Kita Pun Perlukan Hidayah

Harini aku half day. Tengahari kang balik lepas Iz habis solat Jumaat akan amek kiddos kat taska & transit masing2 & terus gerak ke Melaka. Our first holiday for 2017. Last year cuma 2 kali je bercuti. Before we go to Holland on July, ada pergi ke Port Dickson duduk hotel Corus Paradise 3h2m. Itulah last kami lepak hotel sebab g Holland kan duduk rumah Kak Ya je. So agak lama jugaklah kiddos tak mandi swimming pool. Kesian. Harapnya tahun ni dapat la duduk hotel kerap skek utk treat kiddos. InsyaAllah moga ada masa lapangnya & duitnya hohoho =P

Sekejap aje dah masuk bulan 2 kan? Masa mmg berlalu tersangat pantas. Kalau ingat bab masa ni memang sokmo la terfikir pasal akhir zaman. Macam skrg ni pada aku tinggal tunggu dajjal tu mengaku dia tu Tuhan je. Sebab semua dia punya persiapan nak muncul tu memang dah terlalu banyak tandanya. Sedangkan hidup kita skrg ni pun hasil drp acuan yang dajjal mahukan. Sistem dia. Sebab tulah betapa susahnya nanti kite nak declare musuh dengan dajjal ni nanti sebab kita dah lama terperangkap dengan sistem dia. Untuk menongkah arus tidak mahu berada didalam sistem yg sebati dalam diri, ingat senang ke?

Selingan kejap pasal dajjal ehhee. Yelah dalam pd kita meneruskan hidup sehari2 busy dengan kerja, dengan anak-anak sekolah, dalam masa yg sama tak boleh terus leka jugak. Kena selalu muhasabah diri bab ibadat pd Allah sebab kita ni manusia yg lemah senang sangat lupa diri & lalai. At least aku sendiri boleh rasa diri aku macam itulah. Ada time tekun betul bab ibadat neh. Rajin buat. Seronok. Tapi ada masa lemau jugak. Malas. Aptb. Gitulah iman kita manusia ni ada naik & turun macam roller coaster. What to do? Mmg Allah ciptakan kita ni ada kekuatan & kelemahannya. Cuma bab lemah tu kita tak bolehlah ikutkan sangat sebab kita juga boleh cipta kekuatan kalau kita nak. Its not an excuse at all.

Ramai orang ingat hidayah ni khusus Allah bagi bab orang kafir masuk Islam. Tapi sebenarnya diri kita sendiri pun even born as a muslim masih juga perlukan hidayah. Cuma kita ada untung sikit sebab parents kita Islam & bagi kita pendidikan Islam. Jadi pendidikan awal tentang agama tu dah ada. Kita kenal dah agama kita ape. Tapi kita tak boleh take it for granted atas keIslaman kita tu. Tahu dengan amalkan adalah sangat berbeza. Setakat ada ilmu, tapi tak praktik & selami dengan hati, apa gunanya? Sama macam kita solat tapi tak tahu apa makna bacaan yg kita dok ulang tu. Ianya perlukan usaha utk jadikan solat kita tu berkualiti. Bukan sekadar mulut kumat kamit tonggang tonggek laju2 macam kilat solatnya.

Aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku sendiri lah. Kalau korang tak macam aku, mmg molek sokmo solatnya, tahniah lah. Aku tulis ni utk ingatkan diri aku jugak and manelah tau ade reader yang boleh relate dengan diri sendiri, maka baguslah kan? Aku sendiri mula belajar utk faham makna dalam solat selepas diuji dengan putus tunang back at 2008. Ujian yang betul2 buat aku tersentap hati, jiwa & perasaan. Yang buat aku rasa gelap dunia seakan dah kiamat. Mmg over pun haha. Tapi itulah diri aku pd waktu itu. Syukur dari ujian tu, Allah sedarkan aku, bagi hidayah & tunjukkan jalan sampai aku dapat perbaiki solat sehinggalah skrg.

Seriously, kalau kita pernah rasa nikmat sebenar solat, kita akan selalu merindui saat itu. Sebab nikmat solat ni datang bila kita faham bacaannya & fokus. Ketenangan otak & hati tu mmg tak boleh nak described kat orang lain. Kena laluinya sendiri. Since iman aku mmg selalu turun naik, sesekali dapat rasa semula nikmat solat tu memang bersyukur sangat sampai menitis air mata. Bila solat kita boleh menitis airmata tersentuh, itulah nikmat yg tak semua orang mampu dapatkan. Aku sendiri entahnya boleh kira berapa kali je kot pernah dapat. Its not easy. Syurga Allah itukan sangat mahal harganya. Cuma selalu juga doa biarlah bila Allah tarik nyawa aku, waktu tu iman aku tengah tinggi jgn pd tahap yg rendah. Moga Allah makbulkan. Amin yra.

Main cak cak 

Budak gedik haha





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat