Bertabahlah

Sejak eat clean ni ada dlm 2-3 hari tu sakit kepala & sakit tengkok. Haih...tak syok betol bila kena macam ni. Mengingatkan aku kenapa aku stop amek ESP Shaklee dulu. Aku rasa ini salah satu badan tengah nak menyesuaikan diri dengan pemakanan baru. Tengah detox ke...tengah heal process ke...begitulah. Masa consumed ESP dulu aku give up sebab tak tahan sangat rasanya menanggung. Pasalnya kita ni kat office kan ada banyak kerja nak buat, rasa tak syok ah bila rasa tak fit tu. So guna dlm suku je pastu jual kat kembo di Manjung sane hahaha. Sebbaek la ade buyer. Tak la rasa membazir kan if buang begitu saje.

But this time around aku takleh give up lah. Kena tahan semua ni sampai ke titisan yang terakhir. Kalau tak sampai bila nak jadi tak sihat je kan? Fed up lah asyik rasa tak sihat. I hate it so much that feeling. Samalah macam feeling side effect eat clean ni. Rasa tak sihat jugak kan? Tapi kalau rasa tak sihat utk masa depan yg lebih cerah, apa salahnya kan? Kena bertabah dululah. Kena kuat semangat tak boleh buat separuh jalan mcm kes dulu lagi. No pain, no gain. Begitulah.

Sorrylah lately post asyik pasal diri nak sihat. Ape nak buat...itulah fokus utama dalam otak skrg ni. Dalam otak nak sihat..nak sihat...nak sihat...sentiasa bergema. Tapi malas dah nk luah ke Iz pasal dia dah malas nak dengar bebelan aku nak sihat. Hampeh betul. Dia kata asyik hari2 je cakap,...boring lah. Huh...dengar pun susah ke? Ingat senang aku nak buat semua ni? Orang yg suka makan, berdiet dengan rela hati. Ingat senanggggg???? Dia x tau betapa besar pengorbanan yg aku sdg lakukan ni hahaha. Tapi xpelah...lg menguatkan semangat utk teruskan program diet sihat ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.


Eat clean ni yang penting cara masakan & kuantiti. Diantara meal akan ada snacking utk control tahap kelaparan kita tu. Kalau kat rumah enjoy je masak2 tu. Sekejap je pun tak amek masa yg lama. Campak2 je siap. Aku dah beli brown rice 2kg utk melengkapkan lagi eat clean ni. Brown rice lebih elok pasal lagi kurang gula drp beras biasa. Beras basmathi pun elok pasal kurang kanji. Tapi nasi putih biasa pun takde salahnya asalkan portion tetap sama iaitu sebesar penumbuk tgn. Mula2 mmg rasa tak kenyang gila nasi ciput gitu hahaha. Dah 5 hari ni rasa biasa dah. Kenyang je. Lagilah pasal air pun kena togok banyak. Kenyam air pun yer.

Lusa adalah cheat day hahahha. Tak sabar. Tapi macam sayang je nak makan ngarot2 time tu. Rasa mcm spoil habis diet yg sblm2 tu hihi. Pastu sessi timbang berat badan terkini. Kalau tak turun langsung, siryes aku sedih weyhhhhh!!! Turun 1kg pun aku syukur dah. Asal ada penurunan. Nak terus bersemangat buat diet sihat ni. 







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat