Panggilan Pulau 2017

Delete2 pic dalam henfon sebelum tu dah transfer ke PC, skali bukak kat PC file kosong. Perghhhh...bikin panassssss hahahaha. Punyalah aku nak letak gambar2 masa Naurah Nazif first day school haritu kat sini, skali nan hado ha. Sebbaek la kat henfon Iz semua pic tu pasal dia wasap ke aku. Nanti la send balik ke wasap aku baru up sini. Kalau rajin. Dia kdg dah jd gtu lama2 malas dah nak update. Lantok sane hahaha. Merajok kunon...phuiii...

So nak update aku sudahnya ni?Hahaha...hampehhh...aptb...grr

Okay boleh cerita dah kot pasal trip to Pulau Perhentian bulan 4/5 nanti pasal tiket flights pon aku dah beli semalam. InsyaAllah kalau takde aral melintang patah membujur lalu, akan jadi kenyataan trip with blogger friends this year neh. Pakej pun dah booked & dah buat first payment masing2. Harap dipermudahkan la segala urusan lepasni. Tak sabar nak pertama kali ber vacation dengan blogger friend ni. Sebelum2 ni jumpa pun kalau ada sesiapa ada buat majlis birthday ke akikah ke bagai. This time kami siap bermalam semua. Best best.

Ada mak2 yang pergi solo & ada yg bawak anak. Mostly bawak sorang jelah anak sebab senang nak handle. Ni kira macam Girls Trip lah pasal anak2 perempuan je yg kami bawak. Aku ofkos la bawak Naurah kan sape lagi. Nadim pun dah besar so takpe dah tinggal dia. 2 malam je pun. Iz for sure lah balik rumah in law kt Semenyih. Syukurlah dia as usual sporting je bab gini. Alhamdulillah. Siap support pinjamkan CC dia utk aku booked tiket flights semua orang yg mahu. I love you more and more and more and more......ekekek...hoverrr...

So skrg ni memasing tengah excited la menunggu hari yang dinantikan. Moga semuanya baik-baik aje & tercapai impian semua orang. Amin yra.

P/S: ade orang tu siap dah beli swimming suit akakaka =P





Popular Posts