Counting Days

Counting days to leave kiddos for Team Building. Berat rasa hati, tapi takpelah. 2 malam je kot. Maybe boleh amek peluang ni melarikan diri sebentar drp rutin hidup yang biasa. Asek dok boring boring je kan? Ni ha Allah dah bagi peluang relaxkan diri sekejap drp hectic life itu. Just go, have fun & pamper yourself Sharena! Tinggalkan suami & anak-anak beberapa hari tak bermakna aku tak sayang diorang semua. Kena psiko otak macam inilah hari2 hahaha. Being a mom kan, mmg paling susah sekali bab nak tinggalkan anak2 lah. Suami tu takde pe sangat hehehe. Yelah, dia dah beso kot. Pandai je jaga diri sendiri. Lain dengan anak2 ni yang mmg dependent to kite. They always need their mommy. Walau mommy garang like singa sekalipon hahaha.

Agaknya ini sebagai latihan pertama lah sebelum kunun nak pergi bercuti with ladies only next year. Ahhaa...entah jadi entah tak. Tapi treat this team building as my first test lah.

Tentang baju Naurah naik pentas on 12/11 nanti, beli dah baju kemeja sekolah yg sbnrnya besar dgn Naurah tapi belasah ajelah. Pastu beli kain semeter setengah utk tempah skirt kembang pink dia tu. Dedua hantar kat tailor. Harap OK lah. Pening dah kepala mencari kesane sini. Tudung sarung pink pun dah dapat. Alhamdulillah. Skrg ni mcm2 lah konvo kindy ni kan. Layankan ajelah. Benda sekali seumur hidup. Cuma yelah at time like now yg sepatutnya kena berjimat utk persediaan sekolah 2 anak next year, kena hadap benda2 mcm ni macam erghhhh sangat. Demi anak, kuturutkan jua. Settled 1 benda. Lega. Malas pk dah.

Sabtu ni jugak mak abah & Hirraz dtg rumah. Hirraz konvo Selasa kat Maeps, Serdang. Ahad tu insyaAllah Kak Ya akan touch down KLIA. Rindu sangat kat dia huhuhu. Bestnya berkumpul ramai2 kt rumah nanti. Katil kat bilik Naurah pun dah selamat dipasang. Bolehlah Kak Ya tido situ dengan selesa. Aircond jelah tak pasang lagi kat bilik tu. Takde bajet. Nanti2 lah bila ada rezeki lebih. Next year pun memang nak suruh Naurah start tido situ & hopefully dengan Nazif lah. Berdua tidaklah takut sangat kan? Cuma nak kena beli lampu bilik lah kot bg terang skek kot takut gelap sangat.

Jom zumba akaka

Popular Posts