Grand Ihtifal Little Jannah 2016

Alhamdulillah selesai sudah majlis konvo kindy Naurah pada Sabtu lepas. Sedih jugaklah sebenarnya sebab 3 tahun Naurah belajar kat sana, and now its time to say goodbye for good. Memang agak emotional lah especially kat Teacher Nabila yang ajar Naurah sejak dia 4 tahun jugak. Dah habis majlis tu sempat said THANK YOU personally to Teacher Nabila for taking care of Naurah. Banyak bagi ilmu kat Naurah sampai bijak dah budak tu. Dah boleh hafaz surah lazim. Dah boleh membaca dengan lancar. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik cikgu2 Little Jannah semua.

Sebak jugaklah aku sebagai seorang Ibu masa majlis ni. Takde dah attend majlis ni for 3 years before this. Dah macam annual event kan utk kami. Little Jannah ni memang best. Cuma agak mahal fees tu walau sebenarnya pada aku berbaloi je dengan apa yang anak kita dapat tu. Owner kindy Teacher Nurul pun baik. Senang berurusan apa2 dengan dia. Ahh..memang sedih nak tinggalkan Little Jannah. Kalau bukan sebab nak berjimat cermat next year, mmg nak je masukkan Nazif kat situ. Tapi itulah....dah decide nak sekolahkan Nazif kat Taski Abim. Dah pakat dengan Ibu Midah owner taska Nazif Nadim skrg to pick him up everyday lepas habis sesi kindy setengah hari & transit Nazif kat taska semula.

Tak eloklah nak back out pulak kan. Lagipun memang banyak memudahkan kami dengan plan asal ni. Tuju 1 tempat je bila pergi & balik kerja tu. Tidaklah macam skrg terkejar2 2 tempat. Dah lah 1 utara, 1 selatan. Kalau dekat tu takpe jugaklah. Takpelah, kita tengok progress Nazif masa 4 tahun ni mcm mana. Kalau rasa tak bape okay, masa 5 years boleh enroll Little Jannah. InsyaAllah. Kita tunggu & lihat jelah setahun ni macam mana. Sebab dalam hati kalau boleh nak Nazif sekolah SRAI jugak macam kakaknya. Cuma nak lepas exam kemasukkan tu jelah tak tau dia boleh ke tak. Anak lelaki ni obviously tak sama dengan anak perempuan. Aku pun tak letak harapan sangat kat anak laki ni bab belajar sbb tau nature diorang lebih suka main dlm usia camni kan. Tapi manelah tau rezeki, minat belajar pun blh pupuk. Diorang ni mmg suka main tapi otak jenis cepat pikap. Kena tau cara nak gunakan ajelah kelebihan & kekurangan deme tu. 

Emm..OK lah. Tengok je gambar2 snap masa majlis.

Aigoo budak nak 1 tahun ni

Auditoirium Veterinar


Naurah wakil bacaan hafazan perempuan bagi 6 tahun. Surah Al Kafirun





Pelajar 4 tahun

Kemain santai haa

Pelajar 5 tahun











Popular Posts