Bersyukurlah Naurah

Naurah boleh kata hari2 request nak beli Nasi Lemak utk dibawa ke kindy. Pagi ni aku bagi dia ceramah pendek dalam kereta. The thing is, bukan kami saje taknak beli, tapi kat kindy memang ada breakfast. Kira kami bayar yuran kindy sebulan tu dah termasuk dengan breakfast, lunch & tea time. Kenapa perlu beli makanan lagi? Makan ajelah apa yang ticer dah masak.

Benda ni tak boleh dibiarkan berlarutan. Naurah dah 6 tahun. Dah besar. Dah boleh fikir dengan lebih elok berbanding adik2nya. I have to remind her that her request to buy Nasi Lemak every morning adalah 1 pembaziran. Dia patut lebih bersyukur dengan apa yang dihidangkan kat sekolah. Maybe dia boring asyik makan mee/bihun kat sane. But I have to teach her about something. About being grateful for having something to eat.

Naurah, you have to be grateful for what you have. There are many other kids around the world that starving to death for not having anything that can be eaten. Duit yang awak suruh kami keluarkan utk beli Nasi Lemak tiap pagi tu, eloklah awak simpan masuk dalam tabung sedekah utk mereka yang lebih memerlukan. Awak tak kesian ke dekat orang miskin yang takde ape nak makan tu? Awak tu ticer dah masakkn, tinggal makan je. Kenapa nak memilih sangat? Makan ajelah apa yang ada tu.

Ibu sekarang pun pergi kerja bawak bekal nak kalau ada leftover from dinner last night. Alhamdulillah banyak jimat duit ibu. Kita bukannya orang kaya & bukan juga orang miskin. Kita sederhana. Kalau kita boleh jimat, kita jimat. Jangan senang2 je nak beli itu ini walau kita mampu. Duit tu bukan semuanya hak kita. Ada bahagian orang lain sama. You have to understand that okay!

Diam saje Naurah sepanjang aku bertazkirah pada dia tadi. Sebelum tu dia menjawab la jugak. Lepas2 tu agaknya dia berfikir kot. Dah sampai kindy, masam mukanya huhuhu. Marah kot kena ceramah. Yelah, kemahuannya disekat. Aku tak expect la dia akan terus faham tentang ni. Kena selalu ingatkan jugaklah. InsyaAllah 1 hari nanti dia akan faham konsep yg aku nak terapkan dalam diri dia ni.

You will understand one day, InsyaAllah.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat