Hiduplah Seperti Seorang Musafir

Lebih tinggi position kita dalam sesebuah organisasi, tentu saja tanggungjawab yang kita pikul pun akan jadi lebih besar. " with great power, there must also comes with great responsibilities ". Quote from filem Spiderman by Uncle Ben. Hehe. Simple je tapi maksudnya tu besaaarrr & mendalam.

Siapa yang taknak memajukan diri kalau diberi peluang kan? Ade ke orang yang suka-suka je nak tolak kalau ada orang sudi nak bagi kita pangkat yg lebih tinggi drp skrg dengan gaji yang tentu saja selari dengan pangkat. Tak ramai orang yang pernah aku jumpa menolak rezeki sebegitu. Kat office ni ade sorang yg aku tahu kisahnya. And believe it or not, aku pun tergolong dalam golongan itu. 

Ada banyak sebab yang aku boleh bagi kenapa aku selesa dengan position sekarang. Antaranya sebab aku taknak bebankan otak aku dengan tanggungjawab yang besar. For me, its tiring. Semua orang ada alasan sendiri kenapa dia nak bekerja dan taknak. Tak kisahlah, siapa kita nak judge apa yang orang suka & tak suka kan? Selagi dia tak menyusahkan diri kita, abaikan sajelah. Tak sependapat tak bermakna tak boleh jadi kawan. Respect each other sajelah.

Aku kerja bukan sebab aku suka. Kalau boleh aku taknak kerja sebab aku takde passion pun tentang kerja aku kat office ni. Aku buat kerja sbb itu tanggungjawab aku je. Cuba buat semuanya dengan baik. Itu saje. Supaya gaji yg aku dapat tu halal. Setimpal dengan kerja yg aku buat. Aku jugak berkerja sebab Iz suruh bantu dia menyumbang utk ekonomi keluarga. As a wife, aku tak boleh decide apa-apa seorang diri apetah lagi dalam hal yg melibatkan keluarga. Sepakat membawa berkat. Selagi Iz tak bagi green light utk aku resign, aku akan terus berkerja dengan sebaiknya, InsyaAllah. Kalau diberi pilihan ofkos aku nak duduk rumah uruskan rumahtangga je. Pada aku itulah tugas utama seorang isteri & seorang Ibu. Oldskul kan aku?

Bila aku fikir-fikir balik, keadaan ni agak lebih kurang sama dengan kenapa aku further study lepas habis SPM. Aku just go with the flow. Mostly ikut kehendak Mak Abah saje. Kalau time tu depa soh cari kerja, maybe aku cari je kot. Begitulah apabila menjadi orang tanpa hala tuju atau cita-cita yang jelas. Belasah je ape peluang yg ada. Cikgu suruh amek exam Matrikulasi, aku masuk. Lulus lah pulak. Dapat Matrix KPM, Mak Abah kata pergi. Maka pergilah. Dapat masuk U, aku masuklah tapi course aku pilih sendiri mana yg aku rasa boleh bawak. Dalam pada belajar yg tak pernah bersungguh tu, dapat jugak grad dengan 3 pointer cukop2 makan.

Masa jadi pekerja sambilan kat Bendahari, UPM, aku grab je kerja tu even bape ratus je gaji sebulan dapat. Kak Ya lah yang tolong topup sane sini sikit especially duit minyak & tol since aku ulang alik dr UPM ke Bdr Permaisuri, Cheras. Drp duduk rumah tak buat apa, even kalau nak dikira gaji yg dapat tu negatif dengan keperluan hidup tapi dengan bantuan Kak Ya, aku dapat jugak terus bekerja sampailah dapat offer kerja sekarang ni. And then barulah aku berjaya berdiri atas kaki sendiri bayar duit kereta sendiri, duit sewa rumah kat Serdang sendiri etc. Eh, banyak pulak terimbas kenangan lama hehehe. Maapkan ambo.

Habis belajar, aku tak pursue langsung kerja yg ade kaitan dengan degree. Register amek exam SPA nak jadi Pegawai Ekonomi tak lepas lah pulak. Hahaha. Takde jodoh dengan kerja kerajaan. Tu je yg aku nampak sesuai dengan degree yg aku ada. Selain daripada tu malas fikir. Bila tak dapat, kira habislah. Nampak naw takde passion eh. Lantak. So berkerjalah disini nak masuk tahun ke 12 dah haa pejam celik mata. Anak pun dah 3 orang weyh. Alhamdulillah, life is good even I'm stuck with this position like foreva hahaha.

Aku enjoy je apa aku buat skrg since aku pun tak suka stress. Pergi kerja, balik kerja, dapat gaji, bayar komitmen, spend on my things, my kids, my husband, saving, insurans, parents. Simple je hidup aku ni. Paling best jarang naw hal kerja bawak balik rumah. Most of the time habis kat office je. Kerja relax2, dapat gaji rasa syukur banyak dah. Apa ada pada pangkat? Tapi kalau gaji tu bagi kepuk-kepuk aku nak aje akaka. Tapi berbalik pada tggjwb yg lebih besar, mungkin aku akan tolak juga. Keadaan belum memaksa utk aku perlukan pangkat lebih tinggi & gaji lebih banyak. Yg ada ni pun dah boleh cater semua keperluan aku. Bersyukuuuuurrr.

Lagi 1 la kan, aku rasa peranan aku bekerja ni sebagai membantu ekonomi keluarga je. Bila namanya membantu, tak perlulah nak stress sangat kot kerja kan? Dapat kurangkan beban Iz sikit-sikit sudahlah. Nak pangkat besar, nak gaji besar...itu Iz lah kot kena pursue kalau dia mahu since dia ketua keluarga. Aku kan sidekick saje hehehe. Relax2 chill2 sudahlaa....

Apa lagi yg nak dikejar? Paling best kat office masih dapat curi masa buat Dhuha & mengaji barang sehelai 2 mukasurat. Bukankah ia kesempatan masa yang sangat indah? Tak ramai orang dapat peluang  macam aku dapat ni. Its a blessing in disguise. Benda ni kadang kita senang terlepas pandang. Lebih2 lagi bila kita asyik fokus pada benda yg kita nampak tak best. Tentu sekali pangkat dan gajinya. Tapi kalau kita tengok yang selalu orang pandang sipi-sipi tu, baru kita nampak betapa banyaknya kelebihan yg ada pada kerja yang simple ini. Alhamdulillah.

Tak kisahlah orang nak pandang rendah pada aku yg ade degree tapi kerja tak hebat ni asalkan aku happy, suami happy & anak2 happy. Kami tak menyusahkan orang lain pun. Kami berpijak di bumi yg nyata dengan rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kami. Kami cuba manage sebaiknya untuk menjadikan dunia kecil kami ni indah & bermakna. Aku akhiri dengan sabda Nabi Muhammad SAW " jadilah engkau hidup didunia seakan-akan orang yang asing atau seorang musafir ". Dunia tak perlu untuk aku kejari sekiranya ia akan melupakan aku akan akhirat nanti. And life is too short to make it full with problems. Hidup sajelah seadanya. Wasatiah. Bersederhana.  Wallahualam.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat