Ujian Datang Lagi

Ujian datang lagi. Kesian Nadim bertimpa-timpa datang penyakit. Malam tadi baca wasap grup taska the boys, ada kids yang kena HMFD. Aduhaiii, dah rasa tak sedap hati dah masetu. Bangun pagi check Nadim nampak dah blisters kat jari tgn & kaki. Allah....dah kena virus HMFD nampaknya dia. Tak habis lagi dengan flu & batuk, datang pulak sakit baru. Harap Nadim kuat. Cepat sembuh yer sayang. Ujian buat awak & kita 1 keluarga. Ibu redha. Ayah pun redha. Takde arah terpaksa jugak mintak tolong Wan & Atok jaga awak, abang & kakak sekaligus. Naurah pun kami pontengkan ajelah dari kindy. Lagi bbrp hari je pun dah nak cuti sekolah. Takde belajar apa dah. Cuma Ahad ni Naurah ada lawatan ke Petrosains, KL. Khas utk pelajar 6 tahun spend time dengan teachers semua. Tahun depan berpisah dah.

Marissa hantar ke rumah mertua BIL. So my kiddos semua ada kat Semenyih lah. Kena asingkan karang berjangkit pulak. HMFD ni dahlah senang berjangkit. Hari ni taska orang Klinik Kesihatan datang utk check. As usual mesti kena tutup at least seminggu. Dengan taska kurang pengasuh sebab 4 orang berhenti serentak haritu. Haihh...bertimpa timpa jugak masalah tu. Harap semuanya bersabar sajelah dengan ujian ni & dipermudahkan segala urusan.

Ahad akan datang ni Kak Ya akan fly balik ke Netherland. So weekend ni maybe mak akan datang rumah nak babai kat KLIA. Hirraz pun dah nak fly ke sana jugak 1/12/16. Tour Europe dengan kawan dia berdua. Sebulan jugaklah dia kat sana sebelum sekolah bukak semula utk sessi 2017.

Aku ni sekolah SRAI Salak Tinggi takde bagi surat whatsoever lagi. Seingat aku last call admin sek dulu dia kata Disember baru ada makluman pasal yuran etc. So bersabar sajalah menunggu. Tak lama pun dah. Cuma iyalah kita ni anak sulung baru nak masuk sekolah rendah agak cuak jugaklah. Risau cicir nama lah. Risau pasal yuran lah. Risau pasal transportation lah. Bila anak nak sekolah, kita ni tak boleh nak pasif je tak amek tahu apa2. Kena lebih aktif tanya sana sini, rajin call sekolah ke bagai utk pastikan kite sentiasa up to date dengan perkembangan terbaru. Jangan sebab kita ni tak aktif, anak2 pulak jadi mangsa tak lengkap itu ini. Itulah yang paling aku risaukan.

Nantilah bila dah selesai semua pasal hal SRAI Naurah ni, akan aku tulis post panjang lebar tentang kemasukkan anak Tahun 1 ke SRAI especially SRAI Salak Tinggi. Takot lain2 SRAI lain pulak caranya kan. Maybe boleh bantu parents lain lepasni yang nak masukkan anak ke SRAI. InsyaAllah.

Marilah kita bertabah sama2 yer kiddos!




 

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat