Skip to main content

Girls Trip

Syukur dapat dah train perut dengan rutin berpuasa sunat 2 hari lepas. Hari ni berehat sehari sebelum sambung utk esok & lusa kalau diizinkan Allah. Maklumlah kita ni hanya merancang, tapi Allah yg tentukan semuanya kan? Macam harini lah kunun nak puasa jugak tapi tak jadi dah haa. Lately makan banyak benda ngarot. End up sakit kepala & sakit tengkok dah menjengah semula. So mau detox semula lah badan plus train perut nak menghadapi bulan Ramadhan yang dah melambai-lambai. Plus minus dalam 51 hari saje lagi. Moga dipanjangkan umur bertemu kembali dengan bulan yang penuh barakah itu. InsyaAllah.

Tak ada spesifik idea pun tentang entry kali ni. Cuma rasa nak menaip saje. Pejam celik dah nak sampai masa ke Pulau Perhentian. My first duet trip with Naurah without the boys. Aku ni sebenarnya bukanlah peminat air & Pulau sangat. Air laut pada aku masin, melekit & berbahaya. Selalu terbayang ade jaws. Imaginasi tinggi as usual. Berbahaya juga sebab laut tu sangat luas. Senang nak hanyut. Lagi pulak aku tak reti berenang. Usually kalau mandi laut, aku berendam kat port gigi pantai saje. Buat basah-basah kaki jadilah.

Pulau pulak pada aku sangat panas. Matahari terasa sangat panas dikulit muka. Sunburn tu mmg komfem lah even pakai sun block power mane pon. Dah memang jenis kulit tak berapa nak tahan panas. Pasrah ajelah. Back at 2014 masa holiday anniversary ke-6 kat Krabi, aku langsung tak mandi laut. Dengan perut boyot pregykan si Nadim, memang tak laaa aku nak berendam bagai ni. Time jelajah Pulau pun aku stay atas bot je melayan mabuk laut. Pergh...memang kuatkan semangat sebab Iz ajelah time tu follow gak jelajah Pulau dalam pada mabuk mengandung tak habis lagi. Percutian yang lemau utk aku HAHA. Pakkal je dah booked tiket flights & hotel lama. Sayang pulak nak burn camtu je kan.

Last year skip holiday anniversary sebab pergi Holland. So this year berjumpa lagilah aku dengan Pulau & air masin. Agak cuak jugak sebenarnya sbb tanggungjawab menjaga Naurah is totally on my shoulder. Harap mak-mak yang lain sama-sama la berkerjasama memerhatikan anak memasing. This is our first time trip since we've known each other through blogging & continue our friendship by whatsapp group until now. Only 5 kids yang follow this trip with 2 solo moms. Total of 12 of us kalau tak salahnya. Moga Allah permudahkan urusan kami nanti, Amin yra.

Weekend ni baru nak cari swimsuit baru Naurah. Yg lama tu since dia 2 tahun kot pakai akaka. Saje beli longgar sebab nak pakai lama. Cheapskate KEHKEH. Dah nampak ketat memang tak proper dah dia nak pakai. Harap jumpalah yang agak muslimah dari atas sampai ke bawah panjang tu kat Parkson tu. If not beli online jelah memang dah aim a few ritu cuma takut saiz tak ngam sangat. We'll see. 

Naurah ni sebenarnya lagi manja dengan Iz drp aku since aku have to be sometimes a bad character in the family since Iz tu tak berapa garang sangat orangnya. Sekarang dah reti jugaklah bertegas dengan kiddos sejak anak 3. Sebelum ni lagi hampeh. Orang kata anak perempuan mmg lebih rapat dengan Ayah pun. Aku dgn Naurah ni peel banyak sama. So dia agak hot gitu jadinya. Kawan bergaduh mmg dengan dia lah. Mulut potpet taknak kalah mamasing. So aku harap trip ni sok dapat jadi kenangan manis buat kami sambil merapatkan hubungan Ibu & Anak ler. Mudah-mudahan.

Budak tak sabar nak girls trip dengan Ibu. Blajo malas haha







Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…