Pemergian Abah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

It took me a while to write here & share this post with all of you. Its hard. Some of you might have know what I want to share in this post but for those yang tak tahu, I just lost my beloved Abah last week tanggal 29 Rejab 1438 (kalau ikut waktu dalam Islam dah masuk 30 Rejab sebab dah azan Maghrib) 26 April 2017 bersamaan hari Rabu (Khamis). Abah pergi meninggalkan dunia pada usia 60 tahun. Dia akan genap 61 tahun pada bulan 10 nanti.

Pemergian Abah agak mengejutkan bukan saja bagi kami ahli keluarganya yang terdekat, malah seluruh penduduk Felda Linggiu. Kami mengingati Abah sebagai seorang yang aktif & cergas. Since 2010, right after Abah berjaya mengharungi pembedahan bypass (jantung), kami adik beradik sepakat tak bagi Abah buat kerja berat dah. So Abah menghabiskan masanya dengan rutin bersolat jemaah di Masjid setiap hari sambil menjaga Mak yang juga sudah tak berapa sihat dengan masalah penyakit kencing manis & darah tinggi. They took care of each other. Kami 7 beradik semuanya takde rezeki nak duduk sekali dengan Mak Abah dirumah. Lumrah kehidupan, masing-masing dah ada life yang Allah dah tetapkan.

Yang masih menetap di Johor cuma adik bawah aku, Lisa & family dan Hirraz adik lelaki yang paling bongsu. Merekalah yang agak kerap balik pada hujung minggu atas sebab jarak yang dekat. Yang lain-lain macam aku ni kena tunggu ada cuti yang panjang sikit spy dapat duduk lebih lama kat sana. Lepas Abah buat bypass, dia memang menjaga pemakanannya ( tak macam Mak hihi). Maybe sebab dia tahu Mak jenis susah nak control makan, so dia rasa tanggungjawab utk kekal sihat supaya kalau Mak tak sihat, dia kuat utk drive bawa mak ke klinik/hospital. Kasih sayang seorang suami kepada isterinya. Dalam pada dok bergaduh bertikam lidah yg membuatkan kami adik beradik gelihati melihat mereka, kasih sayang antara mereka tetap kekal macam biasa. Alhamdulillah. Gaduh2 manje aje. Biasalah....comel sangat mereka itu bagi kami.

Kronologi Pemergian Abah.

16 April 2017 (Ahad) - Mak wassap dalam group family bagitau Abah collapsed kat Masjid selepas solat Maghrib berjemaah. Usai solat, Abah mengundur ke belakang untuk solat sunat. Abah bangun dari duduk untuk angkat takbir tapi dalam percubaan nak berdiri tu Abah rebah dan sempat disambut oleh jemaah yang disebelahnya. Allahu Akbar. Terima kasih Allah kerana menyempatkan pakcik itu menyambut Abah. Hanya Allah dapat membalas jasa baik pakcik itu & para jemaah lain yang menghantar Abah ke Hospital Kota Tinggi secepat yang mungkin. 

Allah sayang Abah. Bayangkan kalau Abah tengah bawa motor nak balik rumah & dia collapse di pertengahan jalan. Oleh itu, aku bersyukur pada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Sebak. Bergenang airmata waktu aku menaip ini membayangkan kasih sayang Allah pada Abah yang aku kasihi. Sungguh, Engkau menyayangi hamba-Mu yang taat lebih daripada para Ibu menyayangi anak-anak mereka. Takkan sesekali aku menyangkal akan hakikat ini, ya Allah.

Bermula dari malam itu, aku memang dah tak boleh lena tidur mengingatkan keadaan Abah. Sekejap sekejap terjaga tengok ada tak update dari Hirraz yang menguruskan hal Abah kat Hospital Kota Tinggi. Bila tak boleh tidur, aku ambil wudhu & tahajjud menghadapkan mukaku hamba yang hina ini dihadapan Sang Pencipta. Mengadu, merintih, mengharap akan belas kasihan-Nya terhadap Abah yang kukasihi. At that time, I don't really know what I want to ask from Him. Jadi aku mintak Allah permudahkan segala urusan Abah & putuskanlah apa pun pengakhirannya asalkan ia yang terbaik bagi Abah (hanya Allah yang tahu, kita manusia tak tahu apa-apa). Dan aku mohon ketabahan hati buat aku, Mak & adik beradik dalam mengharungi saat-saat sukar ini. Hanya kepada-Mu aku meminta pertolongan.

17 April 2017 (Isnin) 

Jam 3.30pagi Hirraz informed dia dah sampai ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. Abah di transfer kesana untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik. Kes Abah dilabelkan sebagai Zon Merah (kritikal). Abah dimasukkan ke High Dependency Ward (HDW) di Tingkat 5. Aku & Iz pada malam selepas dapat berita tentang Abah dah siap kemas baju utk bersama-sama dengan Abah. Lepas solat Subuh, kami gerak dengan anak-anak terus ke HSI. Kami sampai dalam pukul 9pagi. Naik ke wad, Alhamdulillah rezeki aku dapat dengar penerangan Doktor yang in charge kes Abah dengan Lisa & Hirraz. Akulah anak yang duduk jauh pertama sampai pd pagi tu sementara kakak & abang aku yg masing-masing dari Senawang, N9 & KL masih dalam perjalanan. Kak Ya yang jauh di Rotterdam, Netherland dah beli tiket flight balik ke Malaysia. Anje yang di Kelantan juga akan sampai diwaktu malam. Alhamdulillah semua urusan anak-anak utk balik dipermudahkan-Nya.

Kami sepakat adik beradik utk sewa homestay since kami semua ramai dan dalam masa yg sama mahu sentiasa dekat dengan Abah. Ini utk memudahkan pergerakkan kami utk ulang alik menemani Abah secara bergilir di hospital since hanya 2 orang ahli keluarga saja yang dibenarkan masuk setiap kali waktu melawat. Kami tak dibenarkan utk stay all the time dengan Abah memandangkan Abah berada di wad yang memang pemantauan tinggi. InsyaAllah doktor & nurse akan memantau Abah dengan baik. Begitulah harapan kami pd waktu itu walaupun kami sedar hakikat bahawa sebaik-baik penjagaan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Esa.

18 April 2017 (Selasa)

Kak Ya & Anje dah sampai. Alhamdulillah dapat kami semua adik beradik & anak masing-masing berkumpul bersama after so many years. Bukan senang kami semua dapat peluang berkumpul begitu. Even waktu Hari Raya pun tak dapat nak ada semua due to urusan masing-masing. Kadang ada yang turn beraya dengan in law. Anje lagilah kerja sebagai anggota Polis Trafik memang payah nak dapat cuti waktu perayaan. Akhirnya kami dapat berkumpul walaupun bukan dalam situasi yang menggembirakan. A bitter sweet experience for all of us. 

Memandangkan nak parking kat hospital agak susah, kami banyak kali juga menggunakan khidmat pemandu Uber utk drop saja kami di lobi hospital. Lagi menyenangkan urusan kami krn tak perlu nak fikir cari parking & jalan jauh. Dari homestay ke HSI cajnya cuma RM6. Kadang kami naik 4 beradik, kadang 3 beradik. Anak-anak kebanyakkannya memang tak ikut ke hospital sbb diorang bukan boleh masuk dalam wad pun. So better duduk rumah ajelah biar yang dewasa je melawat Abah.

Kalau tak salah aku, petang Selasa ni dapat news Abah dipindahkan ke wad biasa (which is agak terkejut. kenapa cepat sgt ke wad biasa?). Respond Abah agak positif. Kaki & tangan dia kuat bergerak-gerak. At times Abah cuba untuk cabut tiub makanan & mask oxygen yang dipasang. Maybe dia rasa tak selesa. Apapun kami semua lega melihat keadaan Abah waktu tu. Sangat berbeza dari hari sebelumnya yang mana dia tidak respond banyak, langsung tak buka m kmata dan hanya sesekali menggerakkan jarinya. Abah dengar bila kami bercakap dengan dia. Dia respond. Bila suruh kelip mata, dia kelip. Dia faham. Subhanallah.

Since Abah masuk wad biasa, kami anak-anak diajar cara utk sedut kahak Abah. Rentetan Abah kena stroke (side effect Abah collapsed adlh spt stroke even some doctors said it is not exactly a stroke, wallahualam), doctor kata when Abah collapsed, dia choke on foods he consumed before that incident. The foods goes into his lungs & caused an infection. The infection caused him a pneumonia.

19 April 2017 (Rabu)

Usai Subuh, Iz balik sebab dia kena kerja. Tinggallah aku & anak-anak kat homestay. Takpelah sebab ramai orang lagi kan. Bila Iz dah takde, pergerakkan aku nak ke hospital dah terbatas sebab Nadim memerlukan aku utk menjaga dia. Naurah dengan Nazif tak masalah sebab dah besar dah pandai berkawan. Hari ni juga kami berpindah ke homestay yang lebih besar. Rumah 2 tingkat & lebih hampir dengan hospital. Sibuk berangkut segala barang, ingat nak lawat Abah time petang, tapi Nadim pulak tidur. So aku missed melawat Abah harini.

Dengar update dari siblings yang lain, keadaaan Abah semakin positif. Ramai sangat yang datang melawat Abah. Saudara mara & penduduk Felda Linggiu datang silih berganti bagi semangat pada Abah utk kembali sihat. Terima kasih semua from deep in my heart. Hanya Allah dapat membalas segala doa kalian utk Abah.

Bila Abah dah masuk wad biasa, seorang waris dah boleh tunggu utk pantau Abah. Kadang kami mengelat juga 2 orang yang menunggu. Bukan apa, bila sorang tu dia jd boring takde kawan nak sembang. So better 2 orang blh gilir2 takdelah letih sangat. Wad Abah ada sebilik 4 orang. Ada aircond. Alhamdulillah agak selesa.

20 April 2017 (Khamis)

Alhamdulillah waktu melawat tengahari, aku bawa Nadim untuk berjumpa dengan Atok. Sesekali Nadim panggil Atok...Atok....tapi dia agak takut melihat keadaan Abah yang terbaring begitu. Biasalah budak-budak. Aku suruh dia pegang tgn Abah pun dia takut nak dekat. Masih terkejut melihat keadaan Atok yang dulunya sewaktu sihat selalu mendukungnya. Manje pun dengan Atok siap baring hisap susu kat ketiak Atok. Cucu-cucu yang kecil ni mmg semuanya manje dengan Atok. Dgn Nenek kurang sikit sebab Nenek tak larat nak dukung hihi. Tapi Nadim dengan Nenek pun dia okay. Mau je duduk dengan Nenek, dipeluk Nenek. Jangankan anak Abg Eddy si Emaar tu. Yang itu sangat buragas aktif kesana sini. Atok je dia mau hehe. Nadim kan slow sikit, jenis manje terlebey sweet2 gittew (macam Ibu...ehh)

21 April 2017 (Jumaat)

Can't wait for Iz to come back with us. Dia akan gerak petang lepas habis kerja. Dia singgah ke Senawang pick up Kak Lin, Ejam & Haesya yang ikut dia balik the day before pasal kena kerja. Cikgu sangat payah kan nak dapat cuti. Syukurlah Guru Besar sek Kak Lin agak lenient bab ni. 

Waktu melawat tengahari, aku bawa semua anak-anak utk berjumpa dengan Atok. Kali ni Nadim dah tak terkejut macam semalam. Makin riuh mulut panggil Atok. Sudah mau sentuh & pegang tangan Atok. I am happy to see all of that. And Abah respond bila Nadim panggil dia. Bergerak-gerak kaki tangan Abah. Bergegar badan Abah dengan suara Nadim. I am really proud of you Nadim! You are such a brave little boy. Abg Eddy bawa juga Emaar datang dan reaksi dia sama macam Nadim first time jumpe Atok the day before. Its a normal reaction for kids I supposed.

Kami semua check out dari homestay & balik ke rumah di Felda Linggiu. Iz terus balik ke kesana. Malam tu dia selamat sampai dengan Kak Lin & anak-anak. Alhamdulillah.

22 April 2017 (Sabtu)

Start berulang alik dari Linggiu melawat Abah. Hari Sabtu waktu melawat lama 12.30 - 7.00pm. Aku, Iz & Nadim ke HSI dengan Abg Eddy. Kami semua berkira-kira utk request pindahkan Abah semula ke HKT memandangkan antibiotic pun dah stop after 7 days.

23 April 2017 (Ahad)

Harini turn aku jaga Abah. Alhamdulillah Iz dah ada, boleh tinggalkan Nadim dengan dia. Kami request utk transfer Abah ke HKT. Doctor bagi & kami mulakan urusan pemindahan dengan menyewa private ambulans utk mempercepatkan urusan. Kak Ya naik ambulans dengan Abah while aku & Hirraz pergi Tesco kejap cari susu Nazif dah habis. Kami berjumpa semula di HKT. Pukul 1.30 pagi baru selesai urusan Abah dihantar ke dalam wad biasa.

HKT

Menunggu nama Abah dipanggil utk jumpa doktor & dimasukkan ke wad


24 April 2017 (Isnin)

Tengahari tu aku & Kak Ya balik ke rumah berganti shift dengan Lisa & Mizan. Pagi tu, Abg Eddy & Kak Lin gerak balik ke destinasi masing-masing kerana Selasa sudah kena berkerja semula. Aku pun terpaksa balik juga. Dah seminggu menemani Abah dan rutin hidup masih perlu diteruskan seperti biasa. Anak-anak nak sekolah, ibu ayah kena berkerja. What to do?

Sebak sangat rasa nak tinggalkan Abah. Aku kucup dahi Abah sepuasnya. Aku bisikkan di telinganya supaya banyakkan berzikir mengingati Allah. " Abah, ini Rina ni. Kite kena balik, esok dah kena pergi kerja ". Bergegar badan Abah usai aku lafazkan ayat itu. Allahu Akbar. Maafkan Rina yer Abah. 

25 April 2017 (Selasa)

Ke office dengan separuh hati menemani Abah disana. Sentiasa menunggu update dari Kak Ya & Hirraz yang masih setia menunggu Abah. Hirraz pun dapat datang lepas waktu sekolah tamat saje. Most of the time memang Kak Ya sorang sajelah memantau keadaan Abah.

Kami  masih lagi berbincang adik beradik tentang penjagaan Abah selepas ini. Kami semua positif dengan keadaan Abah (or are we still in denial?). Kak Ya dapat list kelengkapan dari doktor sekiranya kami mahu membawa Abah balik untuk penjagaan dirumah. Kak Ya pun dah dapat borang utk discharge kan Abah. Doktor kata tunggu Abah tak perlu guna tank oxygen lagi sbg bantuan pernafasan. Doktor juga nak ajar cara guna insulin utk Abah. 

8.30pm dapat wasap dari Kak Ya kata Abah sudah demam semula. Allahu Akbar.

26 April 2017 (Rabu)

5.33am Kak Ya update Abah masih demam. Pernafasan makin laju. Oxygen ditinggikan.

8.30am Kak Ya kata degupan jantung Abah terlalu laju. Doktor kata dah boleh panggil ahli keluarga terdekat balik. 

8.50am Second doktor cakap Abah dalam keadaan tenat.

From the moment Kak Ya tulis keadaan Abah ttg degupan jantung terlalu laju, aku dah tak keruan. Masetu aku dalam perjalanan ke office dengan Iz. Iz tanya, nak balik ke? Aku angguk. Sampai je office meluru masuk nampak Encik Shahrel. Inform dia keadaan Abah & asked him to inform boss. Met MJ & Siti as well on my way to the car. Balik rumah kemas beg & off we go to HKT. Iz inform his parents to take over urusan kiddos. Syukur sangat masih ada yang boleh membantu dalam keadaan kecemasan macam ni. Thanks Mak & Ayah.

Berselisih dengan kereta Abg Eddy. Aku call dia tanya & dia kata balik sorang je. Wife Abg Eddy Kak Ann tengah sarat mengandung anak ke-3.

Sepanjang perjalanan otak tak berhenti memikirkan tentang Abah. Am I ready if it is the time for him to leave us? Hujan renyai mengiringi disepanjang perjalanan kami. Seperti turut sama bersedih dengan aku yang tidak keruan. Doa pada waktu hujan turun adalah mustajab. Aku berfikir lama dengan susunan ayat yang ingin dipohon kepada Yang Maha Esa. Permintaan apakah yang paling sesuai ya Allah utk Abah yang ku kasihi? 

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kau permudahkanlah urusan Abah ku ya Allah. Ampunilah dosa-dosanya. Terimalah semua amal ibadatnya. Hanya Engkau tahu apakah yang terbaik utk Abah ku dalam keadaannya itu. Sekiranya yang terbaik itu adalah utk dia pergi meninggalkan kami, tabahkanlah hati kami utk menerimanya ya Allah. 

Sempat aku baca Surah Yaasin dalam perjalanan kami & diniatkan sedekah utk Abah. Berharap urusan Abah dipermudahkan-Nya. Kak Ya ada bagi video pernafasan Abah yg semakin laju tapi aku tak sanggup nak bukak. Aku taknak rasa putus asa lagi waktu tu dengan keadaan Abah. Biarlah aku tengok sendiri semuanya depan mata.

Abah, tunggu Rina sampai!

1.00pm Alhamdulillah selamat sampai ke HKT. Naik ke wad & Abg Eddy dah sampai. Lisa pun ada. Cuma Kak Lin & Anje yang masih dalam perjalanan.

2.00pm Aku, Hirraz, Lisa & Kak Ya baca Surah Yaasin utk Abah bersama-sama disisinya.

4.00pm ada orang Felda datang melawat Abah. Cik Raban, isterinya dan anaknya yang sebaya Lisa. 

6.00pm Hati aku tergerak untuk baca Surah Yaasin utk Abah. Aku pegang tangan Abah sambil bacakan Surah Yaasin untuknya. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan Abah. 

7.00pm Waktu melawat sudah tamat. Kami saje melengahkan masa utk keluar. Semuanya mahu bersama dengan Abah. Demam Abah seperti sudah kurang. Aku sentuh kakinya. Sejuk. Degupan jantung Abah start descending. Daripada 146 degupan seminit, ianya semakin menurun yang pada anggapan kami its a good sign. Agaknya rawatan insulin Abah sudah makin berkesan. Hati kami terasa kurang beratnya. Abah will be okay. We are so positive.

Mak solat Maghrib, Abg Eddy turun ke Surau dibawah. Aku & Iz niat Jamak Takhir saje. Degupan jantung Abah menurun dengan kadar yang drastik. Kami mula panik. Allahu Akbar is it the time???? Kak Ya panggil nurse utk tengok keadaan Abah. Keadaan agak kelang kabut waktu tu. Kak Ya tanya Abg Eddy mana? Everyone is panicking but Alhamdulillah perasaan aku waktu tu agak tenang. Yang lain sudah tidak keruan. Kak Ya lafazkan syahadah pada telinga kanan Abah. Kak Lin sudah menangis sambil menarik-narik wayar machine yang menunjukkan kadar degupan jantung Abah menyangkakan machine bermasalah.  Mak memegang pipi Abah sambil memanggil-manggil dia.

Aku call Abg Eddy and asked him to be with us. Alhamdulillah dia sempat sampai sebelum Abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Bila alat oxygen nurse masukkan di jari Abah, angkanya 0. Degupan jantung Abah juga 0. Hanya keluar line panjang sudah tiada turun naiknya lagi. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Sesudah solat Maghrib 16 April Abah collapsed, sesudah azan Maghrib 26 April Abah pergi meninggalkan kami. 10 hari Allah pinjamkan Abah kepada kami utk berkumpul ahli keluarga, sanak saudara & sahabat handai meluangkan masa buat kali terakhir dengan Abah. Terlalu ramai yang menyayangi Abah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah diatas peluang itu.

Hati aku tenang. Fikiran aku lapang. I know Abah in His good hands. Abah menemui Pencipta-Nya. Allah sayangkan Abah lebih daripada kami didunia ni. Abah hamba Allah yang taat. Abah orang baik-baik. I know he's in a good place. I just know. InsyaAllah.

Abah tak pernah pergi meninggalkan kami. Darah Abah mengalir dalam setiap tubuh badan kami anak-anaknya seramai 7 orang & juga kepada cucu-cucunya. Abah membesarkan kami dengan baik. Abah bagi pendidikan dunia & akhirat pada kami secukupnya. Alhamdulillah semua anak-anak Abah molek belaker sahsiahnya. We are what we are today because of you Abah. I know you are proud of us deep in your heart cuma Abah tak pernah cakap je. But we know how you felt Abah. We just know.

Abah, hadiah paling berguna utk Abah disana sekarang ialah doa kami anak-beranak. Moga kami jadi anak yg soleh & solehah, yang sentiasa berusaha utk jadi hamba Allah yang lebih baik tanda kasih sayang kami pada Abah dan juga Mak. Abah jgn risau, kami semua akan menjaga Mak dengan baik. Abah & Mak sentiasa menjadi keutamaan kami walau dimana sekalipun kami berada. Doa kami tetap akan sampai buat Abah. InsyaAllah.


Gambar last Nadim & Atok sewaktu kami balik pada 24 Mac 2017. Penghujung cuti sekolah seminggu.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat