Perempuan Memang Rumit

Dulu kan, masa di tahun-tahun awal perkahwinan, boleh kata antara tahun 1-2 macam tu kerap la jugak gaduh dan tak sependapat dalam pelbagai isu dengan Iz. Ianya normal sebab sebelum ni kita tak duduk dalam 1 rumah bersama. Jumpa berapa jam je pun dalam sehari masa belum kahwin dulu kan? Of course lah bila in a relationship tu kita akan menjaga sebaik boleh kelakuan diri kita. Kalau boleh nak tunjuk yang baik-baik & molek-molek aje depan future bini/laki lah waktu tu kan.

Ketahuilah apa yang kita tahu tentang pasangan kita selagi belum duduk serumah bersama, mungkin hanyalah 40% sahaja dari dirinya yang sebenar. Banyaaaaakkk lagi yang kita belum tahu sebenarnya. So jangan kompiden sangat lah yang bila dah kahwin sok ko memang akan selalu bahagia dan gembira tanpa berduka. Hehe. Silap haribulan boleh kena mild heart attack dibuatnye bile dah duduk bersama karang. 

As time goes by, akhirnya kita dah boleh berada ditahap mengasimilisasi diri kita dengan pasangan. Kena ada give and take. Bertolak ansur. Kalau takde benda ni, memang haywire lah rumahtangga ko. Cuba terima segala kekurangan pasangan & deal with it. Dan jangan lupa yang pasangan kita pun buat perkara yang sama dengan kita. Dia pun cuba nak serasikan diri dengan kita juga. Mane yang perangai pemalas lipas, kuat tido, takde der ko nak cover dah. Sampai bila nak hidup seperti seorang pelakon?

Kekurangan yang biasa-biasa tu takpelah.  Boleh manage insyaAllah. Tapi cane agaknye eh tiba-tiba baru tau suami kita tu penagih dadah ke, kaki pukul ke... Allahu, tak tahulah kalau situasi yg macam tu gane nak handle. Aku pun tak berani nak tulis lebih-lebih sbb takde pengalaman. Cuma kena ingat 1 jelah. Allah uji manusia sesuai dengan kemampuan dirinya. So kena yakin diri kita kuat dan boleh hadapi semuanya dengan sabar atas bantuan Allah. Kalau segalanya bersandarkan Dia, tiada yang mustahil. InsyaAllah.

Berbalik kepada kisah aku, tahun demi tahun berlalu sehinggalah sudah genap 8 tahun+ kami bersama. Boleh kata skrg makin serasi lah kami. Dah masak sangat dengan perangai masing-masing. Once in a while bertikam lidah tu biasalah. Merajuk sekali sekala. Cuma kalau nak banding dengan masa early years tu memang banyak beza jugaklah. Now lebih relax & stable. Tak banyak isu sangat. Kadang aku geram jugak kenapalah tak reti nak marah & merajuk dengan Iz lama-lama macam dulu-dulu. Geram dengan diri sendiri gitu. Tak pernah la dapat lebih 2 hari I can say bila bermasam muka or tak bertegur sapa tu. 1 hari pun dah cukop baik dah sebenarnya hahaha. Niat di hati nak protes lama-lama tapi hati tu cepat nak lembut macam taufufa. Menyampah hokeyyyy.

Macam wahh...mesti Iz ingat dia tak buat salah besar mana pun. Kejap je aku dah okay. Perasaan yang macam ni mmg buat aku hangin dgn diri sendiri hahaha. Benda gitu pun aku tak boleh control. Mengapakahhhh????

Sebenarnya aku terdetik nak tulis tentang perkara ni sebab tadi lps Dhuha aku rasa dah dapat jawapannya. Nak pelik hape hati cepat lembut dengan suami? Hari-hari kot aku doa kat Allah " ya Allah, eratkanlah kasih sayang diantara kami suami isteri ". So lagi mau tanya??????? See! Benda simple je sebenarnya kan, tapi kalau Allah belum kata aku mendapat kefahaman akan sesuatu perkara, memang sampai sudah la ko takkan faham. 

Manusia ni memang rumit terutamanya perempuan lah. Kita dah minta yg baik-baik dari Allah, and then bila Allah bagi, kita tanya pulak kenapa kita begitu begini sekian sekian. Sabor jelah kan. Bila dah berbaik, terus lupakan segala yang tak best tu begitu saja. Buang terus dari kotak fikiran & pandang ke depan. Aku kadang pun rasa tak percaya dengan diri aku skrg ni tapi realitinya beginilah. Agak mungkin juga atas faktor usia. Begitulah.

Harap korang boleh ambil pelajaran dari kisah yang aku sampaikan tadi. Yang negatif jgn ikut, yg positif ambil & try amalkan yer. Moga Allah sentiasa pelihara rumahtangga kita hingga ke hujung nyawa. Amin yra.

Budak yang makin banyak akal. Pitam nak layan karenah dia

Tapi pandai amek hati. Kejap je dah cair. Ahh aku ape benda yg x senang cair kan? Hahaha

Nazif sampai skrg susah betul nak ajak bergambo. Ikot mood dia

Menung apetuuuu???

Halahai kakak....makin lama makin lawa..aku lak makin tua hukhukkk




Popular Posts