Seperti Artis

Masyarakat zaman ni memang suka pada populariti. Kalau boleh semuanya nak dikenali seperti artis. Orang biasa yang takde bakat berlakon mahupun menyanyi pon boleh dikenali ramai atas beberapa faktor. Berniaga, buat benda pelik-pelik, cantik atau handsome dan sebagainya. Dgn adanya media sosial spt fb & instagram, semua orang boleh jadi popular kalau memang itu yang dimahukannya.

Aku muhasabah diri aku balik. Di fb aku memang jarang post apa-apa status. Aku lagi suka share apa-apa yg bermanfaat utk diri aku & sesiapa yg follow aku. Kadang aku post jugak apa-apa yang kelakar. Manelah tau bukan je dapat menceriakan hari aku, malah hari orang lain juga. Overall aku tak attach sangat dengan fb. Biasa-biasa je. Suka tengok post orang lain je. Aku lebih aktif di IG. Sebab follower aku kat IG mostly ditapis. Aku privatekan IG so that aku allow bila aku rasa OK boleh allow. Tidaklah entah sapa-sapa boleh follow aku. Aku takde niat nak jadi popular. Aku cuma suka share perjalanan hidup aku melalui beberapa keping gambar yang diupload.

Untuk kawan2, dari situ mereka boleh tau perkembangan hidup aku sedikit sebanyak. Yang tak berapa kenal, boleh kenal aku secara basically. Macam kat blog juga, aku suka share tentang hidup aku & buah fikiran dari otak yg Allah kurniakan ni. Blog ni more to untuk aku jadikan kenangan. Selalu jugak aku cari balik post-post lama utk tengok apa-apa yg perlu pd waktu skrg. Macam sebuah diari. Kadang aku suka refresh balik pengalaman yg aku pernah lalui. Baca balik cara aku berfikir pada masa yang lalu. Nak tengok semakin matang ke semakin hampeh. Haha.

3 medium ni aje yang aku masih guna sampai skrg. Fb, instagram & blog. Dulu pernah ada akaun twitter, tapi bertahun dah aku tinggalkan. Tak berapa nk kena dengan jiwa. Rasa mcm syok sendiri sangat. Cukuplah 3 ini saje. Banyak2 kang makin lagho lak jadinya hidup aku. Bila cerita pasal keseimbangan ni, mmg payah. Still diri ini mahukan hiburan walau tahu takde manfaatnya pun. Lumrah manusia kot. Cuba kawal ajelah supaya tak melarat sangat. Kat youtube aku suka dengar ceramah agama oleh pelbagai tokoh agama. Ini salah satu cara supaya aku tak terus hanyut dengan dunia. Untuk aku sentiasa beringat ada kehidupan lain yang lebih penting & panjang perjalanannya selepas dunia.

Aku akui mmg dengar ceramah agama ni berjaya menaikkan kembali semangat aku bila tiba waktunya iman itu down. Bila iman down, jangan dibiarkan ia berpanjangan. Kena buat sesuatu supaya iman tu mahu up semula. Begitulah selagi kita masih hidup. Cuma kita doa pd Allah moga sewaktu nyawa kita mahu diambil nanti, iman kita berada pd paras yang tertinggi. Biar mati tu dalam keadaan yg husnul khotimah bukan su'ul khotimah. Moga kubur yg akan menjadi tempat tinggal kita utk beberapa ketika tu nanti luas & nampak pemandangan Syurga. Moga kita dapat berehat sepuasnya sambil menikmati segala hasil yang pernah kita usahakan sewaktu hidup didunia.

Hari demi hari aku lalui dengan penuh kewaspadaan terhadap dunia. Fitnah berleluasa disana sini sehingga sukar utk membezakan perkara yg hak & batil. Aku cuba menjaga diri, suami & anak-anak dari kejahatan dunia. Aku mohon Allah lindungi kami walau dimanapun kami berada. Alhamdulillah aku bahagia dengan apa yg aku ada sekarang. Duit tak banyak, harta pon ape sangat jelah yg ada, tapi aku rasa cukup. Aku happy dengan suami & anak-anak. Takde apa-apa isu yg besar berkaitan keluarga. Dgn kawan-kawan pon elok semuanya. Kawan wasap, kawan office, semuanya baik-baik belaka. Kerja pon ok. Tenang tenang aja. Terima kasih pd Allah kerana mempermudahkan banyak perkara dalam hidup aku.

Oleh itu, aku kena tingkatkan lagi amal ibadah kepada-Nya sebagai tanda syukur & berterima kasih diatas kehidupan yang bahagia ni. Semoga segala ujian yg mendatang, dapat aku harungi dengan sabar & yakin dgn ganjaran pahalanya. Moga Allah sentiasa menjadi tempat utk aku mengadu & bercerita. Moga hubungan aku dengan Dia takkan putus buat selama-lamnya. Amin amin ya robbal alamin.


Aidilfiti yang lalu with the only anak buah sebelah Iz nun didepan tu











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat