Ajaibnya Solat Dhuha

Nak cerita pasal Solat Dhuha. Kena story jugaklah kat sini walau dah banyak kali dah story pasal kelebihan & keistimewaan Solat Dhuha ni. Sebabnya aku ritu aura malas kehape ntah datang, dengan period berekor lama so agak lama jugaklah missed buat Solat Dhuha. Dalam 3 weeks kot missed. Biasalah aku pun manusia biasa. Iman tu naik & turun. Kadang bila dah turun tu sangat susah nak up kan dia semula. Kalau takde azam yg jitu, memang hanyut la ko sampai sudah.

Aku biasalah otak ni selalu la fikir itu ini secara auto dengan rasa bersalah bagai. Psiko diri sendiri until end up aku akan dapat the courage utk betulkan semula apa yang tak betul. Lebih2 lagi bila Allah bagi ujian demi ujian yang aku selalu rasa ade kena mengena dengan kurangnya kuantiti & kualiti ibadah aku pada-Nya.

So akhirnya aku dapat semula semangat utk ke Surau & buat Dhuha. Dapat mengaji pagi & tengahari (after Solat Zohor). Bab mengaji ni kadang lps Zohor aku missed jugak pasal kadang ada ramai orang so rasa segan nak mengaji (apekahh huhuhu). Sllu aku akan mengaji time Dhuha jugak sebab fikir in case lps Zohor tak dapat, at least ada jugak yg pagi. Kalau dapat buat on dua2 waktu, lagilah bonus kan? Lagi cepat aku khatam Al-Quran kat office ni. Nikmat Tuhan yg manakah mahu aku dustakan sekiranya begitu?

Tak semua orang ada masa lapang yg banyak kat office macam aku. Even dah tak berapa banyak sangat pun skrg ni sbb workload bertambah sejak dapat new boss, tetap mmg tak boleh la tinggal Solat Dhuha & mengaji ni. Kat rumah mana pulak nak cilok masa yg mostly habis utk anak2 & hal rumahtangga. Kesempatan kat office inilah yg perlu digunakan sebaiknya supaya Allah sentiasa menjaga aku & family saban waktu.

Berbalik pasal aku start buat balik Solat Dhuha, sama seperti masa aku mula2 amalkan dulu, perubahannya sangat dapat dirasakan terutamanya bab rezeki. Semuanya dipermudahkan. In fact aku tak cari pun rezeki tu, tapi ia datang dengan sendirinya. Ya Allah, tak terkata & tertulis dah macam mana aku nak gambarkan betapa ajaibnya Solat Dhuha ni. Bukan pasal rezeki je, bab lain pun banyak dipermudahkan. I am so happy.

Kena semat dalam otak jangan pernah tinggal Solat Dhuha. Kalau dah tersasar jalan sekalipun, sila kembali ke jalan yang benar. HAHAHA. Solat malam je yg masih payah nak dijadikan amalan. My bad. Harap Allah bagi kekuatan. Amin yra.

Acah2 bibir lipstik style korean. Jadi tak? Hahaha. Jerawat tu omg...stress tengok



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat