Kiddos Expenses 2017

Alhamdulillah akhirnya sampai pun surat official drp SRAI ST untuk Naurah. Risau tak payah nak cakap la selagi surat ni tak dapat. Hari2 check peti surat tengok dah sampai ke belum. Bile takde, tambah lagi susah hati laki bini. Call sekolah, person in charge cuti pulak. Surat sampai Sabtu lepas. Balik je dari beli kasut sekolah Naurah kat Bata, IOI City Mall; Iz kabo sampai dah surat dari SRAI ST. Punyelah tak menyabor aku dan2 tu bukak even surat tu basah pasal hujan lebat kan hahaha. Punyelah excited & happy. Lain macam sungguh anak masuk Darjah 1 ni eh.

Settled jugaklah hari tu beli semua kelengkapan sekolah Naurah. Lega banyak. Total yuran Tahun 1 SRAI ST 2017 ialah RM488.20. Yuran makan RM50 sebulan. Yuran van dari SRAI je transit PJA RM45 sebulan. Yuran transit kat PJA, RM80 sebulan. Total bulanan Naurah cuma RM175 sebulan. 

Tapi, yuran bulanan Nazif pulak yg naik mencanak berganti dengan kakak. Total RM385. Taski Abim RM180, transit half day RM170, van pick up from taski ke transit PJA RM35.

Nadim ajelah tetap sama bayaran RM300 sebulan.

Lega semua belanja dah ada. Dah tau komitmen utk tahun 2017 berapa utk setiap anak. Kurang banyak dah serabut otak. Alhamdulillah. Nampak ada penurunan dari segi perbelanjaan kiddos tahun depan iaitu cuma RM860. Sebelum ni roughly sebulan RM1k+ jugaklah pasal OT Naurah kat kindy boleh tahan jugak banyaknya. Next year dah takde OT. Itulah bestnya PJA sebab tak pernah berkira amek OT if parents lambat ambil anak2. Thats y utk yuran bulanan if mahal sikit pun tak apa pasal OT tak wujud. Kita pun takde nak merungut apa2. Bayar je seadanya.

So dah bahagi2 lah expenses tu atr aku dgn Iz. Aku settlekan Nazif, dia settlekan Naurah & Nadim. Tak lari jauh pun bayaran tu. Iz gaji lagi besar plus ketua keluarga kenalah lebih kan hehe. Aku ni side kick je, buat tambah2 bantu mana yg boleh.

Jumaat ni Naurah ada orientasi kat SRAI. Iz yang handle. Pastu dah naik sekolah nanti 3 & 4hb pun Iz akan cuti utk pantau budak-budak. Alhamdulillah dapat suami yg boleh diharap bab ni. Aku pun bukan jenis sentimental sangat nak perati budak-budak semua. Iz kata dia boleh handle, bagi jelah kepercayaan kat dia. Tahun 2017 aku kedekut cuti HAHAHA. Nak simpan cuti selagi boleh. Taknak dah merasa lagi unpaid leave. Sengkek itu seksa huhu.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat