Rindu Yang Tak Terungkap

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menulis disini. Today is my 2nd day of working. Aku bertolak dari Felda Linggiu ke Semenyih pada hari raya ke-3 bersamaan hari Selasa. Syukur takdelah jem melampau. Jem yang still moving. Rabu cuti lagi sehari pergi beraya ke Hulu Langat. Postponed puasa ganti sehari. Habis hari ni bermakna 4 hari dah dapat puasa ganti. 3 days to go to complete 7 days. Lepastu boleh try Puasa 6 pulak. Dah bbrp tahun tak dapat complete 6 hari. Kalau tak sempat, aku berharap dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang utk bagi sekali pahala Puasa 6 bila aku berjaya qada' puasa dibulan Syawal, InsyaAllah. Kite cuba buat yg terbaik kemudian bersangka baik pada Sang Pencipta.

Since Mak masih dalam edah, kami tak beraya kemana pun tahun ni. Tak syok pulak nak tinggal Mak dan pergi beraya. So suasana raya tu memang agak hambar. Maklumlah Abah pun dalam 2 bulan begitulah pergi meninggalkan kami. Terasa ada ruang kosong didalam hati masing-masing yang ditinggalkan oleh Abah. We missed him so much. Cuma kami semua buat biasa je takmau emo emo sangat teringatkan Abah. Abah sentiasa hidup dalam hati kami. Kami hanya mahu mengingati kenangan indah dan gembira bersama Abah. Begitulah.

Ya Allah, moga aku dapat bertemu Abah di akhirat kelak dalam suasana yang gembira dan masukkanlah kami didalam jannah Mu ya Allah. Amin ya rabbal alamin.

Sebelum bertolak ke Semenyih, sempat kami singgah di kubur Abah bersedekah Al Fatihah untuk dia. Jasadnya saja ada disitu, tapi rohnya sudah berada dialam yang lain. Cucu-cucu semuanya rindukan Atok yang sesekali start motor bawa mereka ke kedai beli jajan macam-macam. Mereka masih ingat akan kenangan dengan Atok. Alhamdulillah.



Abah came to my house & paint


May 2016




Allah ya Allah, rindunya pada Abah tak tertulis dengan perkataan. Tidak jua terucap dengan kata-kata. Ya Allah, tempatkanlah roh Abah dikalangan orang-orang yang beriman. Amin ya rabb.


This was taken about a year back from now. Tak balik raya Johor last year due to Nadim warded kat Columbia Asia Seremban. On that weekend Mak Abah dtg all the way from Johor to say bon voyage to us & Kak Ya.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat