Kisah Autogate

Syukur akhirnya plan nak pasang autogate sudah terlaksana. Kalau bab-bab macam ni, suka ke tak suka ke, memang aku jugaklah yang kena usaha cari contact tanya sana sini for quotation. Nak harapkan Iz, krik krikk jelah jawabnye. Silap haribulan duit semua dah yillek pochik. Melangut jelah ko nak tunggu berduit semula. Furthermore, aku memang target every year kalau dapat bonus, aku nak lekat something yang besar skek nilainya. Perbelanjaan yang nampak la senang cakap. Benda yang besar gitu so takdelah rasa duit lebih tu dibelanjakan kat benda ntah pape.

Atas usaha diri sendiri tanpa mengharap ke orang lain (ehemhemm.gatal lak tekak), akhirnya aku berjaya dapatkan 3 quotations autogate system with installation/wiring. Yang pertama aku dapat contact kat Mudah.my, second aku google nama company yang nampak dari tepi jalan masa otw hantar Naurah ke SRAI & ketiga aku dapat dari geng wassap blogger. Pemenangnya ialah contact dari geng wassap. Hahaha. Murah RM200 plus minus. Murah dan puas hati. Hari Sabtu first day Puasa tu seorang Chinesse ni datang nak pasang. I was like...you sorang je meh?Huhu. Tapi walaupun dia sorang, kemas sungguh kerja dia. 3 jam jugaklah dia buat semuanya. Thanks Ciare sbb bg contact yang reliable. Sharing is caring gitu kan. Sebbaek aku belum confirmed order dgn orang quotation kedua. Sipi-sipi je nak kena caj lebih mahal. Alhamdulillah dipermudahkan urusan.

Perasaan bila dah ada autogate system was like BESTNYAAAA. Menjimatkan masa kena buku tutup pagar. Tekan je button, tadaaaa. Jakun ke apeni?. More safety jugaklah aku rasa autogate ni pasal orang tak boleh nak bukak gate kita sesuka hati pasal dia lock gitu kan. Bila pagi-pagi nak cepat sampai sekolah Naurah, kena bukak tutup gate adalah perkara yang paling menyampahkan. 2 minit pun aku rasa stress membuatnya. Bila balik rumah kena dukung Nadim bukak gate. Pastu gate berayun kena sendal dgn tong mintak Castrol kiri kanan. Korang tak tahu betapa renyahnya semua itu aku rasakan dilakukan setiap hari. Blergh.

Pastu kalau hari hujan kan, berlari lah ko nak menutupnya cepat-cepat tapi end up baju lencun jugak. Ini kes malas nak bukak payung. Salah siapa sbnrnya itu? Iz haritu Khamis lepas kot dok lari-lari nak tutup gate itulah rupanya dia terjatuh. Aku tak perasan pun sbb kereta dah kedepan. Malam tadi baru dia hulur minyak suruh urutkan bahu. Sakit katanya. Bila aku tanya barulah dia cerita. Lebam kot bahu dia tu. Kesian. Dapat "hadiah" rupanya sblm dpt autogate. Bertabahlah. Harap takdelah terseliuh ke apa bahunya tu.

Sekian, cerita pasal autogate. Oh sini aku bagilah yer contact person. Nama dia Encik Shahril 017 3248070. Aku ber wassap je dengan dia tanya harga sekian-sekian. Harga aku dapat ritu RM1630. Aku tak tawar pun. Terus terima je sbb dah rasa syukur dapat yg lebih murah drp yang 2 lagi tu. Lagipun kadang nak tawar-tawar dengan orang berniaga kecik-kecik ni (aku agak kecik la hihi), Melayu pulak tu se Islam, agak berat rasa hati. Sebab niat nak tolong bagi job & duit sikitlah kan. Like RM1630, boleh je tawar jd genap RM1600 tapi fikir RM30 tu maybe duit minyak & makan, jadi terbantut gitu nak menawar. Benda ni depends kat korang lah yer. Tak salah pun kalau tawar menawar. Cuba jelah. Dapat tak dapat lain kira yerdak?

Budak manjaaaa....




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat