Persiapan Menjelang Syawal 2

Alhamdulillah settled dah semua baju raya kami sekeluarga. Last weekend kami ke Nilai 3 utk baju tradisional. Akhirnya colour bronze yang menjadi pilihan. Ala macam coklat gelap gitu. Senang tuju 1 kedai yang biasa kami pergi tu je ada semua saiz & total masih dalam bajet iaitu RM470. Lepas beli masuk Marry Brown pasal the boys yang tak berpuasa tu dah kelaparan. 

After that on the way nak ke kereta sempat lagi singgah kedai beli karpet harian buat bentang depan TV nak baring-baring. Entah apa jenis karpetnya tu tapi ringan & macam bersponge gitu dalamnya. Lembut so sedap buat golek golek kuak lentang bagai. Karpet yg sebelumnya tu dah hazab sangat rupanya dengan muntah budak-budak & makanan tumpah la bagai. Normal things bila ada anak-anak kecil dalam rumah. Pasrah jelah yer. Kami habiskan masa dlm 2jam je ke Nilai 3. Cuaca sangat panas so memang tak larat nak berlama-lamaan. Dapat apa yg dicari, zasss balik rumah.

Raya tahun ni turn Johor dulu. Ingat lagi tahun lepas aku tak balik pun Johor time Syawal sbb on the way nak balik tu aku noticed telinga Nadim ada keluar cecair macam nanah, so exit kat Seremban & ke Columbia Asia la kite. Nadim warded seminggu kat sana pastu weekend tu dah nak fly ke Amsterdam. Kami fly sekali dengan Kak Ya yang mmg nak balik kesana lepas cuti 2 weeks. Mak & Abah pun ada menghantar kami kat KLIA. Tu jelah sempat jumpa Mak Abah & bagi duit Raya. Ralat juga bile fikir tak sempat beraya dengan Abah buat kali terakhir last year tapi redha jelah dah aturan Allah begitu kan. 

Tak tahu nak cakap macam mana perasaan menyambut Syawal tahun ni buat pertama kalinya tanpa Abah bersama. I think its going to be hard for everyone of us. Kalau teringat pasal Abah bila masuknya Syawal, takkan boleh lupa tentang kegigihan dia yg akan berpuasa 6 seawal Syawal kedua lagi. Begitulah rutin Abah setiap tahun tanpa gagal. Kadang aku follow jugak rutin Abah tu bila diberi peluang. Tapi kadang tewas pulak dengan nafsu makan yg seronok tengok bermacam juadah depan mata. Tapi Abah, dia tak pernah gagal. Memang hebat. Selalu kena gelak dengan Abah sebab tak mampu nak puasa macam dia huhu. Salahkan diri sendiri jela tak mampu kawal nafsu.

Rutin aku pula pada waktu Syawal selalunya aku akan ganti puasa mana yang tertinggal masa Ramadhan. Tak berturut pun takpe asal ganti secepat mungkin. Kadang aku buat asing dgn puasa ganti dulu and then baru puasa 6. Kadang rasa tak sempat nak buat asing, aku buat sekali jelah dengan harapan time ganti puasa tu Allah bagi juga pahala puasa 6. Rahmat Allah tu kan luas. InsyaAllah ada manfaatnya di kehidupan akhirat kelak. Bersangka baik sajelah.

Hari ni dah start semula rutin budak budak bersekolah seperti biasa. Semalam Nadim tak sihat, so aku terpaksa la amek EL. Naurah mmg tak sekolah sbb SRAI bg extend cuti sempena Nuzul Quran lebih sehari. Sudahnya Nazif pun tak ke taski. Iz memang cuti menghabiskan replacement leave yg dah nak expired. So semalam 5 beranak duduk rumah sajelah. Pastu pagi ni haywire masing-masing dah lupa rutin hari bersekolah hahaha. Kembali kelam kabut di awal pagi spt biasa walau seawal mana pun bangun tidonya masing-masing. Sabor ajelah.

Iz masih bercuti so hari ni aku drive ke office. Dah lama sangat rasanya tak drive ada rasa agak kekok disitu bila menekan brake. Mengejut aku brake macam orang baru belajar bawa kereta. Balik keje karang nak pikap budak-budak dari taska & transit pula. Moga dipermudahkan segala urusan. Sekali sekala jadi supermom.

Berjaya buat murtabak cheese guna kulit popia. Sedap!


Killing time sblm waktu berbuka

The Cafe bbq Chicken




Cakk!!

Nadim punya tapi Mak yg byk makan haha. Sedappp!


Rambut raya

Akhirnya dia berlampu juga. Auto on when in the dark. Cody setkan



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat