Bye Bye Marker Pen

Akhirnya semalam aku join jugak buat investment EPF Account 1 in Public Mutual. Bertahun dah kawan-kawan advice suruh join tapi tak sampai seru orang kata. Then perkara ni berbangkit lagi dalam group wasap last week. Aku wassap contact person yang depa bagi, semalam dia datang explain sekian-sekian, sign gitu gini, settled. Ajak jugak Iz if dia nak join. Seperti yang aku jangkakan, tak berminat pun dia. Lantak la, later on jangan kata tak ajak pulak kan. Alah duit dalam akaun 1 tu bukan boleh bawak keluar sampai 55 tahun pun. Bezanya keluarkan sikit invest dalam company lain yang dimanage oleh ejen Public Mutual je. Dan yang pastinya aku pilih yang berkonsep syariah la.

Takde apa pun yang berubah dalam life aku. Cuma berharap ejen buat kerja dengan baik. Berdasarkan rekod geng yang dah lama join, mmg okay je return. Average 10% per year. Okaylah dari EPF sllu bagi dlm 6-7% macam tu kan. Harap semuanya baik-baik ajelah. InsyaAllah. Adhoc je buat keputusan bila dah sampai seru. Semua pun dipermudahkan je. So I feel good jugaklah. Dah nak masuk 35 tahun baru masuk haha. Better late than never orang kata.

Oh yer, Jumaat malam yg lepas aku perasan ada mcm leaking kat siling rumah. Tunjuk Iz, dia pun terkejut lah. Esok paginya dia panjat naik ke atas check tangki air bagai, dia kata nampak mcm ada air leaking kat paip. Aku tanya kolig handyman kat office ni if he can check. Dia kata okay & hari ni dia datang tengok, aduiii dah makin teruk banjir atas tu. Kalau biar lama lagi boleh runtuh siling dibuatnya. So terpaksa la Iz apply EL hari ni & aku drive ke office. Dugaan huhuhu. Hidup takde dugaan bukan hidup namanya yer tak? Harap settle lah hari ni kerjanya tu. Moga Allah permudah.



Last week juga hangin aku bila nampak drawer baju Nadim kena conteng dengan marker pen entah dapat dari mana. Naurah kata Nadim yang conteng. Gigih la aku google cara nak hilangkan pen marker dan akhirnya ada solution yang mudah. Guna ubat gigi je katanya. Aku pun tak berlengah cuba ajelah kan. Lepas sapu dengan ubat gigi, ambil kain buruk yang lembab dan gosok. Dan senang kata, it was a SUCCESS!!! Aihh happy sangat rasanya bila drawer kembali suci dan berseri. Marker pen tu aku buang terus haha. Takmo pisang berbuah 2 kali.

So kalau ada yg kena mcm aku ni dek anak-anak, boleh la try tips ni ya. It will works, InsyaAllah.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat