Naurah Belajar Berpuasa Penuh

Sekejap je dah masuk 4 Ramadhan hari ni. Puasa tahun ni ada kelainan bagi kami. Since cuti sekolah pun sedang berlangsung sekarang ni, Naurah & Nazif duduk dengan PIL kat Semenyih. Takpelah bagi diorang happy-happy kat sana pulak. Lari sekejap drp rutin harian bersekolah yang meletihkan mental & fizikal tu. Kalau aku masih lagi nak kedekut anak-anak, sangat kesianlah depa sebab kena duduk transit yang tak meriah & membosankan tu. Bukan ade aktiviti menarik pun selain main, tengok TV & tido. Plus tak dapat nak lari jauh pun drp rutin harian bersekolah yang biasa. So mengambil kira semua itu, bagi jelah depa duduk sane. Recharge tenaga puas-puas sblm sambung semula rutin yang sama lepasni.

Alhamdulillah tahun ni baru aku & Iz suruh Naurah belajar berpuasa penuh. Sebelum ni kat kindy dia cuma puasa half day je sampai tengahari. Kat daycare makan aje macam biasa. Aku pun takdelah rasa teruja sangat nak suruh anak-anak ni berpuasa awal. Belajar slowly lah. In fact puasa tahun ni kalau Naurah masih tak boleh dpt whole day pun tak apa. Cuma pada aku since dia dah 7 tahun, banyak dah benda boleh faham. So dia banyak bertanya kenapa perlu puasa etc. Senanglah kerja aku nak terangkan sekian-sekian. Dan dia pun nampak faham. Tak banyak songeh pun tanya soalan pelik-pelik yang kebudakkan sangat. Senang je dia terima semua penjelasan aku. So I guessed it is the right time to asked her to fast.

Sehingga petang semalam, Naurah berjaya puasa penuh for 3 days. Hebat kan? Seriously aku rasa kagum dengan daya tahan & semangat dia. On the first day je dia banyak soal & request nak makan a few times. After that memang takde dah. On 2nd day siap boleh ikut biras aku pergi Tesco lagi. Takdelah melepek aje tak boleh nak buat apa. Bila dah lewat petang tu jelah dia asyiklah tanya bila nak berbuka. Hahaha. So aku tunjuk la jam dinding soh dia eye for jarum pendek di nombor mana & jarum panjang dimana. When the jarums dah berada di nombor sekian-sekian, you can break your fast Naurah. Ada juga aku tanya kakak nak puasa berapa hari tahun ni? Kompiden jawab 30 hari. So aku rasa dia dah boleh adapt kot berpuasa ni. Syukurlah kalau benar telahan aku.

Aku ada jugak rasa nak reward dia kalau dia berjaya puasa penuh. Tapi aku fikir-fikir balik, tak jadilah pasal kalau boleh aku nak dia niat berpuasa tu atas tujuan kerana Allah Taala je. Puasa kakak adalah utk Allah. Bukan atas sebab musabab yang lain. Sama juga dengan exam kat sekolah, aku takde janji apa pun dengan dia. Biar dia jawab exam tu sebab itu kewajipan utk diri dia sendiri je. For now you have to go to school and do your best on your exam. Thats all Naurah. Dapat nombor berapa Ibu tak kisah sangat asal awak buat yang terbaik. Harap bab malas belajar dia ni semakin improve lah. Bukan susah sangat pun Naurah. Buat homework & buat revision masa nak exam. Kalau awak tak banyak songeh 2 bab ni, Ibu pun takde nak menyinga tak tentu pasal.

Umur Ibu ni sebenarnya dah malas nak potpet sangat. Ibu pun tak suka terjerit terpekik marahkan anak-anak Ibu. Aku tak suka buat orang stress sebab aku sendiri pun tak suka stress. So kalau anak-anak do what they have to do, semuanya akan jd lebih tenang, aman & damai. How I wish ehh. Hahaha. Anak-anak usia diorang tu memanglah havoc itu ini. Belum sampai masa utk aku bertenang lagi. Tunggulah....

Wow banyak dah aku tulis. Banyak pulak idea eh. So skrg ni cuma Nadim jelah yang ada dgn aku & Iz kat rumah. Kemain happy si Nadim semua attention Ibu Ayah dekat dia je. Tetibe jadi lagi manja. Fefeeling awak anak tunggal ke Nadim? Hahaha. Sekali sekala bg chance lah. Syukurlah ada si kecik ni buat peneman sunyi Ibu Ayah. Dan ini juga merupakan peluang utk aku fokus lebih bab ibadat di bulan Ramadhan tahun ni. You guys know lah kan biasanya bila ada anak kecik-kecik ni masa utk diri sendiri tu sangatlah terhad. But since now cuma Nadim je yang perlu diperhati, aku pun dapat masa lebih sikit bab mengaji dan solat sunat. Alhamdulillah. Perancangan Allah always yang terbaik. Nadim pun dah agak besar, dah boleh main sendiri. Cuma kena sabar jelah masa mengaji dia selak-selak page Quran lah bagai. Bile solat dia baring atas sejadah or tengah sujud dia naik belakang badan kita. Budak tengah banyak akal. Gian memanjat sana sini. Nak gugur jantung kite dibuatnye.

Aku azam nak mulakan semula mengaji kat rumah seperti 1 masa dahulu masa anak masih 1. Lepas Ramadhan ni terus buat dgn istiqomah. Nadim dah besar, takde alasan dah aku rasa bab ni. Kena pulun balik tahun-tahun yang dah ketinggalan lama tu. Syukur dapat juga mengaji waktu pagi kat office lps buat Dhuha. Tu jelah yg buat hati sikit tenang vs tak mengaji langsung. Dah nak khatam kali kedua dah rasanya aku mengaji kat office ni. Alhamdulillah atas nikmat masa yang diberikan.

Takde gambar bertiga terbaru buat masa ni




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat