Dasar Percaya Vs Dasar Curiga

Dalam sebuah majlis ilmu ada 1 soalan ditanya oleh orang yang menghadirinya kepada Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid. Soalannya betulkah seorang isteri perlu meminta izin suami sebelum membuka telefonnya? Tersenyum Habib sesudah membaca soalannya. So apakah jawapan dan ulasan Habib?

Habib memetik ayat Al Quran dari Surah Hujurat. Terjemahannya lebih kurang "wahai orang beriman, jauhkan drp banyak prasangka. Sebahagian drp prasangka itu dosa. Jgn kamu tajassus (mencari-cari kesalahan atau kesilapan orang lain) ".

Kalau nak pinjam telefon boleh tapi kalau nak check belek kelebet bagai tak boleh. Fuzul adalah rasa tak percaya kepada pasangan. Kalau tengok jugak, yang salah adalah yg tengok henfon tu huhuhu. Siapa suruh tengok kata Habib. Bina rumahtangga dengan dasar percaya bukan curiga. Kalau curiga, rasa hidup macam di neraka. 

Kalau percaya, kita hanya dipertanggungjwbkan dgn apa yang zahir saja. Yang disimpan tu kita tak dipertaggungkan. Yang buat salah tu yang tanggung dosa. Kita tak apa-apa. 

Yang dapat mencegah seseorang dr melakukan maksiat hanya rasa takut pd diri sendiri dan Allah Taala. Bukan sebab takut dengan isteri atau suami.

Faham???

Dalam kes aku & Iz, kami masing-masing lebih kurang begitulah. Saling mempercayai saje. Dah besar panjang, tau halal haram dosa pahala. Kecuali aku tahu sesuatu yang tak baik tentang Iz dengan sendirinya tanpa aku mencari, then I have to do my part as a wife. Other than that, pandai-pandai dialah nak jaga diri sebagai seorang suami & seorang bapa. Sama juga dengan diri aku. Kena pandai jaga maruah sebagai seorang isteri. Jaga kelakuan & perlakuan dengan lelaki bukan muhrim yang lain. Dengan kawan office, semuanya ada batasan. Jangan sampai menimbulkan fitnah bila kita bekerja dalam suasana kerja yang penuh dengan fitnah ni.

Aku tak kisah langsung dengan henfon Iz & dia pun sama tak amek port dgn henfon aku. Memang letak bersepah je memasing pasal takde apa nak sorok. InsyaAllah, moga kami masing-masing pandai jaga diri. It just that aku juga yang pernah ada pengalaman tunang selingkuh dengan officemate dia dulu, insyaAllah dah ambil pelajaran dr ujian tersebut. Jangan pernah meletakkan kepercayaan kepada seorang yang bernama manusia. Manusia tak layak diletakkan sepenuh kepercayaan. Cuma Allah yang layak. Manusia ni banyak kelemahan. Hati mudah berbolak balik. Syaitan pun selalu cari peluang. Jadi fitnah kita besar. Ujian besar.

Dalam fikiran aku, Iz tu pun tak mustahil je nak buat benda tak betul belakang aku. Dia pun manusia biasa. So I always bear that in mind. Aku ni pun kalau Allah nak uji, boleh je jugak buat perkara yang tak betul. Manusia jugak. Apa nak heran? Jadi benda-benda mcm ni aku hanya mampu berdoa memohon pada Allah supaya menjaga hati kami suami isteri. Supaya masing-masing tahu part memasing dan elakkan dari segala fitnah. Kepada Allah kami berserah. Kalau ada pasangan yang buat salah, ianya bukan salah kita sebab tak jaga dia baik-baik ke, tak check henfon dia selalu ke apa. Salah tu atas dirinya sendiri sebab dah tau salah masih buat jugak. Bermakna dia tak takut pada Allah. Menjawab la sendiri kat akhirat sok. Takyah nak point salah pasangan pulak. Yang buat salah yang salah, orang lain takde kena mengena.

Masalah hati memang rumit. Kadang lebih senang tulis/cakap drp mengalaminya. Tapi ingatlah selagi mana Allah adalah sandaran kita, tiada apa yang mustahil. La tahzan. Innallaha ma ana. Jangan bersedih, Allah bersama dengan kita. InsyaAllah.

Ini semua pentas dunia je. Suami itu pinjaman, anak2 itu pinjaman, ibu bapa juga pinjaman, semuanya pinjaman. Allah pinjamkan Abah kepada kami 60 tahun saja. Sudah tertulis begitu. Maka redhalah dengan kepergian dia. Apa yang perlu buat skrg sbg seorang anak adalah mendoakan dia selalu disana. As simple as that. Sedih macam mana pun, broken heart mcm mane pon, dia tetap akan pergi. Tak perlu bersedih lama-lama, buat je apa yang kita mampu buat utk dia kat sana. Moga Allah pertemukan kami di Syurga nanti. Amin amin ya rabbal alamin.







Gambar masa ambil report kad Naurah pertengahan tahun. Sekolah kecil je. Tak sampai 100 orang pun untuk 1 intake. Suka suasana sekolah agama. Simple je. Tak sama kalau masuk area sekolah kebangsaan. Tak tahulah perasaan aku je sorang macam tu tapi dari aku sekolah mmg begitulah perasaannya.





Popular Posts