Klinik Pakar Kanak-Kanak Nilai

Sampai opis lewat aku hari ni. Bawak Nadim pergi Klinik Pakar Kanak-Kanak Nilai. Malam tadi mengamok sakan dia sampai kaki tendang2 macam kesakitan yang teramat. Ya Allah, panik sungguh la mati kutu taktau nak buat gane dah. Dia flu, batuk & ada fungal infection kat private area. Dengar macam kentut2 sakit perut sama. Tak tau nak tackle sakit yg mana. Sudahnya aku bagi PCM jelah untuk kurangkan sakit yang tak tau apa tu. Banyak sangat sakitnya. Aku syak sakit telinga sama. Allahu....risau sungguh kalau pecah lagi gegendang telinga dia due to flu lama sangat. Kesiannya awak Nadim. Kalaulah ibu boleh ganti tempat awak tanggung semua kesakitan tu. Ibu sanggup. Most of mothers ofkos la selalu fikir macam ni kan. Biarlah anak tu sihat walafiat saje, biar kita je yang sakit. Tapi hidup ni tak mengikut aturan yg kita nak. Allah yang mengatur semuanya. So let it be.

Pagi tadi Nadim berak banyak. Betullah sangkaan aku yg dia sakit perut tu. Tapi itulah...dah sapu krim tropika pun mengamok juga lagi. Maybe telinga dia dah start sakitlah. So decided kena bawak kliniklah takut makin melarat since aku check ear dia takde keluar nanah lagi. KPKKN ni dah pindah from Bandar Nilai area Bank Rakyat sana ke shoplot baru area Desa Cempaka. Alhamdulillah makin dekat dengan rumah kami. So since diorang dah pindah, ini first time kitorang pergi. Sebelum ni consult utk Nazif & Naurah je. So utk Nadim kena register baru.

Tadi kami jumpe dengan Dr. Norhaseken. Alhamdulillah memang puas hati dengan consultation dia. She asked the right question to us & we have all the answers. Since dah biasa jumpa doc pakar kanak2, aku ni kira dah hafal dah camne cara seorang doc pakar kanak2 akan treat their patients. Soalan2 lazim doc pakar mmg dah semat dalam otak huhu. So i trusted her judgement on Nadim conditions. Cara dia check pun cara pakar kanak2 check. Teliti. Utk budak2 ni aku memang prefer kalau deme jumpa paed rather than general doctor. Sbb budak2 ni condition sakit dia tak sama mcm kita orang dewasa. Selalu sangat general doctor terlepas pandang tahap keseriusan sakit yang kanak2 ada. Anak dah 3 kan, kita pon belajar drp pengalaman yg lepas2 jugak.

Memanglah mahal sikit ubat & fees semua tu tapi kalau ubat elok, treatment suggestion pun tepat, pada aku ianya berbaloi. Yang penting kita nak anak2 kita sihat dengan cepat & tak perlu nak ulang alik klinik banyak kali yang end up makan duit jugak. Terus je shoot tempat yang tepat. Senang. So tadi Nadim kena amek neb sbb flame dah banyak kat lungs. Ear drum pun dah merah. Just as I expected. Tonsil merah. Utk fungal infection doc bagi ubat sapu yang khas utk fungal. Dia soh stop sapu Sudocream. Baiklah doc. Doc siap bagi surat utk aku dapat cuti ikhsan jaga anak sakit but since kampeni mmg takde bagi cuti ikhsan gitu, aku pergi jugaklah kerja. Alhamdulillah kebetulan Wan & Atok Semenyih datang rumah hari ni lepas amek ubat kat KKST, so depa akan amek semua budak2 jaga kat rumah kami. Takdelah aku risau sangat keadaan Nadim. He's in good hands. InsyaAllah.

Tak sempat nak snap2 pic kat KPKKN tadi. Haywire lah Nadim tak berenti menangis. Memang tengah tak sihat sangat kan. Tidur pun tak cukup malam tadi. Harap lenalah dia tidur kat rumah tu dengan Wan & Atok. Maaf ye Nadim Ibu tak boleh suka2 cuti jaga awak. Cuti Ibu dah habis. Tak sabar betul nak tahun 2017. Lemau betul takde cuti ni.

Overall aku rekemen KPKKN utk Ibu Bapa sekitar Nilai, BBST & Kota Warisan. Klinik pun besar sangat selesa. Ada bilik menyusu & tukar diapers. Ada Surau. Ada toilet. Lengkap semuanya. Lega dah ada klinik kanak2 yang trusted. Tak perlu nak drive jauh ke Annur Bangi dah kalau emergency pape. Alhamdulillah. KPKKN buka setiap hari kecuali Ahad. Sabtu half day. Hari biasa 9pagi-9malam. Timing dia memang terbaik.

Speedy recovery Nadim!!






Popular Posts