Stay The Same Konon

Stay the same.

Kita kadang suka la bagi ayat tu kat orang yang kite kenal baik segala budi pekerti berhati mulia & sebagainya. Kita suka dengan keperibadian dia, so kita pun berharap janganlah ko berubah "Mat". Contoh nama je bagi tu haha. Aku harap ko beginilah selamanya seperti yg aku kenal tentang diri kau. Aku suka diri kau yang ini. Ko jangan berubah taw! 

Mat pun kata. Baiklah. Aku akan sentiasa seperti yang ko kenal. Jangan risau. 

Hakkktuihhhhh!!!

HAHAHA.

Menipu je Mat tu. Jangan percaya akaka. Suka ataupun tidak, samada kita sedari ataupun tidak, manusia memang Allah ciptakan akan sentiasa berubah seiring dengan masa. Paling senang nak tengok dari segi citarasa. Macam akulah dulu masa kecik2 benci gila dengan durian. Bau durian pun aku rasa nak muntah. Marah betul kalau Abah beli seguni bawak balik makan ramai-ramai. Siap keluor rumah mogok dengan adik aku Lisa yang terikut2 dengan peel kakaknya ni hahaha.

10 years plus plus later, akulah HANTU DURIAN. Hahaha. Siapa sangka kan? Aku pun tak tau camne boleh suka pulak durian. Tetibe rasa bau dia harum & rasanya enak. Poyo betol. Pelik bin Hairan. Bila benda yang tak ada jawapan mcm ni aku sukalah berbalik pada kuasa & kehendak Allah. Kita ni manusia takde kuasa sangat pun waima atas diri kita sendiri.

Kita merancang, Allah pun merancang. Tapi plan sapa yang menang? Tentu saja plan Allah. Kita suka ke tak suka ke bukan boleh buat apa pun. Nampak kat situ keterbatasan diri kita sebagai hamba kan?

Sama jugak macam hati kita ni. Yang kita boleh pegang maybe 40% je & selebihnya Allah yang uruskan. Kita ni berazam lah ni kuat2 OK aku takkan suka mamat poyo tu. Hishhh...tak boleh masok betul la dengan dia tu. Semua tentang dia menjengkelkan. Tetibe yada yadi pingpongpang bernikah pulok dengan dia akakaka. Sabor jelah yer.

Satu je kita kena ingat berkaitan benda ni. Apa pun perkara yang terjadi dalam hidup kita, itulah yg terbaik Allah dah tetapkan. Sebab Allah dah kata dalam Quran yang Dia tak pernah der ciptakan manusia utk dianiaya. Semua ada sebabnya cuma kita biasalah manusia yg serba lemah lagi lampi ni susah naw nak nampak kebaikkan instead of keburukkan lebih2 lagi benda yg terjadi tu yang kita tak suka. Itulah manusia.

Ini bukan Mat akaka





Popular Posts