Perubahan

Office sekarang tengah busy rebranding. Hari ni baru launched logo baru. Banyak la benda baru like kena tukar signature email bagi standardize semua staf. Tag card pun baru. Letterhead setiap orang ada soft copy. So sendiri print bila nak pakai. Jimat katenyer. Follow jelah ork. Tapi yg paling kelakar aku yg bukan sape2 ni dapat pulak Business Card kes tersilap letak nama. Adoii...dalam banyak2 staf nama aku jugak yang dia tersilap letak. Riso gak aku kang ade kata aku mengada request. Ehh, tak kuasa la mak. 

Uniform pun dapat baru ada 2 helai. Dulu uniform dapat 3 helai. Pakai hari Isnin, Selasa, Khamis. Rabu boleh baju biasa tp office attire. Jumaat casual day blh pakai shirt & jeans. Kali ni uniform just pakai hari Isnin dengan khaki color pants/skirt. Sehelai lagi uniform boleh pakai hari lain dengan x kisah kaler seluar/skirts. Sikit jelah perubahannya.

Oh yer, dinding2 office yang sebelum ni putih dah dikaler berwarna warni dgn kaler2 logo baru kampeni. Nampaklah ceria sikit haaa. In a way aku suka jugak perubahan ni semua pasal dah almost 11 years kerja sini asyik ngadap benda yg sama aje takkanlah x boring kan? So bila ade perubahan macam ni lainlah sikit mood kita nak datang kerja tu.




Tu ha pic snap dari pintu Asset Department. Oh yer nama dept kami pun dah berubah. Sblm ni Property now Asset. Bos pun dah baru aku ade cerita tak?Hehe. Awal tahun ritu dalam bulan 1 bos baru dah masuk. Bos lama keluar bulan 3. So now dgn bos barulah. Almost a year dah pun. Alhamdulillah. Mak hepi aje ^_^

Executive Director pun dah bertukar kepada anak Tan Sri. So banyak lagilah perubahan2 yang dah berlaku kat sini. Aku pun jadi lebih aktif lah join pape event company. Ritu wakil kampeni join sukaneka anjuran Mpsp kat Stadium Mini BBST. Dekat je kan dengan rumah. Amek peluang lah join mane yang boleh join. Takdelah org kata takde contribution langsung kat kampeni kan? 

Pastu kelab suka buat Zumba every Friday pun aku join. Yang ni memang seronok lah even macam kayu je follow steps tu semua kan. Lantak. Sejak2 umor makin tinggi ni tak peduli sangat dah bab malu nak control lawa tu hahaha. Lagipun geng2 ladies je kecuali instructor. Mak memang chop spot belakang sekali jelah kuikui. Balik kerja petang kalau takde pape g jogging dengan Iz lps amek Naurah kat kindy. After that baru amek the boys. Kdg main badminton. Best lah rasa sihat sikit badan ni.

K tu jelah nak cerita a few changes happening in my life at the moment.

In love wuhuhu


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat