YOU NEED A HOLIDAY LAH Traveloka Online Contest

Korang ada tak satu tempat atau negara yang dah lama korang aim nak pergi. Selalunya setiap seorang daripada kita mesti ada kan? Kadang pengaruh daripada TV. Contoh macam tengok Kdrama, tengok Oppa hensem-hensem kemain menggeletis nak pergi sana HAHAHA. Dengan harapan in future kalau ada rezeki jejak kaki kesana FREE menang contest #MyTravelokaEscapade, dapatlah cuci mata tengok Oppa hensem merata-rata KEKEKE. Itu aku bagi contoh ajelah. Ada macam-macam sebab lain lagilah kenapa kita kadang nak sangat pergi ke sesebuah tempat or negara tu. Contohnya sebab tempat tu banyak pemandangan yang cantik ke, sebab nak merasa negara yang ada 4 musim ke, dan banyak lagilah kan.

Kalau tanya kat aku sekarang, mana tempat/negara yang aku nak sangat pergi, pastinya kalau boleh aku nak sangat pergi ke Melbourne, Australia. Ada apa dengan Melbourne? Mestilah ada kisah disebaliknya kan? Kisahnya simple je. Kak Ya back at 90's, after finished her SPM, dia fly to Melbourne to further her study under Petronas Scholarship. Masa tu aku masih bersekolah rendah. Betapa kagumnya aku rasa masatu pada Kak Ya sebab dapat pergi ke negara "Orang Putih" sorang-sorang. Setahun sekali Kak Ya akan balik ke Malaysia. Banyak betul soalan kami adik-beradik pada dia HEHE. Excited sangat nak dengar pengalaman dia kat sana. 

Pernah Kak Ya masak Spagethi Bolognesse kat rumah. Itulah Spagethi Bolognesse yang pertama kali kami semua makan. Masa tu tak boleh masuk tekak pun HAHAHA. Rasa macam masam sangat kuah tomato tu. Siap ada taburan cheese pulak. Manalah kena dengan selera orang Felda macam kami ni yang dah biasa dengan Nasi Putih & Sambal Belacan. Bila Kak Ya tanya, " Sedap tak? " Semua cakap sedap sambil muka terkulat-kulat nak menelan KAHKAH. Takut dia kecil hati pulak bila kata tak sedap. But you know what, Spagethi Bolognesse pada hari ini adalah antara dish yang aku & anak-anak sangat suka sekarang. Kalau masak je, confirm licin.

So begitulah sedikit cerita tentang kenapa aku rasa nak sangat ke Melbourne sekiranya ada peluang. Kalau boleh nak tengok tempat Kak Ya study dulu kat University of Melbourne & pergi Sightseeing Melbourne City by Hop On Hop Off Bus. Dan kalau lah dapat pergi dengan Kak Ya sekali, lagilah seronok tak terhingga. Dia pun bolehlah throwback semula zaman study kat sana dulu. Share her memories with us. That would be so nice isn't it? ^__^

Sebenarnya ada beberapa tempat menarik lain yang ada kat Melbourne. Contohnya bagi pencinta haiwan macam aku ni, teringin sangat nak pergi Philips Island tengok kangaroo, koala bear & perarakan penguin (kalau kena pada waktunya la). Pastu kalau nak tengok breath taking view, bolehlah pergi ke Great Ocean Road & 12 Apostles. Kalau dapat pergi sana, mesti beribu gambar aku ambil HEHE. Bukan senang nak sampai kesana kan? Kalau dapat pergi sana dengan anak-anak, boleh jugak pergi ke Strawberry Farm & naik Puffing Billy Steam Train. For sure budak-budak seronok dapat petik sendiri strawberry kat ladang yang besar & naik train zaman dulu-dulu. Bukan budak-budak je seronok, ibu & ayah pun mesti excited sama.

Moga ada peluang untuk menang contest #MyTravelokaEscapade. Jom join! Tak salah pun mencuba. Manalah tau ada rezeki pergi tempat/negara idaman kita for FREE :) And kalau nak pergi bercuti kemana-mana, boleh tengok tawaran menarik by flights or hotels kat website Traveloka. Senang boleh book sekaligus je tak payah fikir banyak ^__^

Great Ocean Road. Cantiknyaaaaaaa....






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat