Penat Bergaduh

Next week dah start kena ulangkaji semula dengan Naurah utk UPK 2. Jadual belum dapat lagi. Tak sure jadi ke tak start next week pasal tak dapat jadual lagi. Maybe harini or esok kot dapat. Kalau xde ujian/exam, Naurah usually do her homework sajelah. Habis hw, kemas beg ikut jadual esok hari. Pastu tido. Aku dah decided biarlah dia belajar ikot phase dia sendiri Darjah 1 ni. Takdelah aku tak amek kisah langsung cuma taknak push sgt. Asal dia buat homework, buat revision bila nak exam, sudahlah. InsyaAllah by Darjah 2 dia dah boleh hadap konsep bersekolah rendah & lama-lama nampak dia dah selesa, aku akan start push her more bit by bit. To work harder and harder for good grades. Kena usaha lebih sikitlah kalau nak bersaing dengan kawan2 yang pandai semua tu.

Sekejap je dah bulan 8. Nak habis setahun lagi dah. Dalam pada kita sibuk dengan rutin hidup berkerja dan urusan anak-anak, takut sangat kalau terlepas pandang hubungan kita dengan Allah. Kena make some effort jugak utk seimbangkan semuanya. Mencari masa yg makin penuh dengan hal-hal dunia je. Lepas Ramadhan yg lepas, aku cuba tambah rutin mengaji selepas solat Subuh & Maghrib kat rumah. Alhamdulillah bergerak lebih sikit helaian kitab panduan hidup kita tu. But still at times kemalasan melanda. Iman turun. So lagha balik layan Masterchef or My Kitchen Rules. Begitulah kalau dah namanya manusia yer tak?

But by adding that rutin in my life, I feel more relieved lah. At least I'm doing something than nothing. Ada improvement. Cuma nak bagi lebih istiqomah je. Kena korban sikit masa tidur & sikit leisure. Life is all about choices isn't it? Senang sangat nak terleka dalam hidup kita ni kan? Moga Allah sentiasa ingatkan aku utk selalu juga mengingatkan Dia. Untuk berusaha juga demi Dia. To always push myself harder on mending my relationship with Him. So that He will always take care of me & my family. InsyaAllah.

Tadaa...hahahaha
Seminggu punya baju kalau tak dilipat gitulah rupa dia. Since lipat baju ni kerja aku, syukurlah even aku tak sampai seru nak melipat agak lama, Izhar tak pernah lagi bebel. Just like when dia pun takde mood nak buat kerja rumah part dia, aku pun malas nak bising. Just do your house chores on your own phase. Sampai 1 tahap mesti dia pun akan annoyed tgk rumah tak semenggah, like aku pun sampai masa sakit mata tengok baju berlonggok gitu, so amek masa jugalah melipat dengan penuh kesabaran.

Kerja rumah memang takkan habis uolls. Kalau badan penat, jangan buat sbb nanti ko akan rasa buat benda tu dalam keadaan marah end up tahap membebel2 yang orang lain dengar pun menyampah. Utk mengekalkan keharmonian rumah tangga, buatlah kerja rumah bila kita dlm keadaan tenang. Anak semua kecik2 lagi memang nak dapat rumah sentiasa kemas tu susahlah. Kita kena faham umur bdk2 ni tau nak main berseronok aje. So kita kena adapt lah dengan behavior diorang tu. Since bilik bawah tu aku dah transform jd bilik drawer baju the boys merangkap bilik toys sebeban, usually kiddos main kt dalam tu je sepah. Kalau bw kluor toys mmg aku marah semua hahaha. Sila kutip bw masuk bilik yer. At times depa dah tido akulah yg mengutipnya. What to do kan. Tapi kuranglah sikit bersepahnya sejak ada bilik toys tu. Suka.

Takde pasangan yang suka berselisih faham or sng kata bergaduh bertikam lidah. To avoid that, we have to observe every situation yang boleh menyebabkan pergaduhan dan think the best solution so that pergaduhan dapat dielakkan. Contoh la kan Iz bangun pagi 6.00am setiap hari. Dia solat kemudian iron baju kami semua. Dia iron baju mmg lambat pasal jenis teliti kot. By 6.50am kdg baru dia settled pastu g mandi. Every weekdays is like that. Nak tau rutin pagi aku mcm mana? By 5.30 or 5.45am aku bangun turun dapur cuci pinggan, siapkan bekal bdk2 utk mkn dlm kereta otw destinasi masing2, buat breakfast aku, buat air sirap Nazif, masuk waktu Subuh aku solat & ngaji sikit, nampak ruang tamu sepah, kemas sikit ape yg boleh, shoot naik atas jerang air mandi kiddos, kejut kiddos & mandikan. Siap semua baru aku mandi. Pheww. Berpeluh ketiak dibuatnya. Lps mandi aku bersiap, bw bdk2 turun bawah (usually Iz masih tgh mandi time ni), hangkut segala mak nenek beg, bekal masuk kereta, soh budak2 masuk kereta, tuang makanan kucing, isi air minum kucing, bersihkan poops dlm pasir masuk plastik & masuk kereta. 

Iz pun dah siap turun bawah, kunci pintu, marilah kita mulakan perjalanan. Perghh...king gila dia kan? HAHAHA. Aku macam tak cukop napas buat itu ini like lipas kudung, dia punyelah heaven masuk kereta dh boleh jalan. Saban hari bila terkocoh2 gitu aku rasa this is sooooo not fair. Huwaaa sakitnya hati sebab aku penat kot. Ko relax je mandi lama2 turun bawah semua dah siap. Berasap je hati aku hahaha. Kalau aku tak pantas buat keje gitu, kesian Naurah makin lambat sampai sekolah. Skrg pon ngam2 sampai sek loceng bunyi, kdg bdk2 dh beratur tepi kelas, bdk dah masuk kelas pun pernah. Bayangkan klu aku x amek inisiatif buat byk benda pagi2 tu? Kesian kan Naurah. Dan aku mmg tak suka lambat. Utk diri aku, aku x suka, utk anak aku pn x suka. Tapi dpt pulak pasangan watlek watpis gitu, haihhh.....what more can I say?

Aku penah je ckp psl hal ni kat Iz, inisiatif dia kunci jam 5.45 tapi bangun 6.00 jugak. What the fish. Hahahaha. Geram je kan? Aku dah malas jadinya nak merampus. Hadap jelah rasa sakit hati tu kejap setiap pagi. Hadam ajelah dh peel laki itu mcm. Sabar dan sabar. Hrp balasan pahala dr Allah ajelah. Klu dapat masuk syurga sbb sabar tu, sape taknak kan? Solution yg aku dapat utk situasi diatas adalah SABAR. Tu je uollss.

Penat lah nak gaduh. Korang tak penat ke? Hahaha.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat