Posts

Showing posts from May, 2017

Kisah Autogate

Image
Syukur akhirnya plan nak pasang autogate sudah terlaksana. Kalau bab-bab macam ni, suka ke tak suka ke, memang aku jugaklah yang kena usaha cari contact tanya sana sini for quotation. Nak harapkan Iz, krik krikk jelah jawabnye. Silap haribulan duit semua dah yillek pochik. Melangut jelah ko nak tunggu berduit semula. Furthermore, aku memang target every year kalau dapat bonus, aku nak lekat something yang besar skek nilainya. Perbelanjaan yang nampak la senang cakap. Benda yang besar gitu so takdelah rasa duit lebih tu dibelanjakan kat benda ntah pape. Atas usaha diri sendiri tanpa mengharap ke orang lain (ehemhemm.gatal lak tekak), akhirnya aku berjaya dapatkan 3 quotations autogate system with installation/wiring. Yang pertama aku dapat contact kat Mudah.my, second aku google nama company yang nampak dari tepi jalan masa otw hantar Naurah ke SRAI & ketiga aku dapat dari geng wassap blogger. Pemenangnya ialah contact dari geng wassap. Hahaha. Murah RM200 plus minus. Murah dan

Naurah Belajar Berpuasa Penuh

Image
Sekejap je dah masuk 4 Ramadhan hari ni. Puasa tahun ni ada kelainan bagi kami. Since cuti sekolah pun sedang berlangsung sekarang ni, Naurah & Nazif duduk dengan PIL kat Semenyih. Takpelah bagi diorang happy-happy kat sana pulak. Lari sekejap drp rutin harian bersekolah yang meletihkan mental & fizikal tu. Kalau aku masih lagi nak kedekut anak-anak, sangat kesianlah depa sebab kena duduk transit yang tak meriah & membosankan tu. Bukan ade aktiviti menarik pun selain main, tengok TV & tido. Plus tak dapat nak lari jauh pun drp rutin harian bersekolah yang biasa. So mengambil kira semua itu, bagi jelah depa duduk sane. Recharge tenaga puas-puas sblm sambung semula rutin yang sama lepasni. Alhamdulillah tahun ni baru aku & Iz suruh Naurah belajar berpuasa penuh. Sebelum ni kat kindy dia cuma puasa half day je sampai tengahari. Kat daycare makan aje macam biasa. Aku pun takdelah rasa teruja sangat nak suruh anak-anak ni berpuasa awal. Belajar slowly lah. In fact p

Takziah Untuk Kak Niza Sekeluarga & Salam Ramadhan 1438H

Image
24 May 2017 pada jam 1.30am, Ayah kepada Kak Niza my office mate for almost 12 years telah pergi menemui pencipta-Nya. Innailillahiwainnailaihirojiun. It was almost a month gap between my Abah time. Bezanya cuma arwah Ayah Kak Niza dah sakit agak lama. Ada dalam 3 bulan begitulah sebelum dia pergi. Ceritanya tak jauh beza dengan kisah Abah cuma masa sajelah yang banyak membezakan. Pemergian Abah agak mengejutkan kami kerana dia asalnya memang sedang sihat walafiat. Itu sajalah. Kena hadam banyak benda dalam masa yang singkat. Cuma yang bersyukur banyak tu bab adik beradik ramai so bila ada banyak kepala, pulak jenis ngam je semua, kita tak rasa berat sangat beban apa yang perlu dibuat waktu tu. Alhamdulillah. Perkara yang paling aku rasa tiada ralat bab kepergian Abah ialah bila aku mengimbas semula rutin kehidupan Abah back at about 6 years begitulah. Once dia dah berubah dengan menjadi jemaah Masjid, kami semua menarik nafas lega. Allah bagi hidayah pada Abah untuk menjadi h

8th Anniversary

Image
Bismillah. Syukur ke hadrat Allah kerana pada tarikh ini pada 8 tahun yang lepas, aku selamat diijabkabulkan dengan suami yang hanya dikenali dengan lebih rapat dalam masa beberapa bulan. Sebelum tu cuma kenal sebagai kawan sekerja je. Bersua muka pun jarang pasal lain jabatan. Once in a while bila ada technical problem pasal PC or internet, muka dia dan sparring partner nya itulah yang muncul. But since aku pun in a relationship dengan orang lain, takde perasaan lebih pun drp kawan sekerja. Sejenis orang yang setia pada yang 1. Itulah antara sifat yg Allah kurniakan pada aku yang mana aku bersyukur dengannya. And then aku putus tunang. Bila dah umur nak masuk 26 tahun lepastu ko putus tunang dan jenis tak senang nak suka dekat lelaki, ko akan senang rasa give up. Masa tu aku cuma fokus pada hubungan aku dengan Allah. Hikmah terbesar dari kisah putus tunang ialah aku memperbaiki hubungan aku dengan Tuhan yang menciptakan segala sesuatu. Dalam pada dah taknak fikir tentang jodo

Ramadan Hampir Tiba

Image
It feels awkward to write here after my recent entry for Abah. Jadi macam tak tahu nak tulis pasal apa. Idea tak mari. Dah tak lama bulan Ramadhan nak menjelma. Moga sampai hendaknya kita berjumpa dengan bulan yg mulia itu. Perasaan aku agak lain kali ni nak bertemu dengan Ramadhan. Maybe ada kena mengena dgn Abah juga. Since Nadim pun dah agak besar, aku mengharapkan Ramadhan kali ni jauh lebih baik drp sebelum-sebelum ini. Ada target yang aku nak sangat capai & moga Allah permudah. Mati merupakan pemusnah kepada kelazatan hidup. Kalau ingat pasal mati je, terasa sangat tak berdaya. Takde ingat lain dah tentang hidup kecuali apakah perasaannya yang hanya kita seorang akan alami bila tibanya saat itu. Adakah hampir sama seperti kita berfikir dan berkata-kata dengan diri kita sendiri didalam hati. Begitukah perasaannya? Allah ya Allah, sangat misteri perihal kematian ini. Moga Allah bagi kita kematian yang baik. Amin yra. Yang paling aku ingat tentang Abah berkenaan Ramadha

Abah Sumber Inspirasiku

Image
Abah asalnya bukanlah seorang yang selalu ke Masjid. Dulu-dulu Abah cuma bersolat jemaah di Masjid bila ada Solat Jumaat. I don't really remember the exact year Abah start ke Masjid bersolat jemaah di setiap waktu solat. Maybe antara year 2011-2012 begitulah. Dan macam mana Abah boleh tergerak hati utk menjadi ahli jemaah Masjid, takkan aku dapat lupakan kerana aku menyaksikan situasi yang membuatkan Abah suka berjemaah di Masjid sehingga akhir hayatnya. Ianya berlaku pada bulan Ramadhan. Agak dipenghujung Ramadhan rasanya sebab aku pun dah ada kat kampung waktu tu. Selalunya bila turn aku menyambut 1 Syawal dengan Mak Abah, aku akan balik beberapa hari awal sebab mahu merasa saat bersahur dan berbuka puasa dengan Mak Abah dan adik beradik. Ada 1 petang tu, Hirraz malas nak beratur ambil Bubur Lambuk yang dibuat setiap hari di Masjid dan diagihkan kepada semua penduduk Felda Linggiu selepas solat Asar. Dalam gelak-gelak kami mengusik Abah. Ape kata Abah je yang pergi ambil? He

Kenangan Terakhir Dengan Abah

Image
Bulan Dec 2016, Jan 2017 & March 2017. Alhamdulillah syukur dilapangkan waktu oleh Allah utk pulang ke Felda Linggiu menjenguk Mak Abah. Sejak Naurah dah sekolah rendah, susah sikit nak kerap balik sane mcm dulu. Semuanya depends on samada sekolah sama2 cuti atau tak. Cutinya berbaloi atau tak utk balik kesana.  Tapi pd hujung cuti sekolah seminggu bln 3, kami balik kesana even cuma cuti Sabtu & Ahad. Hampir2 juga aku rasa taknak balik memikirkan penat dgn anak2 nak sekolah Isnin tu, tapi Allah gerakkan hati utk balik juga even tak menepati kriteria sebab musabab utk boleh balik kesana. Time kami balik cuti CNY end of January 2017 - Aeon Kulaijaya Weekend sblm start cuti sekolah tu sbnrnya Mak Abah naik ke KL to give a farewell to Kak Ya yg dh bercuti 2 weeks sblm itu. Kak Ya balik pd bulan 3 ini pun hatinya digerakkan oleh Allah. Kalau nak ikutkan dia cuma akan balik berdekatan nak sambut Aidilfitri nanti je. Lps hantar Kak Ya ke KLIA, Mak Abah & Kak Lin sefamily

Pemergian Abah

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. It took me a while to write here & share this post with all of you. Its hard. Some of you might have know what I want to share in this post but for those yang tak tahu, I just lost my beloved Abah last week tanggal 29 Rejab 1438 (kalau ikut waktu dalam Islam dah masuk 30 Rejab sebab dah azan Maghrib) 26 April 2017 bersamaan hari Rabu (Khamis). Abah pergi meninggalkan dunia pada usia 60 tahun. Dia akan genap 61 tahun pada bulan 10 nanti. Pemergian Abah agak mengejutkan bukan saja bagi kami ahli keluarganya yang terdekat, malah seluruh penduduk Felda Linggiu. Kami mengingati Abah sebagai seorang yang aktif & cergas. Since 2010, right after Abah berjaya mengharungi pembedahan bypass (jantung), kami adik beradik sepakat tak bagi Abah buat kerja berat dah. So Abah menghabiskan masanya dengan rutin bersolat jemaah di Masjid setiap hari sambil menjaga Mak yang juga sudah tak berapa sihat dengan masalah penyakit kencing