Housewife

Dulu masa belum ada anak, cita-cita aku lepas kahwin nak jadi housewife. Lepas ada anak, cuti pantang jaga anak sendiri dah rasa penatnya jaga anak & agak bosan. Tapi masih lagi lepastu rasa nak jadi housewife jugak cuma peratusan dia dah kurang. Maybe tinggal 70% je nak. Lepastu dalam pantang lagi anak kedua, rasa yang sama berulang kembali. Penat & bosan jaga anak. Rasa susah. So feeling nak jadi housewife dah jadi 50%. Lepastu...ehh bape kali lepastu daaa hahaha. K k insyaAllah yang ni anak last akaka. Berpantang kali ke-3 & rasa penat juga if jadi housewife. So feeling dah tinggal 25% kot.

Dia berbelah bahagi sebenarnya perasaan nak jd housewife ni. Bila anak2 tak sihat, itulah masa yang paling kritikal rasa nak jadi housewife. Sedih kot anak tak sihat 100% nak kena hantar jugak ke taska. Sedih melepaskan tugas yang sepatutnya digalas oleh seorang ibu pada waktu2 macam tu. Lagi pulak anak2 bila dia tak sihat selalunya time itulah dia nak manja dengan kita lebih. Nak perhatian lebih. Tapi apekan daya, ibu kena kerja utk bantu kewangan keluarga.

Beberapa bulan yang lepas, aku yg suka mencari ilmu tentang akhir zaman ni telah terbangun daripada mimpi yang panjang. Betapa aku sebenarnya telah di 'brain wash' oleh perancangan teliti dari para musuh Islam iaitu Yahudi laknatullah. Aku adalah contoh wanita & ibu yang terperangkap dengan dunia ciptaan para musuh Allah. Dunia kita pada hari ini adalah apa yang musuh Islam mahukan (dengan izin Allah). Memang mereka nak kita para wanita & ibu ni melepaskan tanggungjawab sebenar kita dalam institusi keluarga yg pada kita untuk dapat menjalani hidup yg selesa.

Sampai satu tahap kita tak sanggup untuk tidak berkerja sebab taknak rasa hidup susah. Hidup susah sangat ditakuti oleh kita. Padahal hidup susah tu bukan 1 dosa pun disisi Allah. Kita pun tahu peratusan ahli Syurga nanti kebanyakkannya adalah manusia yang hidupnya susah didunia. Jadi kenapa takut sangat dengan kehidupan yg susah?

Kita sendiri nampak apa yg jadi bila ibu bapa terlalu sibuk berkerja sampai mengabaikan kasih sayang, perhatian utk anak-anak. Apa yg dah jadi pada generasi muda sekarang? Apakah kita bangga dengan mereka? Jawablah dengan jujur situasi yg ada depan mata kita nowadays. So I do believe salah satu punca utamanya ialah bila ibu juga sibuk berkerja mencari nafkah sedangkan tugas itu sepatutnya digalas 100% oleh si suami. Kalau ibu tak berkerja, jalankan tggjwb jaga & didik anak kat rumah, InsyaAllah generasi muda zaman skrg takkan jadi 'hancur' macam skrg ni.

Entahlah. Bila tahu hakikat tentang perkara ni, aku rasa bersalah sangat semakin melupakan cita2 murni yang pernah aku impi 1 ketika dulu. So aku cuba tune balik otak aku untuk kembali bercita-cita nak menjadi housewife yg kerjanya menguruskan rumahtangga serta menjaga & mendidik anak2 aku sendiri menjadi anak-anak yg berjaya didunia & diakhirat. Rasa bersalah gila sebab melupakan cita2 yang satu ni hanya kerana tak sanggup nak hidup susah.

Jadi sekarang yes, kalau suami izinkan aku berhenti kerja & suruh jd housewife, walau dalam otak aku dah tau akan ada cabaran hebat drp segi duit & permainan emosi aku nanti, aku akan cuba buat yg terbaik. For me, innama a'malu binniyat. Segalanya bermula drp niat. Kalau niat pun dah tak ada, apa lagi yang tinggal?

Berjaya atau tak niat itu terlaksana tak menjadi soal. The thing is kena sedar diri dulu hakikat sebenar kewujudan kita kat dunia ni & tanggungjawab sebenar. As a wife & a mother, in Islam, what is your main role? Is it getting a job & pay for bills?Think.

Aku tulis secara general lah bab ni. Untuk mereka-mereka yang situasi kehidupannya tak lari jauh seperti aku. Middle income earner. Maklumlah situasi setiap kita tak sama. Ada pelbagai situasi yang menjadikan hujah aku kat atas tak valid. I do aware about that and I have no offence on others who cannot brain my way of thinking. This post is meant for sharing my thoughts only.

InsyaAllah aku takkan sekali kali lagi cakap taknak dah jadi housewife sebab stress takde duit nak belanja sopim itu ini & penat hadap peel anak-anak yang bermacam ragam. Alasan macam tu aku buang dah jauh-jauh dari kotak pemikiran, coz I do believe that I am not supposed to feel it that way as a wife & a mother. Period.

Moga Allah ampuni khilaf aku yang lalu. Allahumma amin,


Dear kids, 

Buat masa ni Ibu masih lagi perlu berkerja sebab Ayah masih tak izinkan Ibu berhenti. Dia nak Ibu bantu dia untuk kita semua menjalani kehidupan yang selesa. Tak susah sangat, tak senang sangat. Sederhana adalah fokus kita untuk semua.

InsyaAllah, satu hari nanti Ayah akan dapat terima & bersetuju dengan cita-cita & keputusan Ibu yang nak berhenti kerja, jaga & didik kamu semua menjadi insan yang berjaya dunia & akhirat. Till then, Ibu harap kamu semua redha dengan kehidupan yang kita jalani buat masa sekarang ni & di akhirat kelak. Maafkan kami.

Doalah pada Allah moga Ibu dapat jaga awak semua dengan tangan Ibu sendiri. Doakan juga moga Allah ampuni kelemahan Ibu & Ayah kerana tak dapat galas tanggungjawab sebenar yg Allah mahukan drp kami.

Ampuni kami ya Allah. Kami manusia yang lemah & selalu kalah pada hawa nafsu. Jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh & solehah walau kami tak mampu menjaga & mendidik mereka dengan tangan kami sepenuhnya. Amin yra.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat