Merancang Dengan IUCD

Akhirnya setelah bertahun-tahun menjadi pengguna tegar 'rubber', sekarang beralih arah jua. Sebab hati tu dah nekad hasil perbincangan laki bini nak stop menambah anak. Jadi bila dah nekad, kita try cara yang lebih aggresif lah utk mengikut plan yg dirancang. Walau apa pun kami tetap terbuka hati & fikiran bahawasanya manusia hanya merancang, Allah yg menentukan. Kalau Dia kata 'jadi', maka jadilah. Sebab tu semua alat merancang kehamilan 99% sahaja jaminan yang diberikan. Tiada yg 100% yer sebab yang itu hanya hak mutlak Tuhan Pencipta Alam =)

Oh I hope whoever read this entry have an open minded & this entry totally not for saja suka-suka nak cerita pasal hal dalaman rumahtangga. Ini merupakan satu entry yg ditulis sebagai perkongsian dengan para wanita lain yang mencari maklumat tentang penggunaan IUCD. Ahh, do I need to explain about this? Malas taw haha. Baiklah, aku bersangka baik sajelah yang semua pembaca adalah mereka yang matang & budiman. InsyaAllah. Marilah kita menambah ilmu tentang IUCD bersama-sama yer!

Last Thursday bersamaan 18/2/16 (besday Naurah 6 tahun hihi) aku ke Klinik Marisa & Rakan-rakan kat Dengkil utk pasang IUCD yang boleh bertahan selama 5 tahun dengan kos RM280. Before that call clinic dulu utk buat appmnt dengan Dr. Marisa & bila sampai je duduk kejap, dah dipanggil masuk ke bilik rawatan utk masukkan IUCD. Untuk pengetahuan, IUCD ni better di pasang masa hari ke 4/5 period sebab masa ni rahim kita mengembang so proses nak masukkan IUCD tu kurang menyakitkan. Alhamdulillah memang tak sakit langsung pun. Cuma rasa senak-senak gitu aje. Takde hal lah bagi org perempuan yg dah pernah bersalin terutamanya pasal lebih kurang macam doctor buat VE je. Kuncinya tarik nafas dalam-dalam & tahan. Tak cukup nafas, sila tarik lagi berkali2 takde masalah hehe. Tak sampai seminit dah pun siap pasang.

Cuma agak cuak la pasal ada alat yang macam spanar gitu diperlukan utk buat bukaan yang stable supaya proses memasukkan IUCD tu lebih mudah. Dah siap pasang, mari dengan penerangan doctor pulak. Sebelum pasang IUCD, of course lah aku dah gugel utk cari maklumat ttg penggunaanya. Tak banyak blog yg share pasal ni. Segan agaknya. Biasalah bab2 ni masih taboo skek bagi org kita kan? Understood. So bila berpeluang jumpa doctor face to face, tanyalah sebanyak mana soalan yang bermain difikiran. Tak payah nak segan2 yer. Especially bila doctor yang pasang tu pun gunakan kaedah yg sama utk family planning hehehe =P

So doc bg maklumat pun based on pengalaman dia sendiri sama. Antara soalan yg aku tanya ialah macam mana sbnrnya IUCD ni berfungsi utk mencegah kehamilan? Doctor kata, IUCD ni senang kata benda asing lah yg dimasukkan dalam tubuh badan kita. Bila ada benda asing ni, badan kita bertindak balas dengan alatan tu dgn erti kata lain mencetuskan keradangan yg menyebabkan dinding rahim kita menjadi tebal. Bila dia tebal, sperma tak dapat/susah nak masuk ke tiub persenyawaan berjumpa dengan ovum. Dengan itu, tiadalah persenyawaan yg terjadi. Takdelah kehamilan. 

Tapi ada kes patient doctor yang setahun lebih pakai IUCD pregnant juga hehehe. Sebab tu lah kita kata 99% je jaminan yg diberikan. Sperma yang masuk tu memang hebat. Berjaya dia mencilok masuk nak jugak berjumpa dengan ovum idaman hati hahaha. Kuasa Allah kan? Tiada kuasa yang lebih hebat drp Dia. Yang penting kata doctor kita berusaha. Kalau dah terjadi juga, anggap sajalah ia yang terbaik dari Allah utk kita & terimalah dengan hati yang redha. Begitulah sifat orang Islam yang sejati =) InsyaAllah.

IUCD ni ada jugak dia punya kesan pemakaian. Tak semua orang serasi. Doctor share pengalaman dia, katanya period at times jadi sangat heavy & always dragging spot2 kecil yang menjadikan masa haidh kita jadi lebih panjang. Sometimes ada rasa senak2 kat alat IUCD dipasang & sakit pinggang once in a while. It depends on how our body react lah kata doc. Tak semua orang sama pengalamannya. But overall she said, IUCD kaedah paling mudah & selamat pd pendapat dia sebab tak kacau hormon like using Implanon yg pasang kat lengan tu.

Dia pernah pakai implanon & katanya mula2 memang OK cuma tak datang period lama jugaklah. Bila setahun lebih gitu period datang semula & heavy bleeding kadang sampai boleh dikira darah penyakit pulak. Kena beribadat mcm biasa sbb dah lebih 15 hari bleeding. Lagi 1 katanya batang implanon kat lengan tu bila dah pakai bertahun2 time nak buka payah sebab mcm dah sebati dengan isi daging. Siap nak kena kikis2 pulak kadang tu. Seram pulak dengar hehehe. IUCD tak mcm tu. Semudah memasangnya, semudah itu juga menanggalkannya. Tak perlu nak lebam2 lengan mcm masa nak masuk Implanon yg makan berminggu nak hilang.

Doc tanya aku anak bongsu skrg berapa usianya. Aku cakap ah 3 bulan. Terkejut dia aku dah period even breast feeding anak lagi. Hehehe. Ketiga-tiga anak semuanya sama cerita. Kering je nifas, after 2 weeks period pun datang. Allah ciptakan tubuh badan aku macam tu =)

Antara pesan doc psl IUCD is sometimes bila period too heavy, alat tu boleh beralih arah. So masa period tu once in a while masukkan jari utk rasa benang yg terjuntai utk memastikan IUCD masih berada tetap di kedudukannya. Kalau rasa2 benang tu takde, sila datang clinic bg doc check ada masalah ke gane. Doc boleh scan utk tengok kedudukan IUCD. Tak rumit mana prosesnya. 

Sejujurnya aku masih cuak nak 'bersama' dengan suami even dah pasang IUCD memikirkan kemungkinan 1% boleh hamil tu. Maybe will still continue with rubber sampai betul2 yakin dgn IUCD. At least dah melepasi tempoh kritikal utk bersalin lagi tahun ini kihkih. Tak dapat bayangkan anak setahun sorang. Homaiiii...I'm not that strong.



Tu dia dapat kad tarikh & jenis IUCD yang dipasang. Simpan utk rujukan dimasa hadapan.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat