Abah Sumber Inspirasiku

Abah asalnya bukanlah seorang yang selalu ke Masjid. Dulu-dulu Abah cuma bersolat jemaah di Masjid bila ada Solat Jumaat. I don't really remember the exact year Abah start ke Masjid bersolat jemaah di setiap waktu solat. Maybe antara year 2011-2012 begitulah. Dan macam mana Abah boleh tergerak hati utk menjadi ahli jemaah Masjid, takkan aku dapat lupakan kerana aku menyaksikan situasi yang membuatkan Abah suka berjemaah di Masjid sehingga akhir hayatnya.

Ianya berlaku pada bulan Ramadhan. Agak dipenghujung Ramadhan rasanya sebab aku pun dah ada kat kampung waktu tu. Selalunya bila turn aku menyambut 1 Syawal dengan Mak Abah, aku akan balik beberapa hari awal sebab mahu merasa saat bersahur dan berbuka puasa dengan Mak Abah dan adik beradik. Ada 1 petang tu, Hirraz malas nak beratur ambil Bubur Lambuk yang dibuat setiap hari di Masjid dan diagihkan kepada semua penduduk Felda Linggiu selepas solat Asar. Dalam gelak-gelak kami mengusik Abah. Ape kata Abah je yang pergi ambil? Hehehe. Abah, aku rasa dia segan nak pergi Masjid semata-mata nak ambil bubur. Iyerlah, dia pun seminggu sekali je nampak muka kat Masjid time Solat Jumaat. So aku saspek mmg dia seganlah.

And as usual Abah mulalah bagi alasan nak mengelak. Tapi agaknya dia tak sampai hati juga sebab anak cucu balik berkumpul nak merasa Bubur Lambuk yang special tu. Hirraz pun sebenarnya saje je mengusik Abah. Later dia pergilah katanya. Dan siapa sangka dari usikkan kami semua itulah tak lama kemudian Abah start motor keluar & pergi ke Masjid ambil bubur. Bila dia balik je apelagi...kami semua mengusik dia lagi. Abah pulak nampak excited bercerita pasal jumpa orang sekian-sekian bagai. So itulah titik tolak Abah kemudiannya menjadikan rutin bersolat jemaah di Masjid pada saban masuknya waktu solat. Agaknya ada yang mengajaknya datang solat jemaah bersama-sama masa kat sana. Wallahualam.

Simple aje kan? Bila Allah mahukan kebaikkan dalam diri seorang manusia, sebab musabab yang simple saje pun boleh jadi titik perubahan yang besar dalam hidup kita. Syukur kami semua tak terkata bila Abah menjadi jemaah Masjid yang konsisten. Aku suka melihat rutin harian Abah yang baru. Sekali sekala aku ke dapur utk ke tandas atau membuat susu anak, aku nampak Abah solat malam menghadapkan mukanya kepada Yang Maha Esa. Allah ya Allah, mana mungkin aku tak terkesan melihat perubahan demi perubahan yang baik oleh Abah. Dalam tak sedar, Abah menjadi role model utk aku juga berusaha menjadi hamba Allah yang lebih taat.

Abah akan bangun pada pukul 4.00 pagi setiap hari utk solat sunat. Abah tak tidur sehinggalah masuknya waktu solat Subuh dan Abah akan start motor ke Masjid. Balik dari Masjid, Abah akan sarapan dan keluar jalan-jalan kat luar rumah. Kadang bagi kucing makan, kadang  turun kebun tengok pokok tanamannya, kadang sidai baju yang dah siap dibasuh. Begitulah antara rutin Abah yang dapat aku perhatikan. Tak lama lepastu Abah akan tidur. Nap pagi. Selepas dia makan ubat utk jantung dan masalah kesihatan yg lain, dia mudah mengantuk.

10 hari Allah pinjamkan Abah kepada kami selepas dia collapsed disebaliknya ada pelbagai cerita. Apa yang aku syukuri ialah apabila kami adik beradik bersatu hati dalam setiap urusan yang melibatkan Abah. Daripada membuat keputusan utk duduk di homestay sepanjang Abah berada di HSI, bersepakat utk transfer Abah ke HKT sehinggalah perbincangan siapakah yang akan menjaga Abah sekiranya dia terlantar lama. Ada beberapa pilihan yang kami bincangkan. 

Pertama, Abah Mak duduk dengan Abg Eddy kat AU2. Ada nurse datang on daily basis utk uruskan Abah. Kedua, Abah Mak duduk dengan Lisa kat Skudai. Lebih dekat dengan rumah Linggiu. Ketiga, Abah Mak tetap di rumah Linggiu, Hirraz ulang alik dari rumah ke sekolah. Mintak tolong Cik Ita, jiran yang sangat banyak membantu. Hired daily nurse juga. Keempat, hantar Abah ke Pusat Rehabilitasi di Cheras utk penjagaan yang profesional. Kelima, aku offer diri untuk berhenti kerja dan jaga Abah Mak sepanjang masa dirumah. Anak-anak tetap ke taska seperti biasa. Adik beradik yang lain bantu aku dari segi kewangan utk penjagaan Abah.

Option yang kelima adalah option yang Kak Ya sangat gembira mendengarnya dari mulut aku sendiri. Aku offer utk jaga Abah ikhlas atas dasar kasih sayang sebagai seorang anak. Kak Ya kata, takde orang yg lebih elok menjaga Abah selain drp anak-anaknya sendiri. Bila aku suarakan kesanggupan aku, Kak Ya sangat gembira. Cuma waktu tu aku belum bincang dengan Iz. As a wife, aku perlu minta izin drp dia sblm buat apa-apa keputusan. Dalam pd masa yg sama, aku juga ada kebimbangan akan emosi aku bila menjaga Abah. Dalam bbrp hari menjaga Abah di hospital, emosi aku memang tak berapa stabil. Maklumlah sejak-sejak usia dah 30-an ni kan, hati mudah tersentuh. Tak terkira entah berapa kali aku menangis bila melihat keadaan Abah. Jadi aku risau mampukah aku jaga dia dgn emosi dan hati yang tak kental itu.

Dalam masa yg sama juga aku risau sebab aku bukan orang yang terlatih dalam bidang perubatan. Nak sedut kahak Abah guna tiub pun aku tak berani. Kalau jadi apa-apa kat Abah, boleh ke aku terima kesannya? Kuat ke aku ni? Itulah main concerned aku pd ketika itu while Kak Ya agak yakin yang Iz akan setuju utk aku berhenti kerja & jaga Abah. Dan sangkaan Kak Ya itu tepat. Allah ya Allah, suamiku itu memang suami yang terbaik Allah kurniakan pd aku. Keadaan seperti ini sebenarnya satu ujian juga bagi kami. It will be a big sacrifice for our small family if I do this, yet Iz tenang saja dan bersetuju tanpa banyak soal. Aku suarakan juga kebimbangan aku pd Iz pasal emosi aku. Dia kata aku boleh. InsyaAllah.

Mendapat respond positif dari Iz, aku mula berkira-kira utk renovate belakang rumah lebih awal drp yang kami targetkan. Untuk keselesaan Abah Mak. Haa yang ini Iz pulak tak berapa setuju hehe. Dia kata apa yang ada jelah kat rumah aku tu. Aku pulak fikir keselesaan Mak Abah utk long term. Since Iz pun tak berapa setuju bab reno tu, aku simpan jelah plan tu & fokus utk penjagaan Mak Abah dulu. Dalam hati aku terdetik juga, agaknya inilah jawapan Allah atas permintaan aku utk berhenti kerja dan duduk rumah. Is it?

So itulah antara kisah disebalik tabir sebelum Abah dijemput Illahi. Semuanya bersepakat dan bersatu hati utk bagi yang terbaik utk Mak Abah. Demi Allah yang jiwa manusia berada didalam genggaman-Nya, tidaklah kami semua wujud didunia ini tanpa Mak & Abah yang melahirkan dan membesarkan kami sebaiknya. When they need us, we are there for them. 7 beradik mereka berdua membesarkan kami. Takkan 7 beradik kami tak boleh menjaga mereka berdua?

Manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Segala perbincangan kami seperti tiada putusnya jua. Keliru kesemuanya memikirkan pilihan yang terbaik. Rupa-rupanya ada sebab kenapa ia jadi begitu. Allah lebih sayangkan Abah daripada kami. Allah nak Abah berada lebih dekat disisi-Nya. Al-Fatihah buat Abah ku RUSLI BIN SUIB 9 Oktober 1956 - 26 April 2017. 







Popular Posts