Skip to main content

Terkenang Masa Lalu



Cuba teka yang mana satukah aku?

Kenduri kahwin pakcik ke makcik ehh maseni. Aku pun dah tak ingat hahaha. Yang pastinya adik Abah la. Ni rumah kampung kat Batu Pahat sane. Bertahun dah tak jejak kaki aku kat sana. Ada dalam 15 tahun kot since arwah Nenek meninggal on 2002. Itulah tahun terakhir aku jejak kaki kat sana. Dah takde siapa dah rumah tu sekarang. Dulu disewakan sekarang rasanya dah kosong.

Ini semua sepupu sepapat aku belah Abah ler. Masa kecik2 ni seronoknya lahai balik kampung main-main dengan kazen semua. Mandi air sejuk macam ais. Seronok berkumpul ramai2 even tidur sempit sempit bergelimpangan kat ruang tamu. Maklumlah ramai kan. Kita masa kecik tau seronok aje macam tu. Mak Abah kita lain pulak rasanya.

Samalah macam aku skrg since dah jadi mak orang ni kan. Utk anak2 ofkos deme happy je if balik rumah Wan/Nenek takde fikir apa. Cuma anak2 aku takkan merasa la tidur berhimpit ramai2 kat ruang tamu pasal rumah Wan & Nenek dedua besar gabak huhuhu. Banyak bilik so takdelah nak bergelimpangan tidur cucu2nya hahaha. Kita ni bila dah dewasa kadang selalu over think. Tu ada je tak kena sana sini. Letih jadi orang dewasa ni. Best lagi masa jadi kanak2 kan?

Sekarang yg dalam gambar tu semua dah jadi mak & bapa orang huhuhu. Nanti sok2 Naurah pulak menulis blog macam aku ni. Masetu dia pun dah ada anak sendiri & giliran aku pulak terima kedatangan cucu2 balik rumah. Begitulah kitaran hidup manusia. Itupun kalau panjang umur.

Dalam gambar ni yang ada cuma 4 beradik je out of 5. Anje & Hirraz tak wujud lagi maseni hehehe. Paling bongsu is adik aku Lisa. Dia yang takde dalam gambar ni. Ofkos la berkepit je dengan mak pasal kecik lagi kan. Aku relax je join geng2 besor akaka. Padahal excited nak makan kek besday si Syuhadah kecik tu :P


p/s: aku yang duduk depan pakai cekak pink, kurung coklat tu ^_^











Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…