi cintakan Rasul dsb tapi belum termampu didik lagi. Nak spend time dengan anak2 bertaklim kat rumah. Mengaji, solat, baca cerita kisah2 nabi. Allahu...moga diber kesempatan. Amin. Takut sebenarnya dengan keadaan dunia skrg. Dah tak lama dah ni.....


Mahu melatih diri untuk berasa cukuppppp.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat