Sudah Masanya

Lega sangat dah gaji bulan ni. Penangan gaji masuk awal bulan lepas sempena menyambut Syawal, lepastu berbelanja pun macam-macam dengan traveled balik Johor bagai, bagi duit raya lagi, sempot jugaklah nak menunggu gaji yang ini. Syukurlah trip ke CH kami postponed due to salah faham ingatkan Naurah kena sekolah hari Sabtu ade kelas ganti pasal raya pjg haritu. Rupanya kelas tu tak ada pun sebab clash dengan exam utk budak Tahun 1 next year masuk ke SRAIST. Then fikir-fikir balik elok jugak postpone ke this weekend pasal duit pun tak berapa nak meriah. 

Ke CH ini adalah our 2nd vacation for this year yg juga bersamaan dengan sambutan lewat our 8th Anniversary on last May. On Feb kami ke Melaka pembukaan vaccay for 2017. Last jejak kaki ke CH was back at 2014 with my family members. Lama dah kan? Sejak kawen, ni baru kali ke-3 kesana. Lemau dah memasing bila lama tak berholiday. Kebetulan lagi, this Saturday Nazif akan genap 4 tahun Allah pinjamkan kepada kami. So ala-ala sambut birthday dia samalah nanti. Last year dia sambut kat Rotterdam, this year downgrade pergi CH je hahaha. Jadilah yer nak. Huntong dapat pegi holiday time birthday. Ibu dulu kek ape pon tak ado. Maklomlah adik beradik ramai, Abah je sorang kerja sbg Peneroka Felda. Mak suri rumah aje. Hidup berjimat sentiasa.

Korang 3 beradik harus bersyukur sebab dapat hidup sederhana macam ni. Tau apa erti holiday jalan kesana kemari. Ibu dulu mane ade tu semua. Holiday adalah balik kampung rumah Atok Nenek. Itupun setahun sekali kot time raya. Kadang tak balik juga bila takde fulusnya. Tapi kita kecik-kecik dulu tak banyak bunyi pun. Apa yang Mak Abah putuskan, follow ajelah. Tak reti nak meminta-minta benda yang tak perlu. Pergi balik sekolah jalan kaki mau ada 2km kot. Tapi benda tu jadi perkara biasa je. Seronok especially ada kawan-kawan berjalan sama. Tak terasa pun kejauhan & kepenatan tu. Kalau dibandingkan dgn awak bertiga skrg, jauhhhh sangat perbezaan dgn Ibu time dulu-dulu betul tak?

Betullah bila kita pernah merasai susah kehidupan, bila kita dah sedikit senang, kita akan lebih menghargai apa yang kita ada sekarang. InsyaAllah ibu & ayah akan cuba untuk berikan awak semua anak-anak kami yang termampu kami beri. Ibu kena bekerja skrg ni pun sebab nak bantu Ayah awak semua je demi kelansungan hidup kita. Supaya kamu tak rasa susah seperti kami dahulu. InsyaAllah bila Ayah izinkan Ibu berhenti, dengan gembiranya Ibu nak ddk rumah & uruskan hal rumahtangga je. Itulah cita-cita ibu dari dulu sampailah skrg tak pernah padam. Moga Allah permudah.

K tu jelah idea nak membebel harini. Moga Allah permudahkan perjalanan musafir kami esok. Selamat pergi & balik. Moga anak-anak semua enjoy and have fun dapat lari sekejap dari rutin bekerja & bersekolah. Naurah ponteng sekolah sehari nampak gayanya. Hari Jumaat half day je sekolah, so tak banyak sgt subjek yg miss. Hari lain mmg sebolehnya taknak kacau lah. Setakat ni belum ada kekuatan lagi nak bervaccay time cuti sekolah kat Malaysia ni. Cuti sekolah depa cuma duduk rumah Atok & Wan kat Semenyih je. Itu pun depa dah cukup happy. So utk vaccay mmg kena korban sekolah hari Jumaat for Naurah & kindy for Nazif. Takpelah sekali sekala. Bukan selalu sangat pun dapat g vaccay kan?


Geng Ibu sbb sama jantina je. Hakikatnya dialah paling kuat kutuk aku selain Ayahnye. Choiii




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat