Dream Comes True

Sebenarnya dah masuk kerja since Khamis last week lagi. Rini baru ade mood nak menaip. First day budak-budak kembali bersekolah. Bos pon dah masuk office so agak busylah. Bagus sebab laju skek masa berlalu. Hari ni InsyaAllah hari terakhir iaitu hari ke-7 aku berpuasa ganti. Allah...lapang dada rasa bila semua hutang puasa dah berjaya dibayar kpd yg Maha Esa. 

Bab puasa ganti ni aku memang particular sbb ia adalah hutang. Hutang tak elok ditangguh sekiranya kita mampu membayarnya, betul tak? Kalau hutang sesama manusia pon kita dah rasa gitu, inikan pula hutang dengan pencipta kita. Maklumlah ajal maut termasuk dalam rahsia Allah. Seeloknya segala hutang hendaklah dilangsaikan secepat mungkin.

Lepas puasa ganti baru try Puasa 6 Syawal pulak. Itu pon 2 hari dah kira burn minggu ni sebab ada farewell & open house office. Next week dijangka Allah bagi 'cuti' semula. Sempat ke tak sempat ke, aku yakin Allah tu luas rahmatNya & maha Pemurah Penyayang. Usaha kita pasti akan diambil kira rather than tak berusaha langsung yerdak?

OK la enough said, aku sambung tepek gambar kat Neds. Ehh yg ni dah start gambar2 masa ke Liverpool. Sekejap je kat sana 3 hari 2 malam. First day ke Sefton Park yg super lawa, second day ke Anfield Stadium (tour) & Albert Dock. Enjoice.




























Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat