Kalau Aku Pergi Dulu

Minggu lepas dapat berita dari page kindy Naurah tentang Ayah kepada salah seorang pelajar kat kindy meninggal dunia di Cyberjaya kerana accident. Allahu...sama-sama para ibu bapa merasakan sedihnya. It could happen to anyone. I asked Naurah dalam kereta after pick her up from kindy how old is her friend that her dad just passed away tu. Dia kata 6 tahun. Sebaya Naurah rupanya. Then Naurah cerita lagi sekarang cuma tinggal kawannya tu, abangnya, kakaknya, adiknya & ibunya. Ayah dah takde. Sobsobs.

Aku pun sajelah tanya kat habi, kalau la jadi kat kite gitu guane dia? Kira aku meninggal la. Dia kata balik Semenyih la dgn budak2 duduk dengan parents dia. Huh, dah boleh baca sangat dah tindakan dia tu. Biasalah orang lelaki, mana betah jaga anak kecik2 sensorang. Aku kata kat dia, kalau dia yg pergi dulu, aku duduk je dgn budak2 kat rumah tu teruskan hidup macam biasa. Err...itupun kalau aku mampu la tanggung expenses sorang2. Kalau tak mampu, balik kampung jugaklah nampaknya duduk ngan Mak Abah huhuhu. Ishh...cane pulak nak dapat income kat sane eh? Dah la tak berbakat apa2 aku ni hahaha.

Pada aku bab hidup mati ni bukan perkara taboo pun utk kita laki bini diskas. Lumrah kot semua yg hidup pasti akan mati. Nak sensitif ape sangat pon. Fakta. Aku cakap dekat habi, kalau aku pergi dulu, if jumpa perempuan yg baik, kahwin ajelah. Yang penting boleh jaga budak2. Habi kata macam malas dah nak fikir pasal kawen. Eceh...kunon la eh hahaha. Bersangka baik ajelah, dah dia kata gitu, aku percaya je. Aku cakaplah kesian budak2 xde kasih sayang seorang Ibu. Kalau boleh, kahwinlah. Aku cakap la if dia yg pergi dulu, if ada lelaki baik yg nak, aku kawen je mwahaha. Yelah, realistik jelah bab ni. Ingat senang nak jadi single parent?

Dan kalau mmg takde jodoh dah pun, move on ajelah selagi boleh survive dengan budak2. Kita ni dah umur gini rasa takde kehendak apa sangat dah melainkan nak tengok anak2 hidup selesa & gembira. Priority semua kat deme je. Kita dah tua bawak2 la beribadat lebih sikit sebelum turn kite pulak dipanggil Pencipta.

Kesayangans


Popular Posts