Motherhood

Aigoo....risau sungguh kalau terlupa beli kek malam ni. Esok Nadim turn 1 year old. Ya Allah, cepat sangat masa berlalu. Si bongsu dah boleh letak tahun dah, No more bulan yer hehehe. Malam tadi dia bagi surprise kat Ibu 2 kali bangun berdiri sendiri masa tengah suap makan. Kesian budak tu lapar rupanya patutlah golek2 tak mau lelap mata. Sekali Iz dah siap masak, as usual akula tukang suap budak2 makan dulu kan. Kemain dia bingkas bangun soh suap dia dulu huhuhu. Jerit2 marah pulak bila lambat suap. Dah bising kakak & abang apasal Ibu suap tak ikut turn hahaha. Mengelat eh asek suap adik je dulu.

Bab suap makan ni je dah boleh buat aku happy. Really appreciate motherhood. I love being a mom. Macam tengok dokumentari ibu burung siap anak2 makan cacing tu kan akaka. Gitulah gayanya cuma aku manusia la takkan burung pulak kahkah. Anak2 3 orang keliling duduk sua mulut nak ibu suap. Feeling dia tu tak boleh nak describe. Dia punya puas dapat suap anak2 makan tu, priceless. Nadim paling tak duduk diam lah merangkak atas badan abang kakak, menerpa kat pinggan ibu pegang. Ya Allah, dah macam berperang gayanya hahaha. Simple things like this can makes me happy. Alhamdulillah. Lagi pulak dapat homecooked food kan. Iz pun skrg bab masak dah makin pantas. Takdelah mcm dulu hegeh2. Stress tunggu dia habis masak. Perot pulak dah menjerit2. Budak2 pon sokmo tanya bila nak makan hahaha...

3 orang anak pun dah alhamdulillah sangat. Tak rasa sikit sangat, tak rasa ramai sangat. Just nice for us. Malam ni selain beli kek utk Nadim, nak beli hadiah pen utk ticer kelas Naurah, Ticer Nabila. 3 tahun dia mengajar & menjaga Naurah kat Little Jannah. Hanya Allah dapat balas jasa baik dia. Souvenir utk ticer lain pun ada tempah kat Yaya @parteesandsuch. Kalau korang nak cari gifts utk akikah ke wedding ke apa2 majlis lah, boleh contact Yaya. Kawan blogger yang serba boleh & kreatif. Tempah sikit2 pon boleh. Harga memang sangatlah berpatutan.


Memang dah aim nak bagi something to teachers bila Naurah tamat kindergarten. Tanda terima kasih kami kerana mendidik Naurah. Hadiah tak seberapa tapi pada aku ingatan tu yang paling penting. Alhamdulillah ada rezeki sikit bagi mana yang mampu ajelah. Hadiah pen utk Teacher Nabila tu Iz punya idea. Bolehlah cari dekat Popular area Giant Nilai malam karang.

Sabtu ni ada Final Assessment Naurah kat Little Jannah. So boleh bagi gifts masetu jelah. Rasa macam nak bagi something jugak utk rakan kelas Naurah. Tapi takde idea pulak nak bagi ape huhuhu. Ada masa lagi, bolehlah difikirkan. Malam td Naurah dapat bangle hadiah drp kawan. Katanya semua rakan kelas dapat. Kemain happy dia. Aku baru nak marah ingat dia swap barang2 dengan kwn2 lagi akaka =P




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat