Naurah - Orientasi SRAI Salak Tinggi Tahun 1, 2017







Walau tak dapat pergi ke sekolah sama-sama dengan dia, aku puas hati dapat siapkan dia pagi tu. Kemas & comel dimata aku. Cukuplah. Selebihnya biar Iz yang handle. Iz kata Naurah okay je kat sekolah. Sempat la call cakap dengan Naurah tanya dia macam mana. Elok je suara ceria kabo nama kelas dia 1 USM pastu ada sorang budak lelaki yang dia kenal kat kindy Little Jannah nama Fariz. Sukalah dia ada muka yang familiar even sorang je haha. Geng dr LJ yg girl masuk kelas sebelah la pulok. 2 kelas je pun. Lagi satu 1 UKM. Kelas Naurah 37 orang murid.

Lega tak terkata bila tau dia happy. Sebelum ni kalau aku remind pasal SRAI je sokmo muka monyok & kadang menangis terus. Dia kata dia tak pandai belajar. Belajar tu susah. Pastu takut nanti cikgu garang. Aku rasa dia termakan cakap2 senior dia kat Little Jannah sana yg now dah masuk Tahun 2. Dia pun agaknya salah faham maksud apa kawan tu kata. Dah jadi bebanan pulak pd dia nak masuk sekolah ni.

Malam tadi aku slow talk dengan dia. Terangkan betul2 gitu gini. Syukur dia macam faham & terima. Pagi tadi bangun tido mood pun elok. Nak bersiap pun senang. Lega sangat tengok dia. Alhamdulillah. Sekolah tu best Naurah. Dapat jumpa dengan kawan2. Dapat belajar benda baru. Ibu sentiasa doakan awak happy tak kira kat mana pun awak & apa pun yg awak buat. Hidup ni singkat je nak, jadikan ianya bermakna. Enjoy your childhood okay! Ibu & Ayah takkan push awak sangat pun. You just do your best. Thats all.



Popular Posts