Skip to main content

Takde Bakat Dah

Sekali lagi termenung mengadap helaian putih yang kosong. Nak tulis apa? Agaknya memang dah takde ape yg nak diceritakan kot after 9 years being a blogger. For those yang dah bertahun follow blog ni mesti nampak setiap perubahan yang berlaku kat sini saban tahun. Daripada post yang panjang berjela boleh dipanggil karangan, sampailah post kebelakangan ini yang makin ketot isinya. Itupun cover dengan gambar banyak2 nak bagi panjang skek. Bakat menulis panjang, bakat banyak idea nak share, semuanya semakin hilang dari diri aku. Diumur 34 tahun, akhirnya bakat itu pergi. Poyo. Hahaha.

Sebenarnya bukan takde cerita langsung, cuma aku rasa macam tak perlu nak cerita. Lain sangat lah waktu dulu aku rasa semua benda nak cerita. Contoh keluar outing dengan anak2 kemain lagi aku rasa seronok sangat nak share kegembiraan itu bersama2 kat sini. But now aku rasa malas gila nak menulis pasal rasa tak penting pun. Macam boring je nak bagi orang baca. Gittew.

Sebab aku rasa banyak benda yg dulu aku suka share tapi skrg dah rasa tak penting, itu pasallah takde apa sangat dah nak tulis kat sini. Life aku macam gitulah dia. Life orang aku lagilah malas nak masuk campor. Jadi ape je yang tinggal utk dituliskan?

Otak aku masih lagi penuh dengan hal2 2 anak nak sekolah next year. Now tgh cari kemeja lengan panjang utk Naurah naik pentas grad kindy 12hb 11 nanti. Weekend ni pergi Nilai 3 lagilah nampaknya sbb org kedai ritu kabo insyaAllah datang dah stok baju sekolah utk tahun depan. Maklumlah ini pun dah nak masuk bln 11. Ramai je parents yg dah get ready nak sopim baju bajan sekolah kan. Hopefully adalah saiz utk Naurah. Ritu tinggal saiz besar je. Gedoboh sangat nak pakai.

Pastu aku pun nak tambah beli blouse kain bubble. Kali ni nk beli yang bercorak pulak. Dapat 2 helai jadilah. Semua nak pakai masa Team Building nanti. Itu ajelah nak cerita. Oh yer, now kat office tengah stress pasal takde air. Susah nak ke toilet, susah nak berwudhuk. Nak minum air byk pun takut, nak makan byk pun samalah hahaha. Alhamdulillah rumah aku tak kena pulak. Until this morning masih ada air lagi. Lega. Iz punyelah pulun basuh baju riso takde air. Dah menggunung baju aku tak lipat lagi. Mood blm mari.











Gambar rawak. Nampak awan cantik, snap. Pastu teman Iz main bola wakil kampeni, snap jugaklah.





Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…