Cari Bala 2

Tulis jer beriya takmo dah baca beriya kat Fiksyen Shasha tu. Kejap je insofnye pastu dok baca semula hari-hari. Apelah masalah aku ni. Haihh. Disebabkan itulah tiba-tiba ada Part 2 tajuk blog aku ni. Sebabnya masalah bunyi-bunyi yang dah lamaaaa takde kat rumah tu dah start mengganggu semula. Bunyi yang dulu pernah didengari aku & Iz adalah bunyi guli & perabot yang di alih-alih. Lepastu kat ruang tamu tu selalunya natang tu suka main kipas. Kadang dia OFF sendiri. Kadang dia tukar kelajuan kipas yang selalunya kami buka 2 kepada 3 (paling laju) or 1 (paling slow). If tak kipas, dia main remote TV. Selalunya dia just tekan remote Astro tu kat OK then akan terpapar lah cerita apa yang kita tengok time tu. Padahal remote tu elok je dekat tepi aku takde sape pun pegang. Sabor jelah yer.

So itu adalah kisah-kisah yang agak biasa jugak berlaku dlm rumah tu sblm ni. Tapi mmg dah lamaaa tak ade. Kemuncaknya aku dah ralit semula baca FS, ada 1 kisah ni penulis tu tulis dia tak jamin apa-apa sekiranya berlaku kat pembaca lps habis baca cerita dia tu. Entahlah tak tahu nak interprete mcm mane tapi aku agak macam maybe akn jadi gangguan sama ke pembaca kot. Sblm ni ade je penulis2 lain pun menulis yg lebih kurang sama warning begitu tapi kisah yg ini agak menangkap di hati aku sikit. Tak tau kenapa. 

Pagi Jumaat, pagi-pagi dah nampak kesan gangguan. Beberapa barang dalam diapers beg aka beg opis sama telah dipunggah. Confirmed bukan Nazif & Nadim sbb depa tido depan TV awal. So dah tolak depa siap2. Naurah pulak buat homework dengan aku atas meja makan. Bile dah siap semua, aku nampak dia terus baring dpn TV & tido. So dia pun dah terkeluar. Selalunya aku bangun pagi pukul 5.30am dan turun ke dapur buat breakfast bagailah, Tapi pagi tu aku tak turun. So suspek seterusnya adalah Iz. Iz pulak kata dia turun bawah je nampak mmg dah susun molek barang-barang aku tu atas kotak kipas siling yg belum pasang lg tu. Dah buat ape pulak katanya dia nak punggah beg aku. Takde keperluan pon. So????? Misteri lah sape yg punggah. Aku pun ingat2 balik kot aku lupe aku punggah, tapi aku bkn jenis punggah beg tinggal gitu aje. Mustahil. Plus seingat aku cuma aku ambil henfon je dr beg malam tu & mmg terus nampak so xdelah mencari2 sampai nk punggah beg.

Pagi tu semua orang turun bawah nak ke sekolah bagai. Naurah yg tegur tanya kat aku beli spek baru ke? Aku macam hangin la jugak sbb shades tu aku nyorok baik punye kat tepi poket dalam beg tu. Apasal lak Naurah ni punggah beg aku sampai box tu pun dia bawak keluar kan? Skali dia kata ehh bukan kakak yg punggah, Kakak amek atas ni ha (atas box kipas tu ah). Tak jadi aku nak merempan hahaha. Terfikir2 la sampai sudah sape yg punggah. Hmm...

Malam tu pulak biasalah Sabtu cuti so lepak la depan TV je boleh tido lewat skek semua orang. Iz tido punyelah awal sbb kepenatan kerja. Budak2 pun tido awal. Semua bergelimpangan la dpn ruang tamu. Elok aku tgk TV memula dia tukar kelajuan kipas dr 2 ke 3. Aku derau dah darah tp relax jela semua ada dpn mata kan peneman. So tukar balik ke kelajuan 2. Tak lama lps tu dia main remote pulaklah as usual nak tengok cerita apa aku tgk. Dia tekan OK. Elok je padahal remote tu depan mata aku diantara aku & Nadim yg tgh syok tido. Haihh...bertabahlah. Tido malam tu tak berapa lena. Asyik terjaga. Banyak fikir kot.

Esoknya kami lepak rumah Abg Eddy kat AU2. Malam tu dekat pkl 11pm kami sampai rumah. Terus naik atas dgn budak2 while Iz tengok TV layan bola. Aku mimpi skeri kena kurung kat luar rumah tengah malam ketuk2 pintu suara tak keluar sampai aku jerit "Abangggggg" & terkejut betul2 aku panggil Abang tu. Allahu...tengok Iz takde kat sebelah. Panggil dr atas bilik, dia kata dia nk tgk TV kejap. Try tido semula pastu dengar pulak dgr mcm kaki berlari2 atas siling wuhuhu. Perabot dialih lagi. Xleh tahan terus panggil Iz naik atas tido. Sebbaek dia ok takde nak marah ape tapi lps aku cerita semua kt dia, baru dia marah suruh stop terus baca FS.

Tobatlah wey aku xmo baca dah. Etlis for the time being la. Buat aku jd pengecut dalam rumah sendiri. Nak turun awal pagi pun seram kemain. Ngarot sangat. Malam td buka bacaan surah al Baqarah dr henfon. Syukur tido lena takde gangguan apa. Alhamdulillah. Moga takde Part 3 dengan tajuk ni. Amin yra.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat