Skip to main content

Perkahwinan

Marriage took a lot of hard works. Cabaran dia berbeza from time to time. Masa tahun pertama lain, masa tahun ke-3 dah lain, nak masuk tahun ke-8 ni lagilah lain. Approaching our 8th anniversary, ahhhh....there is a lot to think about. Amboihh....gaya tulis macam masalah besar tu akakaka. Takde apa sangat pun cuma people change. I changed, Iz pun changed. Bukanlah perubahan yang besar-besar pun. Tapi in marriage, sekecil mana pun perubahan tak boleh dipandang enteng. Semua pasangan yang berkahwin mengimpikan benda yang sama. Untuk kekal bersama sebagai pasangan hingga ke akhir hayat. Tapi nak mencapai ke arah itu, its not easy at all. Cabaran banyak datang dari segenap arah. Salah handle, payah.

Komunikasi pada aku 1 tool yang paling penting antara suami isteri. Sometimes kita yang dah lama-lama kahwin ni, jadi malas nak bercakap. Lebih2 lagi tentang benda yang kita tak berapa suka, dah pernah cakap banyak kali sebelum ni but sadly nothing change. Sampai 1 masa, kita redha jelah senang cakap. Terima seadanya. Baik & buruk fitrah kejadian manusia. Semua manusia ada. Its how we handle the bad yang jadi cabaran utama tu. Yang baik ofkos lah tak jadi masalah kan.

Sama macam benda baik, benda buruk ni pun boleh bertambah jugak. Since all people do change from time to time, kita pun kena acceptlah perkara2 baik yang baru & perkara2 buruk yang baru. Adoilahhh..yang lama punya hal pun tak berapa nak settle, dah datang peel yg baru. Sebab tulah aku cakap perkahwinan ni sukar huhuhu. 

Pastu kadang kita ni sibuk sangat dengan hal kerja, anak2 & orang sekeliling. Sampai takde masa nak diskas tentang hal2 yang sepatutnya perlu dibincangkan laki bini. Pastu lama-lama jadi hambar, jadi menyampah, jadi tak best. Aih....bahaya. Sangat bahaya. Kumpul lama2 sok2 meletop kebabom kita jugak yang susah. Haihhh...

Dah lama tak dating berdua dengan Iz. Last masa preggykan Nadim 4-5 bulan gitu kalau tak salah. Since kewangan family tak berapa cantik nak pergi holiday, kita aim yang kecik2 dululah. Cuti pulak dah takde. Padan la muke hahaha. Kena cari masa. Balik Semenyih la rumah in law kikiki =P

Counting days Nadim turn 1 year 



Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…