Dunia Ini Sangat Susah

Hati yang berharap & meminta hanya kepada Allah. How I wish I can have that kind of heart. Buat apa-apa, semuanya ingat Allah yang pertama. Even hati ni mahukan sekecil-kecil permintaan, seremeh remeh benda, Dia lah yang pertama sekali terlintas dalam hati & fikiran kita. 

Kehidupan kita kat dunia sekarang ni merupakan acuan dari para musuh Allah & agama Islam. Kita semua terperangkap dalam sistem ini tanpa kita sedari. Beratus mungkin beribu tahun lamanya mereka merancang semua ini. Inilah sistem Dajjal. Mampukah kita lari daripada sistemnya ini? Kehidupan yang kita sangkakan sememangnya diatur oleh Allah disebaliknya ada rancangan yang halus & jahat tanpa kita sedari. Tapi kita takde kuasa pun nak mengubahnya.

Sistem dunia Dajjal sekarang ni, tanpa kita sedari kita sendiri yg akan mempertahankannya. Kalau aku kata sistem pekerjaan kita juga aturan Dajjal, orang akan ramai kata aku gila & taksub sangat. Begitulah kebanyakkan manusia seagama aku sekarang. Kehidupan yang sudah menjadi kebiasaan, terasa sangat logik diotak kita dan kita mempertahankannya kerana kita rasa ianya betul. Korang rasa kenapa pengikut Imam Mahdi tu nanti sedikit saja jumlahnya? Kerana mereka dipihak yang benar tapi kita rasa mereka adalah dipihak yang salah.

Mereka mereka yang menentang sistem dunia sekarang adalah pihak yg benar. Tapi mampukah diri kita untuk bersama dengan mereka. Mampukah kita menongkah arus dunia yang kita rasa ideal ni? Aku amek contoh yang mudah tentang suntikan vaksin. Aku takde pengetahun yang banyak tentang ni tapi aku terfikir-fikir adakah golongan anti vaksin ni sebenarnya adalah golongan yang benar? Sebab betapa banyaknya manusia yang menentang golongan ini kerana menongkah arus logik zaman. Mungkin aku sendiri pun salah sorang daripadanya. Sadly but I admit that. Mungkin sebab kurangnya ilmu, kurangnya keberanian utk menongkah arus, aku follow saje the system. Begitulah. Aku harap korang boleh faham apa yang aku cuba nak sampaikan.

Pemikiran aku ni datangnya drp pelbagai bahan bacaan yang senang je nak dapat zaman skrg ni. Internet. Dari setiap artikel, aku menilai yang benar & yg salah. Otak & hati cuba menilai melihat dari pelbagai sudut. Aku tak ingat samada ayat ini drp hadis Nabi atau al Quran.

" Islam akan menjadi agama yang asing & terasing "

Ayat yang ringkas tapi sangat dalam maksudnya kalau kita fikirkan. Kita rasa kita dah Islam betul dah sekarang ni. Tapi betulkah? Adakah hati & akidah kita benar-benar Islam? Luarannya nampak ya. Tapi dalaman kita?

Lately aku selalu rasa takut. Takut yang aku sebenarnya sama-sama terjebak terperangkap dengan dunia ciptaan Dajjal ini. Aku mintak sungguh-sungguh dengan Allah moga Dia berikan aku jalan yang lurus, jalan utk orang-orang yang beriman bukan jalan orang-orang yang sesat & Dia murkai. Moga Allah bukakan hati, mata, telinga aku utk dapat membezakan antara yang benar & salah. Ianya seperti apa yang Dajjal suruh kita pilih. Dia tunjukkan kita Syurga & Neraka, kita mahu pilih yg mana? Hakikatnya Neraka Dajjal adalah Syurga Allah & sebaliknya. It will be so hard. 

Suami, anak-anak, mak abah, adik beradik.  Mampukah kita berlawan dengan perasaan kasih sayang kepada mereka untuk mengejar Syurga Allah apabila mereka berada di pihak yang berlawanan dengan kita? Ini ujian yang sangat besar. It will be so damn hard.

Allah ya Allah, hanya kepada-Mu aku meminta pertolongan. Hanya kepada-Mu aku berharap. Dunia ini sangat susah. Sangat mengelirukan.

*Pembetulan.

"Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing”

-HR Muslim




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat