Ramadan Hampir Tiba

It feels awkward to write here after my recent entry for Abah. Jadi macam tak tahu nak tulis pasal apa. Idea tak mari. Dah tak lama bulan Ramadhan nak menjelma. Moga sampai hendaknya kita berjumpa dengan bulan yg mulia itu. Perasaan aku agak lain kali ni nak bertemu dengan Ramadhan. Maybe ada kena mengena dgn Abah juga. Since Nadim pun dah agak besar, aku mengharapkan Ramadhan kali ni jauh lebih baik drp sebelum-sebelum ini. Ada target yang aku nak sangat capai & moga Allah permudah.

Mati merupakan pemusnah kepada kelazatan hidup. Kalau ingat pasal mati je, terasa sangat tak berdaya. Takde ingat lain dah tentang hidup kecuali apakah perasaannya yang hanya kita seorang akan alami bila tibanya saat itu. Adakah hampir sama seperti kita berfikir dan berkata-kata dengan diri kita sendiri didalam hati. Begitukah perasaannya? Allah ya Allah, sangat misteri perihal kematian ini. Moga Allah bagi kita kematian yang baik. Amin yra.

Yang paling aku ingat tentang Abah berkenaan Ramadhan & Syawal ialah dulu-dulu Abah seorang yang tak suka sahur. Tapi bila Abah berubah, Abah jadi seorang yg bersahur juga walau hanya minum air dan menjamah kurma. Itulah yg sepatutnya. Mengambil pahala saja. Bukan susah pun. Dan Abah tak pernah failed utk Puasa 6. Masuk saja 2 Syawal, Abah pasti akan start Puasa 6. Abah jadi contoh yg baik juga utk aku dalam hal ni. Selalu jeles bila balik kampung pastu Abah puasa. Kite pulak sibuk menyumbat mulut dengan makanan yg pelbagai. Kalau dapat puasa sama mmg rasa best sangat especially time berbuka tu.

Syawal ini pastinya sangat lain tanpa Abah buat pertama kalinya bagi kami. Otak aku ligat berfikira apakah hadiah paling hebat utk Abah disana? Aku rasa hadiah paling baik utk Abah adalah dengan menjadi hamba Allah yang lebih baik. Hamba yang disayangi Allah. Ya, pasti tempiasnya akan dapat Abah rasai juga disana kan? Masa Abah masih ada, tak fikir sangat tentang benda ni. Bila Abah dah takde, baru rasa nak jadi anak yang lebih baik gitu. Hadiah utk Abah yang tanpanya kami adik beradik takkan wujud kat dunia ni. Menjadi anak yg solehah demi Abah juga. Pasti Abah akan gembira. InsyaAllah.

Sejujurnya, aku mengingati & menghargai Abah lebih kerap sekarang drp sewaktu Abah masih bernyawa. Lebih fokus aku pada dia yang dah tiada kerana sering memikirkan keadaan dirinya di alam sana sekarang. Apakah yg sedang dilaluinya. Apakah yg mampu aku buat untuk dia. Apakah yg akan menggembirakan dia disana. Terlalu banyak persoalan dalam fikiran aku ni tentang Abah. 

Akhirnya entry ini tentang Abah jua walau aku tak rasa nak tulis pasal dia pun sebelumnya. 




Rindunya. Allah ya Allah. Al Fatihah.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat