Skip to main content

Kerja Sekolah Banyak

Ni aku nak membebel pasal Naurah pulak. Sekejap je dah masuk bulan 3. Dah nak masuk  bulan 4 dah pun. Cepat kan masa berlalu skrg? Korang tak takut ke? Huhuhu. If you know what I mean lah kan. I hope you do. So awal bulan ritu Naurah ada Ujian Prestasi 1 since masuk Darjah 1 kat SRAIST. Ape yang boleh aku simpulkan dalam masa beberapa bulan ni ialah aku agak tak setuju bab Naurah hari-hari ade homework yg aku rasa macam banyak naw utk budak seusia dia.

Aku pun stress sebab kena marah-marah anak, paksa dia siapkan homework tetiap malam. Geram, kesian semuanya bercampur aduk aku rasakan. Tak sure Naurah yang lembab sangat menulis ke, atau Cikgu yang bagi banyak sangat homework. Aku yg over sangat kesian ke anak ke. Haihh..entahlah. Tapi yang pastinya aku STRESS. I hate this feeling.

Then aku berfikir dengan tenang. Aku cuba cari penyelesaian. Ya Allah, kenapalah budak sekolah kena hadap semua stress belajar ni? Perlu ke belajar utk jadi budak yang pandai? Bagus sangat ke jadi budak pandai? Penting sangat ke? Bila aku fikir balik apa sebenarnya yg aku nak utk anak-anak, aku rasa aku dah silap bila memaksa Naurah belajar setiap malam buat homework. Aku rasa aku terikut2 sangat dengan wajib siapkan homework at the same time aku lukakan hati anak sendiri. Is that really what I want?

Aku cuba cari kaedah utk buat Naurah rasa suka belajar. Suka buat homework. I am still trying to do that at the moment. Aku kena main psikologi sikit bab ni dengan dia. Maklumlah ini anak pertama kan masuk sekolah rendah. Aku pun tak tau lagi macam mane aku nak handle benda ni semua. Masih lagi belajar. Dan aku taknak sampai anak benci dengan aku sebab hal sekolah ni je. Tak berbaloi langsung.

Berbalik pd persoalan apa yang aku nak sebenarnya dari anak-anak kat atas tadi. Secara amnya aku nak anak-anak aku jadi anak-anak yang baik kelakuannya. Yang follow ajaran Islam. Yang suka solat, yang suka mengaji, yang suka berbaik dengan semua orang. Haihh...asal dapat ini sudahlah. Aku tak perlu pun anak yang nanti dah besar ada jawatan tinggi & duit banyak. Itu depends on rezeki dia lah. Tapi asal jadi anak yg baik, soleh solehah InsyaAllah cukup dah bagi aku. Dunia je kot. Tak payahlah dikejarkan sangat. Itulah kesimpulan yang datang drp hati aku sendiri.

Naurah, asal awak boleh membaca, menulis, mengira sbg ilmu didunia ni Ibu puas hati dah. Cuma Ibu nak awal lebih sikit bab agama tu. Rajin solat, suka mengaji, berbaik dengan adik2, dengar cakap Ibu Ayah. Ibu tak demand mana pun nak. Ibu nak awak enjoy your childhood. Ibu tak suka nak marah2 awak selalu bab sekolah. Ibu sayang awak, Harap awak faham yg Ibu pun masih dlm proses menyesuaikan diri dengan rutin kita semua sekarang. Ibu akan cari jalan utk buat awak suka belajar & bersekolah. InsyaAllah.



Naurah memang kakak yang baik. Situasi sebenar rumah anak 3 KAHKAH. Whateverrrr. Dah immune =P





Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Dilamun Cinta

Tadi nampak Iz masa nak pergi toilet. Berbunga2 hati nampak dia macam tgh dilamun cinta akaka. Bila dah berdepan tu rasa nak pelok je kahkah. Over naw ko! Alhamdulillah masih ada lagi perasaan cinta tu pada suami. Iyerlah kita ni dah nak masuk 7 tahun kahwin, segala buruk baik nampak dah. Belum tambah lagi perangai buruk yang tetibe muncul bila usia makin meningkat ni kan. Annoying phase pada pasangan tu memang tengah high level orang kata. So once in a while bila dapat rasa perasaan kasih sayang pada partner kita tu rasa happy pulak. Kadang baru realized yang kita sbnrnya  sayang menyayangi & masih saling memerlukan each other.
Kitorang ni even kerja 1 tempat, bukan selalu terserempak pun since lain2 jabatan. If jumpa pun kadang dia dengan geng dia, so seganlah kita nak lovey dovey sangat depan orang kan haha. Malam ni ada orang nak belanja makan kat Ana Ikan Bakar Petai, Bangi sane. Sebbaeklah ikan bakar. Menu yang dibolehkan dalam eat clean hehehe. Cuma portion nasi tu ah kena…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…