Motivasi Tanpa Sedar

Hari ni aku nak cerita pasal apa perubahan yang berlaku pada diri aku kesan daripada Abah meninggalkan kami lebih kurang sebulan yang lepas. Otak aku ligat memikirkan since Abah sudah berada di alam yang berbeza daripada aku, apakah perkara yang paling bermanfaat untuk Abah yang boleh aku usahakan. Secara tak langsung ia jadi macam satu motivasi untuk aku memperbaiki diri. Aku fikir kalau aku buat lebih banyak kebaikkan, agaknya Abah pun mesti dapat pahalanya sama kot. Dan kalau aku lebih rajin buat ibadat, agaknya Abah pun dapat tempiasnya juga eh?

Yang aku pasti, bila seseorang itu sudah meninggal dunia, yang bermanfaat pada dia cuma 3 perkara. 

1. Ilmu dari si mati yang dimanfaatkan oleh orang yang masih hidup
2. Sedekah jariah
3. Doa dari anak yang soleh & solehah

Secara ringkasnya itulah yang kita tahu kan? Cuma nak elaborate tu yang aku kurang pasti. Like doa, apakah termasuk dengan amalan-amalan baik yang kita lakukan juga? Then sedekah jariah, adakah termasuk dengan sedekah yang kita masih hidup ni buat kemudian berniat pahalanya untuk mereka juga baru ianya sampai? Atau tak kira niat ke tidak, tetap pahala tu sampai sebab hubungan kita sebagai ibu bapa & anak. 

Aku ada jugak sembang dengan Kak Niza tentang perkara ni tapi biasalah kami masing-masing tak berilmu mana. Masih kena belajar banyak lagi benda. Bila difikirkan tentang rahmat Allah Taala yang Maha Luas, Yang Pengasih & Penyayang, kemungkinan segala yang aku fikirkan tu ada betulnya jua. Jadinya begitulah ianya tanpa sedar, aku bukan buat amal baik & ibadat sebab diri sendiri saje, tapi memikirkan tentang manfaatnya pada Abah jua. Aku harap sangat atas rahmat dan kasih sayang Allah, segala yang baik aku buat, Abah dapat rasa sama. Hanya itulah yang aku mampu buat utk Abah disana.

Aku mencuba yang terbaik je. Masih banyak lagi kelemahan diri yang aku perlu perbaiki. Tapi at least kesedaran tu dah timbul lah. Cuba-cuba kurangkan mana-mana benda yang 'lagho' tu. Seumur hidup kita ni memang akan sentiasa belajar. Akan sentiasa usaha utk perbaiki diri. Mana ada manusia yang sempurna serba serbi kan?

Mati itu benar. Bila Abah dah takde, lagi bertambah keimanan aku pada semua perkara yang ghaib. Kematian itu bila ianya berlaku dalam keluarga yang terdekat dengan kita, ianya lebih memberikan impak yang besar. Itulah yang berlaku terhadap diri aku. Its like a wake up call. Sekarang Abah berada di alam barzakh. Alam kubur. Aku membayangkan Abah sedang bersenang lenang disana menikmati segala amal ibadat yang dilakukannya sewaktu hidup didunia. Membayangkan sebegitu, hati jadi lebih tenang. Tapi dalam masa yang sama tidak boleh juga leka. Itu cuma bayangan aku sahaja. Kalau yang sebetulnya adalah sebaliknya? Tidak kasihkankah aku pada Abah yang melalui kewujudan dirinya, aku wujud di dunia ni?

Ingatkanlah kematian kita itu dari detik ke detik dan dari saat ke saat. Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua. Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit. Tidak pun sakit boleh mati juga. Hal ini sepatutnya tidak payah diberitahu. Semua orang tahu, kan pengalaman bersama. Ada orang mati kecil, ada orang mati muda, ada orang mati tua. Ada orang mati tanpa sebab apa-apa. Sedang rehat-rehat atas kerusi tiba-tiba terlintuk saja. Ditengok nafas sudah tiada. Oleh itu janganlah senang-senang hati dengan kematian. Kematian bila-bila masa berlaku. Kita tunggulah kematian itu dari nafas ke nafas. Agar kita tidak ada angan-angan yang melalaikan. Hendak membangun, membangunlah. Tapi ingatlah waktu itu boleh mati. Hendak maju, majulah tapi kematian boleh berlaku di waktu itu. Hendak kejar kekayaan kejarlah. Tidaklah salah selagi halal tapi ingatlah mati. Ingatlah mati di dalam sebarang hal. Agar kita tidak lalai, jiwa sentiasa takut dan gentar dengan Tuhan. Bila jiwa takut dengan Tuhan. Kita takut hendak membuat dosa di dalam sebarang hal.


petikan dari SINI

Wallahualam. 


peta hidup dari SINI






Popular Posts