Pahit Akan Manis Akhirnya InsyaAllah

Lately bila masuk facebook, aku selalu baca confession dari page Kisah Rumahtangga atau IIUM. Kalau menarik, apa yg lalu lalang aku baca sajelah. At times aku suka baca confession yang bermacam ni sebab mostly akan membuatkan aku rasa lebih lebih bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada aku sekarang. Life yang sekarang. Suami, anak-anak, my own family, family in law, punca rezeki (pekerjaan) dan bermacam lagilah. Tak daya nak tulis kesemuanya. Terlalu banyak yg Allah bagi sedangkan Dia minta dari aku sebagai hamba-Nya tidaklah terbanding dengan banyaknya yg Dia telah beri. Itu pun kenapalah rasa payah sangat nak istiqomah bila beramal ibadat. My bad. 

Aku selalu rasa sangat tak cukup lagi dengan apa yang aku usahakan sekarang utk Allah. Sebanyak mana pun aku cuba usaha, tetap rasa tak sedap hati. Perasaan bersalah pada Dia tu memang selalu bermain difikiran. Terlalu banyak kelemahan. Yang wajib pun tak sempurna, apatah lagi yang sunat. Kenapalah rasa susah sangat ekk?

Berbalik kepada apa yang aku nk tulis sebenarnya tadi, pagi tadi aku baca 1 confession ni yang tak lari banyak pun dengan apa yang aku dah pernah lalui. A degree holder & kerja kerani dengan starting gaji yang kecil (mcm lepasan SPM punya gaji). Itulah aku sewaktu aku masuk bekerja kat kampeni skrg ni. It was back at about 11 years+ ago. Tapi sebelum dapat kerja tu, aku kerja gaji harian kat UPM. I was so happy bila dapat kerja kat sini sebab gaji double lebih sikitlah. Pada aku masetu asal dapat kerja tetap & gaji lebih baik. Tu je targetnya. Asal dapat bayar installment kereta Kelisa tanpa pertolongan Kak Ya, dah cukup baik dah.

Ramai rupanya yg senasib macam aku kat dunia ni. Yang teruk dari aku pun ada bab kerjaya tak setaraf dgn kelulusan ni. Kalau boleh aku nak nasihat kat diorang supaya jangan down kalau permulaan pekerjaan kita tak hebat pun. Yang penting kita belajar manage gaji tu sebaiknya. Plus rajinkanlah diri buat Solat Dhuha. Banyak yg Allah permudah nanti even gaji ko kecik sampai ko rasa happy sangat dgn life. Semuanya terasa mencukupi. Aku pernah la haritu, ni nak share experience Dhuha di bulan Ramadhan, duit aku tu every time berkurang je, dia jadi bertambah balik. Ade jelah org transfer gitu gini bayar hutang bagai sampai rasa unbelievable sangat. Nothing impossible when Allah berkehendak. Begitulah.

Mula2 kerja aku ulang alik Cyberjaya-KL. Pastu rasa better duduk rumah sewa lebih dekat, so sewa bilik kecil duduk berdua RM100 sebulan kalau tak salah kat Flat Ikan area UPM tu. Jimat minyak sikit even kena bayar sewa plus jimat tenaga. On weekends aku balik rumah sewa Kak Ya bawa sebakul baju kotor. Itulah rutin hidup bujang yg baru belajar nak hidup atas kaki sendiri. Gaji kecil tapi kalau reti manage, InsyaAllah boleh je survive. Paling penting berbelanja mengikut kemampuan diri. Tak mampu kalu, diam-diam sudah. Berhutang paling kena elak. Pasang impian InsyaAllah in future akan ada rezeki Allah utk aku pn dapat spend lebih sikit dari yg skrg (waktu tu lah). Alhamdulillah impian tu dah tertunai pun sekarang. Konsep dia kena bersabar sikitlah. Hikmah bersabar itu manis.

Even masih stucked dengan kerja ini, tapi gaji yang naik setiap tahun tu make the differences jugaklah. Tapi bayangkan eh skrg ada 3 anak taw. Dulu sara diri sendiri je. Kalau nak ikutkan masih kecik lagi gaji skrg ni dengan cost of living skrg tapi once again kalau pandai manage, InsyaAllah cukup. Aku ni sebenarnya boros jugak orangnya. Addicted to online shopping. Tiap bulan tak sah kalau tak membeli. Untungnya cuma aku dah takde long term hutang. Kereta Kelisa dah habis bayar, hutang PTPTN pun settled. Komitmen seumur hidup tu cuma cost of living sajelah like yuran taska/kindy yang dah dibahagi tak sama rata dengan Iz (gaji dia lagi besar mane boleh bahagi sama rata haha) & family members individual insurans (tak berani nak cut off sbb cost of medical nowadays sgt menyeramkan). 2 tu jelah yang besar aku kena hadap skrg. 

Aku nak cerita Allah aturkan kehidupan kita ni mostly bukan terus senang sebab Dia nak kita belajar dari setiap pengalaman yang susah tu sampailah satu hari nanti InsyaAllah kita akan stable & rasa senang sikit. It takes times. Sepanjang perjalanan kita nak menuju kepada diri kita pada hari ini dan kehidupan yang kita ada sekarang, Allah nak kita ambil iktibar & tauladan. Kalau betul kita ambil pelajaran drp segala ujian yg Allah bagi, InsyaAllah sampai masanya nanti kita akan jadi manusia yang lebih matang & berilmu.

Aku pun ambil masa bertahun-tahun sebelum redha dengan pekerjaan aku skrg. Dulu masa muda-muda tak nampak lagi hikmah yang Allah bagi dengan kerja ni. Biasalah pemikiran tu kurang matang la senang cakap. Tak reti nak always positive. Dah 30-an ni baru bijak sikit haha. Sebab haritu ada sembang dengan adik aku yang bongsu & we are not agreed in some issues. Mula-aku aku hangin jugak sebab rasa " ehh ko ni...cakap taknak kalah. kenapa nak fikir negatif je? bukan ke Allah tu akan bagi apa yang manusia sangkakan? (kalau fikir negatif, negatif lah ko dapat) ". Begitulah kata hati aku masetu. Then suddenly I realized when I was on his age. Terus tak jadi marah. Rasa sudden relieved and kelakar pun ada. I was once think like him now. Aku dah merasainya, mengalaminya dan melepasinya. So I understand. Sangat faham.

Tak salah pun bermula dari bawah & stucked macam aku skrg ni. Hahaha. Alhamdulillah since now aku rasa senang lah. Bukanlah nak kata kaya raya mewah tu semua, tapi life skrg pun dah rasa tenang. Gaji tak banyak pun happy. Kerja tak hebat pun happy. Aku boleh beli apa yg aku rasa nak beli. Tak ke happy dah tu? Cukuplah kan? Aku bukan ada target like own my own house when I reach 30 years ke or pakai kereta Ferrari when I reach 40 yrs like that pun. Aku tak pernah ada impian yg macam tu. Saving tu adalah juga tapi tidaklah focus beriya sangat. Simpan ikut kemampuan je sebab dalam masa yg sama aku nak juga enjoy gaji yg aku dapat. Balancing my pay mengikut kesesuaian diri aku. Yang penting kena happy dlm ape pun decisions yg aku buat. Tu je.

Life is too short to not being happy. Life yang sederhana memadai sangat dah utk aku. Yang lebih merunsingkan adalah bab bekalan akhirat tu haa. Usaha sehabis baik je fokus aku skrg ni. Tamak pahala berbuat baik dengan orang sekeliling aku. Nampak sampah, kutip buang dlm tong sampah. Nampak pokok kering, siram dengan air. Benda kecik tapi buat aku rasa puas & happy sebab aku tau Allah sentiasa memerhati aku. Dia tahu. That what matters most.

Ok nak tepek gambar Syawal kat sini. Hahaha. Naseb korang lah =P

Tuan punye motor dah takde T__T

Siap!!

Meriah uolls. Paling legend umbut kelapa masak lemak. Siap tebang pokok kelapa hokeyy!!



Boleh lah ni...

Pagi raya baru nak pasang. Management time failed.

Biasalah anak nombor 2. Tak sah kalau tak bikin drama everytime family photo. Muka aku mcm cencorot jadinya hahaha

Baby baru. New cucu for Atok & Nenek

Ade budak berak kahkah



Love

Missing Emriel there sbb dia yg snap pic ni. And of course Abah T_T


BFF

Ragam







Popular Posts