Bersyukurlah Wahai Kawan

Aku ada seorang kawan non muslim yang kerja 1 jabatan dengan aku tapi lain section. Dia ni kalau bab bersembang memang nombor 1. Kalau dah start bercerita, macam taknak berhenti. Aku selalu cakap dalam hati " adoii dah dah la tu....bile nak habis ni wey??? ". And sometimes kalau dah tak tahan sangat aku akan show aku dah tak berapa interested dengan buat benda lain at the same time dia tengah rancak sembang tu. Tapi aku rasa dia tak paham gak kot aku dah penat nak sembang. HAHA. Kadang rasa bersalah jugak sebab macam rude je tapi kat office kot, tak syok jugak orang pandang-pandang bila lama sangat dia bercakap dengan aku tu. Dahlah meja aku ni hot spot. Bilik bos depan meja aku je kot. 

Aku suka sembang dengan dia cuma itulah bila meleret sangat aku penat. I am just a normal human being. Dan aku pun sebenarnya bukanlah kaki sembang sangat. Dengan dia je aku paling banyak sembang sbb 2 orang anak kami sama umur. So banyak share story pasal sekolah bagai. Dan topik kedua kami selalunya pasal kerja. Dia ni banyak gak dapat tau gossip hangat kat office ni. As aku ni bukan kaki sembang, kira dialah source aku utk dapat tau ape2 berita pasal office. Orang cerita, aku dengar. Tapi utk aku sendiri mencari cerita itu memang tak laaa.

Recently kami semua dapat insentif & back dated increment from January. Dan kawan aku ni dapat naik position from Senior Executive to Assistant Manager. I am happy for her. Personally aku rasa dia memang layak dapat pun. Congrats my friend. Tapi......haaa..ade tapinya huhuhu. Yang aku tak berapa berkenan is that dia ni macam tak bersyukur sangat dengan apa yg dia dapat. Still masih pertikaikan gajinya yg sikit & benefit yang sebelum ni langsung tak ada sampailah dah ada ni. Sampai 1 tahap aku pun rasa macam nak meletop sebab dia asyik compare gaji dia dengan org lain yg hanya level Executive tapi beza 2-3 rat je dengan dia yg dah level AM.

Kalau dia ni Islam, memang dah lama aku tazkirahkan HAHAHA. Geram tau sebab kenapa nak bandingkan rezeki kita dengan orang yang dapat lebih? Kenapa tak tengok orang yg lebih sikit gajinya drp dia. Selagi dia asyik compare macam tu, sampai sudahlah hidup ko tak tenang. Asyik komplen, asyik tak puas hati itu ini. Come on lah. Tak payah cari orang jauh lah, aku ni kerja kat sini lagi lama drp dia tak pernah sekali pun naik pangkat taw. Salary review first time aku dapat kali ni itupun sebab buat muka tebal mintak dengan bos. Dan increment aku tu even dengan salary review, separuh je kot drp increment dia yg without salary review tu. Ikut logik, aku ke dia yg patut banyak komplen sekarang?

Itulah kan beza antara kita dengan non muslim. Aku tak tahulah orang lain macam mana tapi pada aku hidup kat dunia ni permulaan kisah diri kita yang singkat je. Apa yang aku ada skrg, rasa dah syukur sangat banyaaaaaaak dah sebenarnya. Aku happy je even pangkat tak ada, gaji tak besar. Sebab aku masih rasa hidup aku aman damai tenang & bahagia. Aku malas nak fikir sangat & cuba manage rezeki yg aku dapat dengan baik. Itu je. Dan alhamdulillah, masih mampu pergi holiday at least once in a year. Tak ada long term hutang. Masih boleh hulur mak abah duit. Masih boleh beli apa yg aku nak even kena mengumpul sikit kalau mahal sangat tu. Ya Allah, terlalu banyak yg aku perlu bersyukur sampai tak habis kot kalau nak tulis kat sini.

Untuk kawan aku tu, maybe fokus dia hanya pada dunia. Jadi fikiran dia tak sama macam aku. Dia hanya mengejar dunia dunia & dunia. Sorry to say but pada aku dia terlalu tamak dengan pangkat & duit. Rezeki tu ada dalam pelbagai bentuk wahai kawan. You have a good husband pun rezeki. You have an intelligent kids pun dikira rezeki. Why don't you think of that? My friend, kalau you kurangkan komplen & lebihkan bersyukur, you will be more happy. Aku harap aku boleh cakap macam tu kat dia satu hari nanti. 

Rezeki walau sikit tapi berkat, InsyaAllah semuanya terasa cukup. Tapi bilamana ianya tiada keberkatan, gaji sebulan sejuta pun anda masih akan rasa tak cukup. Dan dalam rezeki yang kita dapat juga, ada bahagian orang lain sama. Jangan lupa bersedekah seikhlas hati. Jumlah tu tak penting tapi ingatan kita, keikhlasan kita & istiqomahnya kita dalam berbuat amalan itulah yg jadi point utama.

Nak share jugak selain aku dapat salary review, Iz jugak dapat naik pangkat. Increment monthly basic salary dia pun banyak kali ni. Ya Allah, even itu rezeki dia, tak tahu kenapa tapi aku rasa sangat happy macam aku pulak yg dapat. HAHAHA. Maybe sebab dia my other half kot. Eceh naw. Sebab aku rasa dia pun layak dapat semua tu dengan workload yang melampau-lampau especially sejak setahun dua yg lepas ni. Maybe jugak rezeki tu sampai sebab dia menggembirakan hati aku. Hati seorang isteri. Euww sounds cheesy eh? Sekali sekala ape salahnya huhu.

Iz ni orangnya kalau dia ada duit, dia tak berkira. Kalau takde tu yg jadi berkira hahaha. Gaji kami masing2 memang manage sdn bhd. Tak campur. Tapi akulah yg bahagi2 komitmen bulanan tu. Cth Iz bayar utk yuran taska transit kiddos, while aku bayar insurans 1 family. Like aku bayar astro, dia bayar api & air. Kerjasama gitu. Ini gaji dia dah naik agak banyak, aku propose nak add komitmen dia yg sblm ni aku bayar so that aku boleh increasekan saving aku. Niat nak jadi tetamu Allah tahun 2018 dengan dia sekali lagi. Maybe atas rezeki inilah Allah akan bagi jemputan tak lama lagi. Mudah mudahan, doakan kami yer. Alhamdulillah.

Happy wife. Happy husband. Happy kids. Happy family. InsyaAllah.
Dan yang paling penting " Jagalah Allah, Allah Menjaga Kita ".

Takde gambar baru. Bile nk repeat Ikea ni? Hoho


Payah naw nak tengok camera budak ni. Malu ke ape tah



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat